December 2012 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, December 29, 2012

December 29, 2012

LAGHA . LAGHA. LAGHA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua! Jam menunjukkan 2.36AM. Hmm memang aku ni kelawar pon. Dok jaga malam pastu bangun pagi lambat. Anak dara jenis apa ni? Hihi. Macam tu le kat rumah tau. Kalau kat U tu xde pon nak bangun lambat. Maybe persekitaran influencing me kot. Hamboi speaking LONDON you. Macam salah je penggunaan influence tu kan. *Haha if I'm not mistaken lah.*

Sedih woh malam ni! This is because.. malam ni keje saya adalah tengok cerita tv, menonton rancangan tv, blogwalking, fbwalking, channel-tv-walking. Muahaha terbaik kan aktiviti saya malam ni? Padahal FINAL exam lagi 2hari je *winkwink*

Ni semua gara-gara tajuk 11 kenegaraan : Dasar-dasar sosial. Membuatkan saya sangat . sangat. sangat lahh mengantuk. Ya Allah .. Dah lah saya ni jenis yang malas menghafal. Plus malas nak tahu apa yang terjadi kat pentadbiran negara ni. Jahat tak? Memang betul pun. Saya tahu sikap saya ni TAK baik, Tak bagus, Tak digalakkan. Tetapi ya arif saya memang tak minat . Baca suratkhabar YA RABBI.. Hiburan diutamakan, yang lain diketepikan. *sila jangan tiru sikap tak baik saya ni*

Lepas tu, boleh pulak umi ajak tengok Maharaja Lawak Mega kat astro warna lepas saya ngadu kat umi NGANTOK! Hihihi. Apalagi . BUMM! Saya pun campakkanlah diri saya di atas sofa depan tv. Nota kenegaraan itu pun selamat saya ketepikan sikit dari saya. Minta maaf notaku! Walaupun kau berada hampir denganku, tapi hati ku berada di kaca tv. Hihi *banyak sangat tengok drama melayu. Over dan emo!*

Berlanjutan lah aktiviti lagha(sia-sia) ku. Sambung pulak cerita running man kat astro ONE HD 393. Episod 123 tuh! As usual.. Funny, interesting, fun, marvelous, DAEBAK! Okayy dah boleh sebut word korea cikit-cikit dah. Haaa cek ada ,hangpa ada? *abaikan*

Tidak berhenti di situ saja keLAGHAan diriku. Boleh pulak abang saya yang 1st baru balik malam ni identify there was a broadband -jenama YES- di dalam biliknya. Kepunyaan abi. Wahhh!!! Wifi sebenarnye. Boleh 4orang guna. WHAT THE ?? Wifi he said??? Memang confirm saya takkan study malam ni. Huhuhu. Nak online jugak. Yela..Free of charge tuhh.. Rugi kalau tak manfaatkannya. Hihi *YaALLAH ujian-ujian*

Wokeyh la uolls. Minta diri dulu. Nak tido la kome ni. 

Warning! Do not ever ever follow my lagha behaviour ye. Hhaahaha.

Wassalam semua :)

Study smart pon boleh :)




Monday, December 24, 2012

December 24, 2012

MOH LE STUDY.

Salam semua! Aihhh senang je kan ajak orang study. buat sikit tengok. Hmm study week dah start. Banyak gila chapter nak study. Takde la gila sangat. Hihi. Takut lah tak dapat score sem1 ni. Bukan apa ramai senior,lecturer suruh score sem1 n sem2 . Sebab nanti boleh cover overall pointer. Hmmm. Hmmm lagi. Haha *dah tak betul. Kata je takut,cuaks tapi tengok jugak kan running man.. Bukan apa tu untuk rehat sekejap setelah banyak study. 

Kadang-kadang tu kan rasa macam ngantuk gila. Ya-Allah SANGAT ngantuk. Apalagi ..lentok kat atas meja study le jawabnya..

Kadang-kadang tu rasa MALASSSSS sangat. Haa kira sikit berapa S yang ada. Menandakan saya sangat le malas.. 

