February 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, February 26, 2013

February 26, 2013

BIG GIVEAWAY BY CIKGU FIZI, FIZGRAPHIC, EMASPUTIH, DUNIASHIDA & AIMANCOOL

Salam semua! Bismillah..



4. Sila Follow Blog Sponsor :  *wajib
a. Cikgu Fizi
b. Fizgraphic.com
c. Emasputih.com,
d. Duniashida.com
e. Aimancool.com  

5.  Like FP Sponsor :  *wajib
a. CikguFizi 
b. Fizgraphic 
c. Duniashida 
d. EmasPutih 
6. Masukkan Sponsors dalam Bloglist korang  *wajib
7. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan *lebih lagi bagus!
8. Dah siap, komenkan link entri GA ke entri ini.
9. Sharekan link GA ke wall facebook masing-masing

Ditag : cik nyoonya, acik
February 26, 2013

KERANA SEBINGKAI SPECS MATA...

Salam semua! Bismillahhhh..

Hari ni berlaku satu kisah tragis dalam hidup saya walaupun alhamdulillah the ending is happy ending..

Semuanya bermula dengan seorang pelajar yang bernama Sayidah a.k.a kakcik a.k.a mak jemah yang ngada-ngada tak nak simpan specs mata  lepas first class harini which is kelas kalkulus yang kebiasaannya , akan digantung pada leher baju kurung. Tapi dia ambil keputusan nak pegang je memandangkan lepas tu ada kelas statistik pulak. Then, masa tengah tunggu pintu dewan kuliah (DKS) dibuka, duduk la dekat kerusi dekat dengan dewan tu dengan kawan-kawan secoursemate. Beberapa minit kemudian, baru dapat tahu yang tempat belajar ditukar ke dewan kuliah 2 (DK2). So, kami pun cepat-cepat pergi ke lokasi tersebut.

Sampai je kat DK2, si sayidah ni baru sedar yang specs mata yang dia ingat dia pegang selama ni dah pun T.A.K.A.D.A! Hilang! Dissapeared! 

Whattt?! Dia pun mulalah rasa tak sedap hati. Usha depan takde. Belakang takde. Kanan takde. Kiri takde. Bawah takde.. Atas lagi la takde! Allahuakbar.. Sedih woh hilang specs kesayangan.

Masa kelas jangan cakaplah.. Si sayidah ni dah lah tak nampak apa kat skrin , duduk belakang pula tu. Lecturer foreigner cakap kat depan pun kurang faham. Dengan cuaca sejuk, hujan kat luar.. Mata pun dah sipi-sipi je nak tutup. Mulut pun dah banyak kali nguap. Tangan dah penat nak tutup mulut yang asyik menguap je. Bila dah kerap sangat menguap, mata pun berair la. Air mata menitis, Fuuhh! Hahaha.. Bila pandang kawan sebelah.. " Kakcik, janganlah sedih. ". Hahahaha. Sengih-sengih si kakcik tu. Mengantuk tahap gaban kot! Tapi ngantuk-ngantuk pun, hati sebenarnya tengah risau, sedih.. Specs kesanyangan takde. Rasa macam azab sangat. Tapi nasib baik tak lupa ucap -INNALILLAHIWAINNAILAIRAJIUN- Banyak kali. Pujuk hati. Allah kan ada berfirman MAKSUDNYA. Kalau kita ditimpa musibah, masalah.. Ucaplah INNALILLAHIWAINNAILAIRAJIUN.. Tanda hati kita redha dengan ujiannya.

Sayidah ni rancang la lepas kelas nak pergi cari balik. Sebab kuat hati mengatakan rasanya tertinggal dekat tempat duduk dekat ngn DKS tadi. Tak lupa jugak mesej dekat umi abi suruh doakan jumpa balik specs tu. 

