January 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, January 20, 2013

January 20, 2013

KONTRA.


Salam semua!! Bismillah..

MANUSIA ZAMAN SEKARANG……
(p/s : ditulis daripada pengalaman diri sendiri . dan juga daripada manusia di sekeliling)

-Bila time solat je, mengantuk . Tengok movie, segar.

-Orang call , laju je angkat. Allah call untuk solat, lambat nak tunaikan.

-Sanggup tunggu 2,3 jam untuk tengok bola, tengok konsert. Dengar ceramah 1jam pun dah rasa lama.

-Online facebook,twitter 2,3 jam tak heran. Nak singgah website pasal agama sekejap pun malas.

-Baca majalah hiburan, takda hal. Baca majalah agama, emm nanti-nanti lah.

-10 kali berbalas-balas messsage kat kawan-kawan/pakwe/makwe, biasa-biasa je. 5kali berbalas message ngan parents, wohhh banyak tuh!

-Pakai lawa-lawa, sembur minyak wangi satu botol kalau nak keluar jalan-jalan. Menghadap ALLAH, minyak wangi secalit pun tak pakai.

-Zikir, baca Quran tak bersemangat, lemah je. Time nyanyi lagu, amboiii bukan main semangat lagi.

-Orang bagi hadiah kat kita, cakap terima kasih beribu-ribu kali, terharu sampai nak nanges. Allah bagi nikmat kat kita, ‘Alhamdulillah’ payah bebeno nak sebut, tak rasa terharu pun dengan pemberian-Nya.


Siapa manusia itu??
 KITA!!
 Iye kita.
 Tapi bukan semua macam tu. Sebahagian sahaja.
Marilah kita bermuhasabah diri.
Muhasabah itu penting. 
Membuatkan kita tahu apa kekurangan kita. 
Untuk diubah, untuk diperbaiki. 
Supaya dapat menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari insyaALLAH . :)


 Wassalam :)

Saturday, January 19, 2013

January 19, 2013

MY LOVE ;)

Salam semua!! Bismillah..

Haihh sunyinya lah takde teman nak main-main
.. Minggu lepas ada buah hati. Boleh main-main,manja-manja ngan buah hati saya tu.. 
Haaa rindu rindu!! Raya cina ni buah hati saya mai lagi seremban. Yeahh! 
 Tapi sekarang takde. So.. agak boringg kat rumah.
 Teringat lagi keletah buah hati saya dua orang ni. 
 Macam-macam. Penat nak melayan. :)

                BUAH HATIKU= IMAN HAZIM + NURUL FATIHAH

KELETAH ANAK BUAH.

Bila orang nak solat , nak join jugak.. 
Pakaikan la tudung kat fatihah . Sebab takde telekung mini untuk dia. Comel gila!! Ayu je.. Macam makcik dia *saya lettuww* Hihi. 
Iman pulak sekejap je pakai songkok pastu hilang mana entah. Pergi campak je. Aishh memang nak kena tau.
 *Hihihi ganas tak makcik dia?*

Sujud ke tu iman??
Nurul Fatihah. Alololo comelnya!

Habis sejadah tu dia buat. Ish ish ish.

Dah ready ke sayang? Nampak rambut lah. Hahaha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


THEN,tanpa disuruh dan memang saja nak cari kerja..
 Bermula lah kerja mereka 'mengemas' buku-buku kat almari  buku.

Keluarkan semua buku kat tingkat bawah.

Masukkan balik.

Bajet tengah susun la tu. Hahaha
Keluarkan balik.

Again. Susun balik. lol

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas habis susun buku, lepak kat tempat senam.
 then khusyuk menelaah buku arab pulak.
 Iman baca 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM' and 'AUZUBILLAHIMINASSHAITANIRRAJIM' kuat-kuat. Dengan pelatnye..
 Allahhh.. comelnya alahai! 
Si adik pulak ikut irama je. Hahahha sangat comel! Cubit pipi kuat.
 Yang saya ni sebagai makcik kan..
 kena la tegur bacaan anak sedara kalau salah kan. 
Cuba la betulkan sebutan dia tu..

Tiba-tiba iman cakap.. "SHHHHH!"*dengan buat aksi tutup mulut*

Me: What??! 