Kadang-kadang tu mood nak belajar ZERO. Haaa.. Nampak tak keBESARan zero tu. Itu menandakan saya memang xde mood sangat..!

Umi ada kata memang makin dekat nak final, mood belajar tu memang xde. Tu namanya dugaannnn.

Iye dugaan! 


Jangan malas SAYIDAH!

Renungan bersama.

MOVE ON! YEAH!
Selamat study sayidah!!! Chaiyok2! Aja-aja fighting! Gambate! OK2 sayidah. Dah cukup semangat dah tu. HAHAHA.. ok chow!

Wassalam :)

Sunday, December 23, 2012

December 23, 2012

SO BEAUTIFUL!

Salam semua! Mak jemah nak cerita sikit ni. Tadi lepas maghrib telek-telek buku Gen-Q kejap. Terbaca satu artikel ni. Tentang kehebatan al-Salam. Apa benda pulak tu? Nama pakcik salam ke? Dok ehhh..

Al-Salam adalah salah satu nama Allah. Kehebatan al-Salam Allah ni terkandung dalam binaan diri kita tau. Nak tahu??

FAKTA!

satu..

Selalu tak nampak kawan kita yang sedang tidur selalu bergerak ke kiri dan kanan? Haaa tu sebabnya adalah saluran darah yang ditindih oleh berat badan akan tersekat. Allah melimpahkan kesejahteraannya kepada kita dengan memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.

dua..

Ketika kita tidur, air liur akan banyak terkumpul di dalam mulut. Maha Suci Allah yang memiliki sifat al-Salam memberikan keselesaan kepada kita ketika tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara automatik.

tiga..

Seluruh badan tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.

Subhanallah! Maha suci Allah ! Ok semua chow! Wassalam! :)

Bersyukurlah dengan segala nikmat-NYA :)



Tuesday, December 18, 2012

December 18, 2012

MATRIK VS UNIVERSITI

Salam semua! Siapa yang sebelum masuk U study kat matrik, sila jawab pertanyaan saya...

Antara matrik dan universiti.. Mana yang lagi BEST?

Haa.. Apa jawapan anda.. ?? Kalau empunya diri ni.. I think.. Dua-dua best! Tapi kalau kena pilih.. Tak tahu lah. Masing-masing ada weak and strong nya. Manis dan pahit. Susah dan senang. Dua-dua ada kenangan seronok . Kenangan tak suka pun ada kat dua-dua tempat ni. So mana satu pilihan kalbu? Ehek2.

Tapi kalau nak kira bilangan kawan ,mesti la matrik menang. Sebab iye la. Setahun duduk situ kan. Mesti la ramai kawan. *bajet famous* HIHI

Bukan apa.. Ramai la jugak saya tengok kawan-kawan kat matrik kata..

"Matrik lagi best daripada U.
U takde kawan best macam kat matrik dulu.
Dok kat matrik lagi syok dari dok kat U. "

Betul. Betul. Dan betul statement-statement di atas tu. Tapi kena ingat statement-statement tu dibuat oleh anda anda yang baru duduk kat U tak sampai pun setahun lagi. Tak habis pun lagi sem 1. Percayalah.. And I'm strongly sure that statement tu akan hapus bila anda anda dah study kat U 4 tahun lamanya.. Korang akan rasa bestttt sangat kehidupan kat matrik and also at U..

In my opinion la kan.. Kita tak boleh nak compare mana yang lagi best sebenarnya. Tak kisah lah antara matrik dgn U.. Antara sekolah rendah and sekolah menengah. Antara sekolah menengah dgn asasi. Antara STPM dengan hidup kat U. Semua sama je. Sama-sama best. Sama-sama ada kawan-kawan yang sangat hebat. Sama-sama ada memori tercipta kat situ , tak kisah either manis or pahit. Sama-sama ada kejayaan tersendiri.

Sekian.. Wassalam! :)


3 serangkai


SM2K2P4


Members of statistics and mathematics in UPM


MY Best Friend Forever :)


FORM 3 :)


Members of college SIXTEEN! :)


MY Roomates in Matrics


MY LOVES :)

PEACEEEEE :)


5 Science 1 Daebak!:)



Saturday, December 15, 2012

December 15, 2012

BAHANA NESCAFE!