Then, habis je kuliah.. Pergi la cari specs. Haaaa ni part terharu bangat deh! Terharu dapat kwan-kawan yang sangat baik . Sangat baik sebab sudi ramai-ramai temankan sayidah ni tolong carikan specs. Meredah hujan yang sangat lebat. Habis basah beg.. Kasut dah basah dek tenggelam dalam lopak air hujan. Huaaaa baiknya mereka. Tak mengeluh pun.. Semoga mereka diberkati ALLAH. Aminnn :)

So..what's happen at the end of the story? Rupa-rupanya betul lah tertinggal dekat tempat duduk tu. Alhamdulillah jumpa! Thank you Allah! Thank you friends! Thank you specs sebab duduk kat situ, tak pergi mana-mana! Hhehehe.

Dari kiri : Shiema, Fazlin, Wanie

Dari kiri atas : Sayidah(me) , Nabilah
Dari kiri bawah : Fatin, Zana, Nad, Fana, Salimah.

Nana.

Haaa tu le kawan-kawan saya yang baik hati teman saya di kala saya dalam kesusahan.
Love uollsss! Hehe.

Alhamdulillahhh. Bahagianya spec mata kesayangan tengah tertenggek kat atas hidung ni. :p

Nyte semua! Wassalam :)
February 26, 2013

ADAKAH DIA JODOH KU?

Salam semua! Bismillah...

Saya tahu umur saya baru je 20 tahun. Tak layak pun nak berbicara pasal jodoh. Tapi ingat lagi dulu masa saya di alam matrik, umi dah siap pesan dah.. " Kakcik sekarang ni start la doa dapat jodoh yang baik, suami yang soleh. Masa sekarang ni dah kena start doa! " 

Zappp! Kelu lidah nak balas balik. . Empunya diri pun hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk masa tu. Huisshh tetiba pulak umi ni.. Ada mimpi apa-apa ke semalam? Hehe mana lah tahu. :p

Tapi bila difikirkan memang betul pun kata umi tu. Sepatutnya masa sekolah menengah dulu sebenarnya dah start doa dapat jodoh yang baik. Tapi manusia kan.. Mudah lupa. Kekadang baca jugak doa tu lepas solat. Kekadang tak pun. Kekadang doa time sujud terakhir. Kekadang lupa..

Semalam, tengah syok baca novel.. Suddenly, there are words yang menusuk ke hati. Kata-kata tu dah lama tak nampak. Dah lama tak baca. Dan juga dah lama tak dengar. What is it?

" Kalau kita suka seseorang, kita jangan beritahu kat orang tu. Tapi kita beritahu kat ALLAH . Tapi kita beritahu kat Allah dengan berdoa kepada-Nya. Insya-Allah jika lelaki itu baik untuk kita, lelaki itu jodoh kita, Allah akan gerakkan hati lelaki itu untuk suka pada kita juga. Tak perlu nak meggoda lelaki itu, menarik perhatian lelaki itu. Cukup dengan berdoa kepada ALLAH . Cepat atau lambat lelaki itu nak suka kat kita, itu urusan Allah. Aturan Allah SWT merupakan yang terbaik. Sebab itu orang kata kita mampu merancang tetapi Allah menentukan segalanya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan kalau lelaki itu tidak menjadi milik kita, jangan bersedih sebab boleh jadi lelaki yang kita suka itu bukan ditakdirkan untuk kita. Ada seseorang yang Allah simpan untuk kita. "

Saya gerenti mesti ramai yang tahu fact ni. Tapi berapa ramai orang yang mengamalkannya? Ada tapi mungkin kurang bilangannya. Sebab apa? Sebab kita anggap jodoh ni benda yang dah ditetapkan. Takpayah nak doa pun untuk dapat jodoh yang baik. Kalau dah ditetapkan di luh mahfuz yang fulan bin/binti fulan jodoh kita, terima seadanya. Yes, that;s right. Tapi Allah berfirman mksudnya..- Kita boleh ubah sesuatu itu dengan doa- Doa senjata orang mukmin. Kenapa nak penat-penat fikir pasal jodoh, kalau doa moga dikurniakan jodoh yang baik sekejap pun tak nak, tak ada masa. Kan? Sekadar pendapat saya :)

Copy daripada sebuah blog ( http://tabekpuang.blogspot.com/2012/04/petanda-dia-adalah-jodoh-kita.html)


Petanda Dia Adalah Jodoh Kita


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Okay semua. Nytee. Wassalam! :)








Thursday, February 21, 2013

February 21, 2013

SEGMEN : + FOLLOWER 2013

Salam semua! Bismillahh..