Haha. Mampu ketawa je. Sebab comel sangat. 
Dah lah salah, dengan pelat budak-budaknya. 
20% je betul sebutannya ,yang lain ABSOLUTELY wrong!! 
Lepas tu, bila nak tegur suruh diam pulak. Hahaha.
Anyway kira ok la tu budak kecik macam iman and fatihah ni dah terbiasa dengan kalimah agung tu. 
Senang in the future nak bentuk peribadi yang baik kan.
 insyaALLAH .amin :)

Khusyuk bebeno iman baca buku arab nye :D

Suka sangat duduk dekat tempat senam tu. tak paham betul.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda favourite yang buah hati saya dua orang ni suka buat ialahhhh.. 
Jeng jeng cuba teka..?

Servis penyapu dulu before sapu sampah. :p
Iye betul!! Menyapu lantai.. 
Tapi budak-budak kan. Sapu macam tak sapu. Habuk ada lagi. Hhahaa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat paling suka mereka menyibuk adalah bilik makciknya! 
Hishh sibuk je. Hahhaa. Nak manja la konon.  

Khusyuk nye tulis sayang-sayang ku ni :)

Ok nampak tak sebahagian dari bilik makcik nya? Semak!!
Semua gara-gara iman dan fatihah. HIHI
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang-petang lepas asar pulak.. 
Apalagi. Jom main kat taman!! Yeayy main buaian!
 Hehe. Makciknya yang TERover pulak.. :P

Happy bebeno nak main ye iman? *dalam lif*

Inilah taman depan blok saya :)
Okeh lepas tu.. Takde gambar masa main .
sebab iman,fatihah dan termasuk makciknya tak ingat dunia. Main sampai penat!
 Hihi well makciknya kan baru umur 20 tahun, jiwa muda lagi. 
Boleh main buaian lagi.~~ :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi insan soleh dan solehah ye buah hatiku.
 Berjaya dunia akhirat. Amin.
Sayang kamoo berdua ;)

--------------------------------------------------THE END --------------------------------

Thursday, January 17, 2013

January 17, 2013

NASIHAT BUDAK KECIL UNTUK IMAM ABU HANIFAH

Pada suatu hari, ketika al-Imam Abu Hanifah sedang berjalan- jalan, beliau ternampak seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Melihat keadaan budak itu yang berjalan dengan sangat berhati-hati, lalu ditegurnya budak itu: "Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu, bimbang engkau akan tergelincir nanti."

Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Lantas budak itu tiba-tiba bertanya: "Wahai tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab: "Namaku Nu'man." "Oh! rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Al-Imam Abu Hanifah lalu berkata: "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut, tetapi orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya."

Budak itu lantas menjawab: "Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah s.w.t. lantaran angkuh dan berbangga-bangga."

Imam Abu Hanifah r.a menangis mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu.

Semoga kita dapat mencontohi akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah ini. InsyaALLAH :D


Nauzubillahiminzalik. :)

Tuesday, January 15, 2013

January 15, 2013

SIMPLE. JUST SMILE :)


Jawab jangan tak jawab  :p

Why we have to smile ha?

Senyum itu sedekah :)

Senyum itu awet muda :)

Senyum itu menambahkan kecantikan :)


Senyum itu pemanis wajah :)


Senyum itu mengurangkan tekanan, melancarkan perjalanan darah :)


Sangat rugi if tak senyum :)


Jadi.. senyumlah :)

Tengok muka baby mesti kita akan senyum. kan? :)


Tak perlu kata apa-apa... Just SMILE :)



Monday, January 14, 2013

January 14, 2013

BELAJAR MEMASAK LA SAYIDAH!

Salam semua! Bismillah..

Potong sawi!

Ketung ketang ketung ketang. Wohhh bisingnya di dapur itu. Ohhh umi memasak rupa-rupanya.Hihihi. Aku di ruang tamu sedang memotong bawang,sayur sawi,garlic dan sebagainya. Sampai menangis2 tuh. Sob sob sedih woh potong bawang. Apalah nasib ku.. Hahaha eleh poyo gila padahal baru potong bawang. ><

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-kisah.. Ada suara berkata-kata dari dapur..