Salam semua! Jam menunjukkan pukul 4.05 AM.. What??!! 4.05 am? A.M? Means..pagi?? Huwaaaa.. Nape tak ngantuk-ngantuk lagi ni mak jemah oiii.. Tu le tadi pegi dating dengan umi abi order nescafe ais buat apa.. Umi dah suruh tukar order milo ais hang degil. Ketegaq. Padan muka! :p 

Nak belajar pun takde mood. Makin nak final, makin ngada-ngada kan . Malas belajar la. Suka tengok running man pulak. Sebelum ni takde pun mood nak tengok cerita.. Ya Allah.. Teruknya sayidah napisah anak mar ramli ni. Hehehe.. *sengih cam kerang busuk*

By the way.. I'm home! Home sweetnya home . Sila jealous! Huisshh walaupun baru 2minggu tak balik.. Rindu kot kat umi abi. Sampai nanges-nanges rindu kat umi abi.. Eeeeii tak malu.. *Aisshh biar le* :p

Tadi lepas dinner kat luar ngan umi abi, boleh pulak kan demand kat umi nak makan ikan keli esok. Ikan keli sambal pedas! Wow bravo! Sluurrpp kecur air liur den memikio kan nye . Can't wait!

Homework. Assignment. Study. Dan study. Dan study lagi.. Lagi dan lagi dan lagi. Nak final mek da oii.. Wake up wake up.. !

Ambik wudhuk pun dah. Baca al-mulk pun dah. Bentang tilam pun dah. Buka facebook pun dah. Update blog pun dah. Salam tangan umi dah. Baca calculus sikit pun dah. Tapi awat tak ngantuk -ngantuk lagi ni mataku yang tersayang? 

Dah habis merepek kat atas, undur diri dulu lah. Lain hari kita update lagi ye. Wassalam! :)

Muhasabah sebelum tidur ;)

Friday, December 14, 2012

December 14, 2012

PELAJAR UPM MENINGGAL DUNIA


Salam semua! Telah tertulis di luh mahfuz, pagi 11.12.2012, seorang student UPM yang bernama asyraf meninggal dunia. Innalillah.. Course pertanian. Kolej 12. Sem 5. Tahun ke-3. Pernah main rugby. Dikhabarkan arwah meninggal semasa menuju ke kelas. Dilanggar motor semasa hendak melintas. Paling menyentuh hati, arwah baru pulang dari rumahnya. Subhanallah beruntungnya. Matinya pun insyaAllah mati syahid kerana sedang berjihad untuk menuntut ilmu Allah. Status terakhir arwah:


selembut---lembut...

bantal...


ADALAH ribaan seorang IBU..dan seorang AYAH


sayang ibuku umi ♥

dan
sayang ayahku abah ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Tempat kejadian

Bersama ibu dan ayah arwah di UPM
Akhir kata..semoga roh arwah dicucuri rahmat.AMIN. wassalam! 

Monday, December 10, 2012

December 10, 2012

BILA SAYA...........SAYA AKAN..........

Bila saya nak mulakan post.. Saya akan mulakan dengan salam semua! 

Bila saya marah.. Saya akan mengalirkan air mata sebab terlalu geram menahan marah,

Bila saya merajuk.. Saya akan mendiamkan diri tanda saya sedang merajuk dengan anda,

Bila saya sedih.. Saya akan menangis seorang diri tidak mahu tunjuk di depan orang,

Bila saya tak puas hati.. Saya akan pendamkan saja perasaan itu atau kekadang meluahkannya,

Bila saya gembira.. Saya akan kongsikan kegembiraan itu dengan orang di sekeliling saya,

Bila saya takut.. Saya akan cuba lawan dengan mengingati moment-moment yang indah,

Bila saya takde mood.. Saya akan cuba kembalikan mood tu dengan membaca buku-buku agama atau motivasi,

Bila saya stress.. Saya lebih suka bermuhasabah diri,

Bila saya boring.. Saya akan kacau kawan-kawan,

Bila saya nak belajar.. Saya akan make sure earphone mp3 masuk dalam telinga saya terlebih dahulu,

