http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

My New Life in UPM

By 8:55:00 AM


Hai blog aku! Sihat? Hmm saya tak berapa sihat ni. Batuk n selsema.. uhuk uhuk uhuk. Haha takpelah kan. Dugaan~~ tanda Allah sayang saya kan. .AMINNN :) Okay next topic! Where am I right now? Cuba tekaaaa sume! Haha sekarang tengah duk kat bilik saya kat UPM ni. Tingkat 4 no bilik 412. tepi tingkap. atas kerusi. Ok take note tingkat 4 k! haha nasib baik la ex rumah kat gombak tudok kat flat tingkat 4 jugak. Kira dah training sejak kecik la..hehe. Sekarang pukul 7.49am.hari sabtu. Tk balik rumah pun sebab malam ni ada program kat dewan besar . Tak wajib pun nak datang tapi nak datang sbb ada pertandingan boria and teater antara kolej-kolej. Mesti best gila! Lagipun saya jadi ajk khas. So memang kena ada kat sana. In case diperlukan.. Ha kat sini memang kalau ada program ke memang aku suka libatkan diri tapi takde lah as a peserta or mc. Juz jadi orang belakang tabir. Jadi ajk khas,ajk logistik,ajk makanan. Hahaha makanan yang paling best sbb tak susah sgt. Lagi satu sebab saya suka makan! haha tu yang badan makin comel. Next.. Kelas and kuliah amacam sayidah? Hmmm okay la. Takde yang berbeza sgt compared to matriks. Apa yang lain kat sini setiap subjek lain kumpulan. So ramai la kenalan kawan saya dapat.. :) Tapi ada yang hampir semua kelas sama dengan saya.. Lecturers? Emm some okay some best. takdelah yang tak best gila.agak kejam di situ. Haha. Apa2 pun kita kena berbaik dgn dia kan? Supaya ilmu berkat ;) Next.... Friends kat sini? Alhamdulillah semua okay. Eventhough ada je yang kureng sekepala sikit dgn kita tapi normal la kan Takkan la sume orang kita nak ikut kepala kita je.. Lain orang, lain hati, lain perangai, lain ragam, lain pendirian, lain pendapat, lain pegangan hidup, lain tujuan, lain reaksi muka, lain mood, lain cara belajar, lain otak. Ha sayidah sambung segala lain tu sampai 2page kan.haha. Senang cite.. we must respect others' privacy and ways. InsyaAllah dorang pun akan respect kita. kan? :) nak tengok tak muka kawan2 yang biasa saya lepak kat sini? Nanti lah.last sekali baru saya letak k? :) Next... Apa perasaan duk kat UPM? Hmm mula-mulaaaa masuk sini. okay rasa sgt la besar UPM. konfem aku sesat tapi akan kembali menemui jalan pulang la kan.haha. Time pergi daftar nasib baik la Allah tolong .alhamdulillah! Ceritanya... jumpa la kenalan kawan baru kat fb time tgh beratur nak daftar. excited gila! at least ada la jumpa kawan kat sini.xdela terkial-kial sgt. Pastu stick la dgn dia masa nak daftar tu. yang bestnya kitorang sama course-major maths. Dipendekkan cerita kitorang dapat duk kat bilik yang sama! senang la sikit duk ngn orang satu course ngn kita. senang tanya papehal.. Ok move to my bilik ... Firsttttt time masukk.. SUBHANALLAH! Allahuakbar! okay ade dua maksud kat sini..sama ada bilik saya ni sgt besar,lawa,mantap,best ATAUPUN sgt kecik,comel,tak berapa nak lawa... Jawapannya..... unfortunately... bilik tak berapa nak memikat hati la.haha. Tapi takpelah.. Cehhh kelat je bunyi takpelah aku tu kan. huhu. Tapi betul la kan. nak buat mcm mana . Kalau comment beribu-ribu patah pun, list 100 kekurangan and ketidakselesaan, menangis mata darah pun.. Saya tetap duk kat bilik ni. nak pindah bilik pun..bilik lain sama je aku tengok.hahha. Conclusionnya.. redha,syukur,tabahkan hati.. Lagi banyak manfaatnya. dosa pun kurang.. bukan boleh bawak maut pun kan. senior2 lepas berjaya je duk bilik ni.huhu. Kat sini takde bilik iron tapi ada machine dryer. senang la siapa yang malas nak jemur kat ampaian..*akulahtu* haha. Hmmm okay la.nak chow. mandi pun belum..hehe. bubye!















You Might Also Like

0 comments

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.