Umi : Kak cikk.. Umur dah masuk 20 tahun.. Sepatutnya umur 20 tahun ni dah tahu memasak sendiri dah..

Me : (Tersengih-sengih macam kerang busuk) Alaaa.. Rilek la umi. Baru umur 20 tahun.. 21 tahun nanti baru kakcik belajar memasak betul-betul ye.. Hihi

Umi : Anak bertuah betul!

Me : Terima kasih umi! Kakcik memang anak bertuah pon. ( Tapi dalam hati je lah. Hihihi )

--------------------------------------------------THE END------------------------------------------------

Gitu lah kisahnya kannn.. Hmm masalahnye bukanlah saya langsung tak pandai memasak. Tapi kurang pandai. :p

Lagi satu an.. Bila umi ajar memasak je, lepas tu lupa pulak resepi-resepi nye. Hihi. Berapa sudu gula, berapa biji telur, berapa banyak santan.. Sume lah dah lupa bila nak buat balik. So umi la yang kena masak jugak. Ish ish. Anak bertuah kannn ;)  

Tadi tengah online terjumpa la benda ni.. 

Betul ke? Betul lahh. :p

Okay apa yang dapat saya simpulkan dari gambar ni. Moh le kita cari bakal husband yang pandai masak. Untuk kesenangan pada masa akan datang. Hhahaha. Boleh2 pulak macam tu kan. sangat-sangat la takde motif . Haihh saje je gurau2. Jangan mare yee~~ :p

Wassalam! :)


Sunday, January 13, 2013

January 13, 2013

C.I.N.C.I.N ;)

Salam semua! Bismillah..




Whoaaa! Lawanya cincin itu!! Hihihi.. Saya memang suka cincin. Sebab dia sangat lawa. Comeyy! Lagi2 yang ada tertonggek batu permata kecik kat atas cincin macam kat gambar tu. Perfect!! Itulah cincin idaman saya. Jangan curi okeh! LOL.

Cerita pasal cincin ni kan. Zaman sekarang ni memang ramai le kan yang pakai cincin. Tak kira la apa motif yang tersirat dan tersurat di sebalik mereka memakai cincin tu.Ada sebab pakwe or makwe mereka bagi.. Ada yang harta pusaka nenek moyang punye.. Ada yang suka-suki pakai.. Ada yang kawan-kawan or relatives yang bagi hadiah. Ada yang memang sebab yang halal iaitu perkahwinan dan pertunangan. 

Tapi yang menjadi kemusykilan saya ni.. Ada orang yang pakai suka-suka tapi tak tahu cara nak pakai yang betul. Okay maybe sebab mereka-mereka ni tak tahu cara pakai ikut sunnah Nabi macam saya dulu jugak. 

Therefore.. Here this is it..Saya cilok dari sebuah laman web. Yang memberitahu cara memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari :

1] jari tengah
2] jari telunjuk

For your information... Nabi Muhammad saw. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana ianya meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Pesanan untuk kita-kita semua. Nasihatkanlah kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun adik-beradik kita tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi S.A.W memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W senang je kita dapat pahala. insyaALLAH . Wallahualam :)
January 13, 2013

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN.


Bismillahh..

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


----> DIKUTIP DARI page facebook Ustaz AZHAR iDRUS.

Buat pedoman untuk kita semua. Wallahualam :)

Saturday, January 12, 2013

January 12, 2013

4 YANG TERSIRAT




4 alamat orang cerdik

1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain


4 alamat orang beriman

1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman


4 tanda orang berakal

1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya


4 alamat orang rendah

1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan


4 yang menimbulkan cinta

1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik


4 soal yang membawa keuntungan hidup

1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih


4 sempurna dengan 4

1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan


4 mesti dijaga

1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian

1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

4 manfaat sedekah

1. Murah rezeki
2. Menolak bala/musibah
3. Menyembuhkan penyakit
4. Memanjangkan umur



Friday, January 11, 2013

January 11, 2013

MENYIMPAN JANGGUT ITU SUNNAH

Bismillah.. Salam semua!

Ok just want to share apa yang dibaca dari majalah Gen-Q. Sebenarnya kan menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah yang sangat dituntut kepada kaum Adam. Rasulullah menggalakkan Muslimin menyimpan janggut dengan ukuran lebih segenggam. 