Bila saya mengantuk.. Saya akan cuba untuk bertahan dan tidak mengantuk,

Bila saya kecewa.. Saya akan cari kata-kata yang boleh membangkitkan semangat saya semula,

Bila saya rindu umi abi.. Saya akan message atau call mereka berdua,

Bila saya rasa bersalah.. Saya akan pujuk orang tu sampai dia maafkan saya,

Bila saya rajin.. Saya akan study dengan semangatnya,








Wassalam! :)



December 10, 2012

SALAM CINTA

Love is great if put in a right place.
Salam semua! Ewaahh bukan main lagi ye tajuk. Cinta. Bahasa Inggeris nya Love. Apa itu cinta? Hmm tu sila jawab sendiri. Tanya encik dan cik google amat lah dialu-alukan. Hhehe.

Sebenarnye nak habaq mai pasal satu cerita ni. Tajuk nya SALAM CINTA. Dibintangi oleh kamal adli dan diana amir. Sangat best! Sampai cik tuan punya badan yang susah nanges tengok movie ni pun boleh menangis tengok cerita ni. Bukannya sedih ke apa.

 Sebab .. Saya.. Saya rasa.. Terharu? Yess terharu. Terharu dengan keikhlasan cinta mereka berdua. Terharu dengan kesungguhan hero tu dalam membuat penghijrahan dari jahat ke arah yang lebih baik. Terharu dengan keindahan hidayah yang ALLAH masukkan ke dalam hati hamba-Nya hanya dengan sekelip mata. Terharu dengan kata-kata indah semasa mereka berdua membuat perkenalan yang baru di akhir cerita :

" Assalamualaikum ma'mumku. Namaku Amirul Syah Bin Azman."

" Waalaikumsalam imamku. Namaku Laila El-Zahra Bt Haji Rahman."

Haihhhh sweetnye lah. Haha. Tu jela nak kata. Mai la pakat tengok pada siapa-siapa yang tak tengok lagi tu kan. Banyak pengajaran yang boleh diambil insyaALLAH. Wassalam! :)



Thursday, December 6, 2012

December 06, 2012

MUKA MERAH ?


Aucakkkk! Salam semua. comel kan comel kan?? haih geram beno nengoknya.. Cubit kang. hihi *gelak evil* OK..apa kaitan dgn tajuk sbnrnye pic ni..

Hmm sebenarnya saje je nak cite muka saya cepat sangat merah. Atau.. selalu merah? Atau.. sentiasa merah?? Nak perah otak jugak ke jawab benda ni. haha. Tak kisahlah.. 

Tapi.. soalan yang selaluuuuuu sangat ditanya.. 
" Sayidah kenapa muka merah? " , 
" Kakcik nak meletup muka kau ni ha.. Panas ke?" ,
 " Are you okay sayidah?Your face is so red."-(lecturer BI tanya) , 
" Kenapa ye muka awak merah?" ....

Bukan persoalan je yang ditanya.. Ada jugak le yang comment.. 
" Comel la sayidah.pipi asyik blushing. Tak payah pakai blusher dah. Natural.." ,
 " Comel la bila muka merah. Geram!" , " Untunglah muka merah.." ,
 "Ok what muka merah..daripada aku muka hitam.." 

HUHUHU..takyah nak puji sangat la kan. Tapi..apa-apa pun.. ALHAMDULILLAH atas nikmat muka yang sempurna ALLAH bagi. *walaupun jerawat merata.hihi.* boleh melihat. boleh mendengar. boleh  berkata-kata.. Ada hikmahnya Allah tak jadikan muka saya putih melepak,licin,cute macam sesetengah manusia kan.. Sebab takut nanti ramai pulak yang tergoda.. HIKHIKHIK..

Saya pun tak tahu sebenarnya kenapa muka saya ni merah.. Tapi yang saya perasan la kan.. Muka saya akan merah time saya 
panas, malu, ketawa, segan, menangis.. 
Tu je kot.huhu. Okay lah.. Nak chow. Nak makan. Jemput2 makan! yum2. Wassalam! :)