http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

SEGMEN URL BLOG PALING AWESOME BY BLOG MRS LULLA

By 9:53:00 AM

Salam semua! Bismillah..

Dah lama rasanya tak join segmen*uhuk-uhuk*
Berblogwalking pagi tadi* goyang kaki takde kokurikulum pagi sabtu ni*
Terjumpa la satu segmen ni. Hmm menarikk..
So, iolls apalagi.. Join..!

KLIK BANNER IF MAHU JOIN :)

Okeh .. Kena jawab pulak 2 soalan cepumas ni. Based on nama URL blog saya ni 
http://memburucintamu.blogspot.com,

1) Beri sebab kenapa URL saya paling awesome??

Huh huh. Kenapa ye?? I think*start speaking dah* the reason why my URL is the most awesome in the world because the title itself. Pernah ke terjumpa URL yang begitu menggedik dan meggelikan like me?*start merepek*  Mungkin ada. Tapi jarang-jarang. Lepas tu,URL saya ni senang nak ingat, sedap pun sedap hingga menjilat ibu jari, ringkas pun ringkas, pendek pun pendek*macam tuan blog*, rasa nak menyampah pun ade jugak kat URL ni kan.. So, complete lah perasaan yang berbagai-bagai bila sebut URL saya tu kan? kan? Okeh stop sebelum merepek dengan lebih lanjut. Hehe.

2) Mana saya dapat UR blog itu?

Mana dapat ? From myself. Masa form3 kot. Dah lama sebenarnya buat blog ni,tapi start agak aktif sejak masuk Universiti ni. Masa form3 ni, memang hebat sangat blog ni. Kira gempak la siapa buat. Pastu ada 2org kawan ni ada buat blog ( Afaf and Zatie ). Jeles habis la dengan mereka berdua ni. Cun gila kot blog dorang. Kagum habis. So, timbul lah keinginan nak buat. 

Sebelum nak buat, mestilah kena create nama URL blog kita kan. Lama bebeno nak pikir. Masa time cikgu mengajar pun, umphh sempat lagi fikir tu.. Conteng dekat buku la. Macam2 nama yang ada. Yang nama kebudak-budakan, yang matang terlebih pun ade gak. Haha. Okeh saya ni dulu takde la alim sangat dulu, tapi kira baik la*angkat bakul sndiri kejap.maaf*. 

So, tetibe terpikir nak timbul dengan URL ni.. memburucintaMu.. Okeh nampak tak huruf M tu dibesarkan compared kan dengan sekarang huruf m kecik kan. Sebab, terlupa nak besarkan masa letak URL blog tu. Sampai sekarang tak tukar. Ramai kot yang salah faham dengan URL saya ni. 

"Fuyyoo.. Jiwang habis nama blog"
"Wuhhuhu.. memburu cinta siapa tu??"
"Peewiitt.. memburucintamu~~~. aww!"
"Perghh. Tak boleh blah nama blog kau"

Haihh macam2 lagi la orang kata bila tengok URL saya ni. Terpaksa la terangkan perkara sebenar. Penat? Ye sometimes. Sekarang pun penat? Nope! Sebab kalau ada orang salah paham, saya senyum2 je. Takpelah biar saya je yang faham. Biar saya je yang tahu saya buru cinta siapa. Siapa lagi kalau bukan Tuhan saya yang Maha Agung-ALLAH-

Takde rasa nak tukar ke?*buat soalan sendiri pulak kan* 
Pernah banyak kali rasanya nak tukar. Banyak jugak nama fikir. 
Pernah sekali nak tukar dengan --> sayasukacoklat. 
Tapi hmm mungkin dah terbiasa dengan nama URL saya yang lama. Lagipun, saya rasa semua tahu saya suka coklat. So, takpayah nak ulang-ulang kali la kan nak habaq mai saya suka warna coklat. Menyampah pulak rasa. Hahaha. 

So, in the end, stick je la dengan URL saya yang comel ni*macam tuan dia* Hehe.

Okeh rasanya macam complete join segmen+update blog. Alhamdulillah :)

Baibai semua. Wassalam :)



You Might Also Like

4 comments

  1. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/headerfooter-by-selalulalu.html

    JOM JOIN SINI. :)

    ReplyDelete
  2. nice entry and nice reason

    ;) check here

    http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/04/senarai-update-blogger-best-segmen-url.html

    ReplyDelete
  3. Dari segment yang sama. ^^ Salam perkenalan.

    Jom join sini:

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/the-hidden-truth-korang-click-meoww-tu.html

    Thanks. ^^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.