KLIK BANNER UNTUK JOIN :)
Follower sekarang ada 149 followers je+newbie.. alhamdulillahh. :)
Syarat2nya sangat simple . Jum lah join ! ;)

February 21, 2013

RENUNGAN DIRI

Salam semua! Bismillahhh..




Aku mengamati semua sahabat dan aku tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. 
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi aku tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik , namun aku tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik. 
Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. - Sayidaina Umar al-Khattab. :)


Muhasabah sebelum tidur :)
Selamat malam.!
Salam :)

Wednesday, February 20, 2013

February 20, 2013

RAHSIA TULISAN TANGAN

RAHSIA TULISAN TANGAN 

RAHSIA TULISAN TANGAN

Salam semua! Bismillahh..
Setiap hari kita menulis.
Setiap hari kita tengok orang menulis.
Setiap hari kita tengok tulisan.
Tapi pernah kah kita fikir apa rahsia di sebalik tulisan tangan itu?
Let's check it out !
Pertama : Tekanan ketika menulis

RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.

• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


RAHSIA TULISAN TANGAN

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah


RAHSIA TULISAN TANGAN

Setelah dianalisis....
SAYA PUNYE TULISAN TANGAN :

1) Tekan kuat apabila menulis
  • saya memang jenis yang kalau menulis memang kena tekan, baru puas hati haha. Kalau dalam peperiksaan pun, bila tulis essay then pergi ke muka surat belakang mesti berbekas. Terpaksa la ambik masa usap-usap sikit mukasurat yang berbekas tu supaya tak berbekas sangat
2) Tulisan tajam or sometimes leper sikit

3) Tulisan tegak
  • memang suka tulis tegak-tegak. Tapi kekadang ada condong gak. Tapi tak sure ke kanan atau ke kiri. Macam condong ke kanan je hehe. 
4) Suka tulis rapat-rapat

5) Ada ekor panjang dan sempurna pada ekor huruf J,G,Y,Z

6) Palang pada huruf kecil T(t) terletak kat tengah-tengah. 
  • tapi kekadang tinggi. So ada dua cara tulis palang pada huruf kecil T. Kekadang tengah-tengah, kekadang tinggi. Tapi tak rendah la. Sebab tak lawa hehhe.

Okayyy .. Kalau sudi, tulis la kat bahagian comment, awak-awak punya tulisan tangan pulak .
Sharing is caring.
Selamat malam semua!
Wassalam :)

Tuesday, February 19, 2013

February 19, 2013

DEMI MASA

Salam semua! Bismillahh..

Orang yang bahagia itu 
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
 menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
 menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
 dan 
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. :)

SURAH AL-'ASR


MAKSUD SURAH AL-'ASR


KATA-KATA DR MAHATHIR MUHAMMAD


SURAH AR-RAHMAN


MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN


KRIINNNGG!


HAMKA

NAUZBILLAH~


INGAT 5 SEBELUM 5


PERBUALAN

SEGALANYA BERGANTUNG PADA NIAT :)

Selamat pagi semua! Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Amin :)


Monday, February 18, 2013

February 18, 2013

BUKA LEBARAN SEM 2

Salam semua!! Bismillahhh...

Esok 18hb feb dah start kuliah. Start sem 2. Tutup sem 1.

How's sem 1?? Not bad . Alhamdulillah okay untuk permulaan kan. Dapat 3.652 sem 1 ni.
BBI 2420 : A
KALKULUS : A
ALJABAR : A-
TITAS : A-
AKAUN : B+
KENEGARAAN : B+

Tapi sayang tak dapat dekan. Sebab dekan untuk UPM is 3.75 and above.
Tapi takpe2. InsyaAllah akan tingkatkan usaha sem 2 dan akan bersungguh-sungguh dapatkan title dekan.
AMINNN ! *doakan saya berjaya*

Ambik 7 subjek sem 2 ni which is PERTANIAN DAN MANUSIA, hubungan etnik, KEBERANGKALIAN DAN STATISTIK, kalkulus lanjutan, KOKURIKULUM, perakaunan kos dan pengurusan, GENERAL WRITING SKILLS.

