April 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, April 27, 2013

April 27, 2013

BILA KATA-KATA KITA TAK SORANG PUN PERCAYA!




Salam semua!

Al-kisah..
Ada kawan*kononnya* saya ni tuduh saya buat perbuatan terkutuk..
Kawan saya ni kira berpengaruh la. Kata-kata dia boleh dipercayai..
Then,
Habis dia jaja*atau lebih sesuai menabur fitnah* kat semua orang yang saya melakukan perlakuan tak sesenoh tu. Termasuk umi abi saya. Keluarga saya. Kawan-kawan baik saya! Grrr!
Umi abi sedih je bila dapat tahu cerita tu..

Tu semua fitnah! Fitnah belaka!
Bila saya nak terangkan perkara sebenar, mereka buat muka pelik and taknak dengar.
Bila saya pertahankan diri saya ,mereka tak nak percaya. Mereka lebih percayakan kawan saya tu.
Bila saya pergi kat mereka, mereka buat muka menyampah. Ingat saya ni jijik sangat.
Tolonglah! Tolonglah percaya yang saya tak buat itu semua!!!
Arghhh*nak menangis*

Sekarang, tiada seorag pun nak percaya kisah saya yang the real one.
Takde orang pun nak dengar penerangan saya. Terus percaya kata-kata orang lain.
Tolonglah umi abi.. Kakcik ni anak umi. Anak abi. Umi abi mesti lagi tahu macam mana perangai kakcik kan.
Takkan kakcik tergamak nak buat macam tu.
Tolonglah percaya kakcik umi..
Tolonglah dengar cakap kakcik abi..
Tolonglah percaya anak umi abi ni.. 
Tolonglahhhh! 

Ya Allah.. Sakitnya perasaan ni..
Pedihnya hati ni bila kita dah tak lagi dipercayai oleh orang lain..
It's hurt!

(Bunyi alarm handphone)

Terjaga!

Hah mimpi rupanya! 

Alhamdulillahhhh.. Bukan betul-betul.
Itu semua mimpi..
Leganyaaaa~~ 
Terfikir.. Kalau lah betul2.. 
Aishh.. Nauzubillah..

Wassalam :)


Tuesday, April 23, 2013

Thursday, April 18, 2013

April 18, 2013

GWIYOMI / KIYOMI YANG CUTE BANGAT!

Salam semua..

Petang tadi, masa kelas BI , ade 4orang chinese datang lambat. Then , kena la punish dengan miss BI kami,miss bharathi . Kena perform chicken dance mula2. Tapi tiba2 ade permintaan suruh buat kiyomi. Adooyy miss pun dengan muka blurrr..

Miss: "Apakah itu kiyomi??"

Kami semua gelak.

Tapi dalam gelak2 tu, ada jugak tu yang tak tahu. Haha.

Tapi tak buat la kawan chinese ni sebab takde lagu nak buat.

Tapi miss kata lain kali buat. Miss akan upload dalam handphone and akan dimainkan dlm kelas, then dorang kena perform.

Huhu. Naseb la~~~

Lepas tu, malam tadi, ada orang suruh saya buat gaya kiyomi tu. Adehh parah.. Confirm korang nightmare kalau tengok aya buat kan. Hehe.

Kiyomi ni kira tengah hot la sekarang popularity nye terutamnya dalam kalangan lelaki of course. Uhuk2. Mana tak nya, tadi usha kejap video kiyomi kat YouTube.. Melambak keluar resultnye. Semua comel2. Aduhh saya yang perempuan ni pun kata dorang buat comel,apatah lagi lelaki kan. Aishh para lelaki kena kuat iman kalau nak tengok video kiyomi ni. Kalau tak,tergugat sudah :p

Lastly, saya ambik 1video kiyomi untuk tontonon bersama. Bukan gadis or wanita cute yang saya ambik tapi budak perempuan yang sangat lawa+comel=lamel. Hehe.



Monday, April 15, 2013

April 15, 2013

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat

Teks penuh setebal 61 mukasurat boleh di download dari
www.E-KEDAI.com.my/info/38kesilapanumumdisekitarsolat.pdf

Sila Share dan Panjangkan supaya kita semua berkongsi ilmu.


Wassalam :)
April 15, 2013

♡♡ GAJI AYAH BERAPA??? ♡♡


ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."
Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...
AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."
Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."
"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Thursday, April 11, 2013

April 11, 2013

SOLAT ISYAK SUNAT DILEWATKAN?


Mana satu kita? Huhu
Salam semua.. Bismillahh..

Pernah tak berlaku situasi di mana.. Kita suruh kawan kita solat isyak sebab azan isyak dah lama berkumandang.. Lepas tu kawan kita kata.. Rilek la . Nanti dulu.. Bukan ke ulama ada kata solat isyak sunat dilewatkan?

Ada tak berlaku di kalangan anda?? Sila angkat kening!*suara tegas* Hehe..

Saya bertanyalah perihal itu kepada pakcik saya yang dihormati kerana ilmunya yang tinggi..

Me: Pakcu.. Betul ke solat isyak sunat dilewatkan?? Minta pendapat.. :)

Pakcu : Betul....Tp ada juga hadis kata solat biarlah diawal waktu..

Me: Kenapa sunat dilewatkan ye?

Pakcu : Sebab ada hadis yg mgatakan : Kalau tak memberatkan umatku nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat Isyak sehingga kepada 1/3 malam..

Me: Ouuhh supaya boleh solat malam(tahajjud) lah ye?

