http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

MY LOVE ;)

By 2:27:00 AM

Salam semua!! Bismillah..

Haihh sunyinya lah takde teman nak main-main
.. Minggu lepas ada buah hati. Boleh main-main,manja-manja ngan buah hati saya tu.. 
Haaa rindu rindu!! Raya cina ni buah hati saya mai lagi seremban. Yeahh! 
 Tapi sekarang takde. So.. agak boringg kat rumah.
 Teringat lagi keletah buah hati saya dua orang ni. 
 Macam-macam. Penat nak melayan. :)

                BUAH HATIKU= IMAN HAZIM + NURUL FATIHAH

KELETAH ANAK BUAH.

Bila orang nak solat , nak join jugak.. 
Pakaikan la tudung kat fatihah . Sebab takde telekung mini untuk dia. Comel gila!! Ayu je.. Macam makcik dia *saya lettuww* Hihi. 
Iman pulak sekejap je pakai songkok pastu hilang mana entah. Pergi campak je. Aishh memang nak kena tau.
 *Hihihi ganas tak makcik dia?*

Sujud ke tu iman??
Nurul Fatihah. Alololo comelnya!

Habis sejadah tu dia buat. Ish ish ish.

Dah ready ke sayang? Nampak rambut lah. Hahaha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


THEN,tanpa disuruh dan memang saja nak cari kerja..
 Bermula lah kerja mereka 'mengemas' buku-buku kat almari  buku.

Keluarkan semua buku kat tingkat bawah.

Masukkan balik.

Bajet tengah susun la tu. Hahaha
Keluarkan balik.

Again. Susun balik. lol

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas habis susun buku, lepak kat tempat senam.
 then khusyuk menelaah buku arab pulak.
 Iman baca 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM' and 'AUZUBILLAHIMINASSHAITANIRRAJIM' kuat-kuat. Dengan pelatnye..
 Allahhh.. comelnya alahai! 
Si adik pulak ikut irama je. Hahahha sangat comel! Cubit pipi kuat.
 Yang saya ni sebagai makcik kan..
 kena la tegur bacaan anak sedara kalau salah kan. 
Cuba la betulkan sebutan dia tu..

Tiba-tiba iman cakap.. "SHHHHH!"*dengan buat aksi tutup mulut*

Me: What??! 

Haha. Mampu ketawa je. Sebab comel sangat. 
Dah lah salah, dengan pelat budak-budaknya. 
20% je betul sebutannya ,yang lain ABSOLUTELY wrong!! 
Lepas tu, bila nak tegur suruh diam pulak. Hahaha.
Anyway kira ok la tu budak kecik macam iman and fatihah ni dah terbiasa dengan kalimah agung tu. 
Senang in the future nak bentuk peribadi yang baik kan.
 insyaALLAH .amin :)

Khusyuk bebeno iman baca buku arab nye :D

Suka sangat duduk dekat tempat senam tu. tak paham betul.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda favourite yang buah hati saya dua orang ni suka buat ialahhhh.. 
Jeng jeng cuba teka..?

Servis penyapu dulu before sapu sampah. :p
Iye betul!! Menyapu lantai.. 
Tapi budak-budak kan. Sapu macam tak sapu. Habuk ada lagi. Hhahaa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat paling suka mereka menyibuk adalah bilik makciknya! 
Hishh sibuk je. Hahhaa. Nak manja la konon.  

Khusyuk nye tulis sayang-sayang ku ni :)

Ok nampak tak sebahagian dari bilik makcik nya? Semak!!
Semua gara-gara iman dan fatihah. HIHI
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang-petang lepas asar pulak.. 
Apalagi. Jom main kat taman!! Yeayy main buaian!
 Hehe. Makciknya yang TERover pulak.. :P

Happy bebeno nak main ye iman? *dalam lif*

Inilah taman depan blok saya :)
Okeh lepas tu.. Takde gambar masa main .
sebab iman,fatihah dan termasuk makciknya tak ingat dunia. Main sampai penat!
 Hihi well makciknya kan baru umur 20 tahun, jiwa muda lagi. 
Boleh main buaian lagi.~~ :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi insan soleh dan solehah ye buah hatiku.
 Berjaya dunia akhirat. Amin.
Sayang kamoo berdua ;)

--------------------------------------------------THE END --------------------------------

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.