YaAllah, permudahkanlah perjalanan aku dan kawan-kawanku pada sem baru yang start esok.
Pemudahkanlah YaAllah untuk kami menerima ilmu.
Permudahkanlah Ya Allah untuk kami memahami setiap bait perkataan yang diucapkan lecturer.
Permudahkanlah kami untuk fokus belajar  dan tumpukan perhatian di dalam kelas.
Permudahkanlah pendaftaran course kami.
Permudahkanlah segala-galanya YaAllah..
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
Hanya kepada-Mu kami berserah.
AMIN  :)


Goodluck semua kawan-kawan yang start kuliah esok! :)


Okeh semua.
Baibai. Nak out dulu.
Wassalam :)


Saturday, February 16, 2013

February 16, 2013

FIRST KISS

Salam semua!! Bismillah..

Pada suatu petang ,sedang berlari-lari.. Berhenti la kat satu meja ni.
Beberapa minit kemudiannn..
Selepas dibelai-belai kepalanya.. Lepas dia dah pejam mata.
Memberanikan diri untuk mencium mulutnya yang nampak macam.. Errrr .. Menakutkan mungkin??
Hahaa..
Dah lama sikit.. Muahhh!
Done!
Officially first kiss sudah dicuri oleh seekor iguana! 
Maaf to my hubby.. Anda dapat second kiss je. Hahaha


February 16, 2013

BERANI, JANGAN TAKUT!

Salam semua!! Bismillahh..

Selama 2 hari 1 malam saya menghilang. Pergi kem kat Kalumpang Resort,Hulu Selangor.
Memang sangat awesome!!! Alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman boleh dikutip sepanjang kem ni.
Abg akak fasi and abg akak senior and kawan2 SEMUAAA sangat sporting!
Perisiannya dan aktiviti2 SEMUAAAA nye menarik dan best!
Paling best masa kat hujung kem.. Guess what??
Mestilah tangkap gambar kann. HEHE. Buat kenangan, apa salahnya.. :)

Memang tengah sakit-sakit badan ni. Terutamanya bahgian tangan. Buat explorace semalam.
Rentas berhalangan memang 1st time dalam hidup buat macam2 seperti itu. 
Biasanya tengok kat dalam TV je. Tengok askar2 atau peserta PLKN buat macam kacang je.
Bila try buat masa explorace, baru tahu langit tinggi ke rendah. Huhu.

MAGIC!! Ada apa dengan MAGIC? 
MAGIC colour?
MAGIC pen?
MAGIC hair?
MAGIC time!!
Tak tergambar dengan kata-kata bila time malam kebudayaan, ade show MAGIC.
Best sangat! DEpan mata tu dia buat. 
Salute dia boleh buat dengan pantas hingga boleh mengaburi and memperdayakan mata2 penonton . Termasuk saya lah. Hihi.



BERANI mencuba!
BERANI tampil ke hadapan!
BERANI menyuarakan pendapat!
BERANI pergi depan,pandang semua orang dan cakap!
BERANI tonjolkan diri!
BERANI mengeluarkan potensi diri yang tersembunyi.
               -Ikhlas dari hati empunya diri, Sayidah@ Highlighter @Kakcik @Mak jemah :)



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi :)


Wassalam !

Tuesday, February 12, 2013

February 12, 2013

CORRECTION PLEASE...

Salam semua! Bismillahh..

Pernah dengar tak.. Betulkan yang biasa,biasakan yang betul ??

Bukan nak menghina. Apatah lagi mengaibkan orang.
Tapi sekarang ni saya selalu tengok manusia2 membuat kesilapan yang kecik2. Tak besar mana pun.
Tapi bagi saya, yang kita anggap remeh itulah melemahkan iman kita sebenarnya.

What's that kesilapan kecil??

