http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

NASIHAT BUDAK KECIL UNTUK IMAM ABU HANIFAH

By 12:40:00 AM

Pada suatu hari, ketika al-Imam Abu Hanifah sedang berjalan- jalan, beliau ternampak seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Melihat keadaan budak itu yang berjalan dengan sangat berhati-hati, lalu ditegurnya budak itu: "Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu, bimbang engkau akan tergelincir nanti."

Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Lantas budak itu tiba-tiba bertanya: "Wahai tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab: "Namaku Nu'man." "Oh! rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Al-Imam Abu Hanifah lalu berkata: "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut, tetapi orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya."

Budak itu lantas menjawab: "Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah s.w.t. lantaran angkuh dan berbangga-bangga."

Imam Abu Hanifah r.a menangis mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu.

Semoga kita dapat mencontohi akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah ini. InsyaALLAH :D


Nauzubillahiminzalik. :)

You Might Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.