Rasulullah bersabda, mafhumnya : " Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." (Riwayat Muslim)

Hukum mencukur janggut mengikut Mazhab Syafi'i adalah Makruh. Namun dibolehkan menipiskan janggut so that janggut tu dalam keadaan kemas dan terurus.




Takdelah panjang sangat pulak sampai macam ni.



Plus tak terurus pulak tuh. Kang time makan benda yang berkuah atau sup ke, tercelup janggut dalam tu.. Fuhhh free2 je ada perisa tambahan. Hahaha.

Ada 8 kelebiham menyimpan janggut :

1) Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

2) Janggut boleh melindungi kalenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria.Therefore, ia akan dapat melindungi seseorang daipada jerawat.

3) Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

4) Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

5) Menghindarkan daripada penyakit tekak dan gusi.

6) Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.

7) Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

8) Melindungi kulit dan seterusnya mngurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan mencukur janggut :

1) Menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis

2) Menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.

Whoaaa!! Tak sangka kan banyak betul kelebihan simpan janggut ni. Beruntunglah kaum adam sekalian. Dah lah dapat pahala yang besar kerana telah menghidupkan sunnah Rasulullah di akhir zaman ni. Dapat pulak banyak advantage dengan janggut ni. Subhanallah! 

Kaum Hawa jangan merana pulak. Kita pun ada kelebihan compared to lelaki. Nikmat mengandung and bersalin. Besar pahalanya. Hingga sesiapa yang mati bersalin , matinya adalah mati syahid. Subhanallah! Allah itu Maha Adil :)

Okay uolls. Chow! Wassalam :)




Wednesday, January 9, 2013

January 09, 2013

OHHH PASAR MALAM!


Salam semua! Bismillah..

Malam-malam macam ni memang perut bunyi krokk krokk. Minta makanan namanya.. Well tadi dah bagi makan coklat, ni ada diam sikit lah .hihi.

Cerita tang makanan ni kan. Aiihh rindunye pasar malam kat kawasan rumah lama. Kat Pinggiran Batu Caves. Macam-macam ouh ada. Air soya!! Ummphh dah lama tak minum. Sampai lupa soya pernah jadi favourite minuman saya. Betapa lama tak minum soya :(

Kat kawasan rumah baru seremban ni takde pasar malam pun. Sebab kawasan baru katakan. Hmm takpela. Nak wat camne kan. Ada rezeki makanan untuk dimakan tiap hari pun dikira bagus. Syukur sangat. Compared to orang kat palestin n negara luar yang kemiskinan nun. Astaghfirullah~



Jambangan cempaka menghias kenanga,
Seri padanan tampak terjalin,
Pakaian asing dicinta dipuja,
Songket tenunan dilupakah mungkin?
Alam nan hijau indah dulunya,
Kini botak dihakis-hakis,
Songket tenunan dilupa tiada,
Tetap disarung di pelbagai majlis.

Haa.. Pantun jual beli pulak dah kan. Fyi..Sem 2 nanti ada pesta pantun kat U. Then saya ni kira wakil kolej saya,kolej 16 untuk lawan kolej lain untuk pertandingan pantun. Muahahaha sangat lawak kan. Tapi tak lawak pun! Takut,cuak,tak yakin. Sume ade. Campur-baur. Bukan lah expert sangat diri ni time hantar nama untuk pantun, tapi ... Minat kot. Sbb pernah sekali masuk pertnadingan pantun time sekolah rendah. Sekali masa form3. Tak menang pun. Penah la menang untuk beberapa round, pastu kalah. Wohohoho kuciwa den~ Adat pertandingan. Ada menang , ada kalah kannn :)
For preparation untuk practice naik sem2 nanti, saya kena practice buat pantun untuk macam2 tajuk such as sukan, peribahasa, isu semasa n lain2. Haihhh isu semasa yang saya payah sangat ni. Dah la saya seorang yang tak amik tahu pasal negara kan. Hihi. 
Okay la. Nanti bila saya dah buat beberapa pantun, saya tunjuk kat uolls ye. InsyaALLAH . Doakan saya berjaya! Wassalam ! :)