1) Minum air by using tangan kiri.

2) Menguap berbunyi.

3) Menguap tak tutup mulut.

4) Bila makan guna sudu, yang menyuap makanan ke dalam mulut ialah tangan kiri.

5) Masuk bilik air kaki kanan. Keluar kaki kiri.

6) Masuk bilik or rumah dengan kaki kiri, tak baca bismillah.

7) Solat sendiri-sendiri kat bilik asrama .At the same time, roomate dia lagi sorang pun tgh solat sendiri kat bahagian lain.

8) Habiskan perbualan dalam telefon dengan BYE, supposed to be ASSALAM.

Yes. Memang beul kita manusia. Selalu buat kesilapan.
Manusia juga kalau kita tak tegur kesilapan yang dia dah buat, dia takkan tahu dia sedang membuat kesilapan.

So, whats the solution?
Perbaiki diri. Istiqamah walaupun sedikit.
Kalau kita nampak manusia lain di sekeliling membuat kesilapan, tegur dengan berhikmah.
Kalau tak mampu atas reason yang tertentu, kita doakanlah supaya dia berubah..
Ingatlah.. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.




Okayy uolls. Jam dah menunjukkan pukul 1.47am. Tilam dah memanggil-manggil tu. Hehe..
Gudnyte. Wassalam ;)

Monday, February 11, 2013

February 11, 2013

SAKIT HATI

Salam semua! Bismillahhh..

Tadi berfb-walking , jumpa something. Ada apa dengan something tu?
Hmm.. Something tu membuatkan ...
Hati saya...
Rasa..
Sakit..
hati? Ye! SANGAT. Lebih kepada sedih, kecewa sebenarnya!

Huh huh huh. Tarik nafas.. Lepass.. Tarik lagi nafass.. Huh lepas!!
Astaghfirullahal'azim...
Mungkin hati ni kurang berzikir and kurang ingatkan ALLAH, kesabaran pun tinggal hanya senipis bawang.

Think positive. Think positive. Jangan buruk sangka.! ---> Tu je la yang boleh pujuk hati ni.


for my heart. 

Esok dah nak balik kolej. Sedih woh meninggalkan keluarga yang tersayang. Ehehe.
Okayy semua. Goodnyte. 
Wassalam :)

Sunday, February 10, 2013

February 10, 2013

KENTUT. BUSUK WOH!

Salam semua! Bismillahh..

Di sini ada satu teka teki...

Apa benda yang keluar ada bunyi,takde bau. Tanpa bunyi, ada bau..???
Guess what??
Tengok tajuk dah tahu dah kan. Huhuhu. Kentut la jawapannya!

Tak percaya? Cuba buat..



FAKTA!

Di antara 400 jenis gas yang terkandung di dalam kentut, terdapat gas-gas seperti skatol, indole, metana, nitrogen, serta gas-gas lain yang berbau menyengat. 

That's why uolls jika kita makan makanan yang mengandungi banyak protein such as telur, our kentut akan berbau menyengat.

But! Kalau weolls makan makanan yang mengandungi banyak lemak atau karbohidrat iaitu makanan yang mengandungi banyak gas metana dan karbon dioksida, jumlah kentut yang dikeluakan banyak dan berbunyi kuat, tetapi tidak berbau. 

Subhanallah. Hebat kan ALLAH.. Perkara remeh macam ni pun ada ilmu untuk kita ambil tahu.
Tapi kita ni kan, (berdasarkan pengalaman kan) .. 
Kalau siapa2 kentut kuat..  "Eeeeeiii kentuttt! Busuk-busuk!"
Padahal takde bau pun. 


Otherwise..


Takde angin ribut, tetibe bau busuk. Ya ALLAH sentap 2saat tuh. Haahaha..
Mulalah.. " Sape kentut ni wohhh?! " ..
Rupa-rupanya dia baru jalan kat tepi tong sampah. Hahaha tak sedar diri betul.

Kentut.. Ada apa dengan kentut??
Ada cerita sebenarnya nak share tapi tak penting pun rasanya. Hehe.
So, end of storyy..
Wassalam ! :)