Pakcu: Gitulah sepatutnya.. Tapi seingat Pkcu.. Alim ulama sepakat mgatakan elok solat diawal waktu...Sebabnya ialah ajal maut belum tentu... Bayangkan...kalau kita lengah2kan solat tetiba nyawa diambil...kan rugi tu... Walaupun niat asalnya nak sekalikan dengan ibadah malam... Sedangkan ibadah mlm itu sunat... Solat fardu tu pula wajib.

OHHHHH gituuu..

Jadi, conclusionnya, marilah kita solat di awal waktu. :)

Renung2kan.. Selamat beramal!

Wassalam :)
April 11, 2013

MEGA TOPUP GIVEAWAY.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)


!Assalamualaikum!
Bismillahirahmanirahim..pada hari ini .blog Nabila Biela dan Aisyah Humaira' merasmikan Mega Topup Giveaway. Nama pun topup giveaway, konfemlah hadiah pun semuanya topup. Sebanyak70 hadiah topup yang bernilai RM5 keatas yang menanti anda! Sebelum tu jom tengok syarat-syarat segmen kali ni:

SYARAT-SYARAT

1) Follow dan like FB pages para sponsor
2) COPY PASTE ENTRY NI dan backlink kan banner di atas ke blog Nabila Biela atau Aisyah Humaira'*salah satu sahaja* #PASTIKAN LINK SEMUA HIDUP
3) Letak link entry tersebut di komen entry Aisyah Humaira' SAHAJA
4) Tamat pada 13/4/3013*seminggu sahaja*

FOLLOW SPONSOR dan FOLLOW G+

Nabila Biela Aisyah Humaira' 1 Aku Penghibur Fieyna Girang 1 Natrah Adnan Tauke Mykedai 1 Sharia Nadirah Fizz Graphic 1 syazlina saad 1 Shakirah Rosli

FOLLOW G+


LIKE FB SPONSOR


SENARAI HADIAH

10 ORANG TOP REFFRAL
RM30 X 1
RM10 X 9
60 ORANG RANDOM
RM10 X 8
RM5 X 52
SEMUA SEKALI RM460 UNTUK 70 ORANG PEMENANG!!

SEGMEN INI DITAJA OLEH:

Mega topup giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Biela dan Aisyah Humaira' dan disponsor oleh  Aisyah Humaira'Hafizzy AzizFuh dot MyPingje dot orgAku PenghiburCikgu HailmiFieyna Girang, Natrah Adnan, Tauke Mykedai , Sharia NadirahNur Alja, Cik Yaya, Mohd Nasir, Ibnuismail Ismail, Arol MubinAien HermionieSare Says dan Nurul Firzanah, nabilah ahmad, shazlina saad, sheila eiman, cik hawa, shaila, Cik amabee, dhia akma,shakirah rosli, heirizaliana yana, cik honney , asma' sah, aliya, dan dysha sahhir.

p/s: Entry ni wajib di copy paste oleh para peserta dan para sponsor boleh join sekali=)

-------------------------------------------------------------------------------

UPDATE TERKINI :SENARAI PESERTA !

Saturday, April 6, 2013

April 06, 2013

To : MY FRIEND .

Salam semua.. Bismillah..

Sahabatku..
First2 dapat tahu awok unfriend saya kat facebook....
Terkejut..
Kenapa harus sampai macam tu sekali?
Apa salah saya?

Okayy sabar..
Mesti awok ada reason tersendiri..
Okayy tak kisah la kan..

Tapi sahabatku...
Bila awok bagitahu reasonnya..
Adooyy..
Sebak..
Sebab tu je?
Sebab tu awok unfriend saya kat facebook?
Sebab yang saya rasa tak masuk akal tu awok jadikan reason?

Okay..
Awok kata walaupun kita unfriend kat fb, tapi kat luar kita still sahabat kan?

Iya.. Saya sahabat dengan semua orang..
Memang hobi saya buat ramai kawan pun..

Tapi sahabatku..
Fyi, saya seorang yang pentingkan kawan saya..
Saya seorang yang sangat menjaga perasaan kawan..
Saya tak suka gaduh dengan kawan saya..
Saya tak suka bila kawan2 saya sedih..
Bagi saya.. Kawan adalah penting bagi saya..

Memang betul kita still sahabat walaupun tak friend awok kat fb..

Tapi sahbatku..
Things will be changed.. Things will be different..
Bagi saya, kenapa nak unfriend bagai kat dalam fb, tapi kat luar nak pulak title friend segala bagai?

Sedih..
Terkilan..
Kecewa..
Marah..

Kenapa??

First time kena unfriend dengan kawan baik sendiri..
Mungkin awok tak rasa apa rasanya..
Saya bukan nak doakan supaya Allah balas balik apa yang awok buat kat saya..
Saya harap awok sedar suatu hari nanti yang perbuatan awok ni sangatlah tak betul..

Maafkan saya sahabat..
Awok rasa bersalah dengan situasi?
Ditelan mati mak, diluah mati ayah?

Tak perlu semua tu sahabat..
Kena ingat saya dan awok hanya sahabat..
Tak lebih dari tu.
Kalau ada orang lain salah faham, minta maaf..
Tapi kena ingat.. Dalam perhubungan, harus ada kepercayaan..
Kalau tak ada kepercayaan.. Situasi boleh jadi sesuatu yang buruk..
Situasi boleh jadi sakitkan perasaan kawan sendiri..
Seperti sekarang ini..

Maafkan saya sahabat kalau awk terasa..
Tapi saya rasa lebih terasa dengan apa yang awok dah buat..
Dengan reason yang.. Errr ridiculous??
Taknak cakap lebih lanjut..
Fikir sendiri..
Bagi saya, awok dah cukup matang boleh fikir dengan sebaiknya..

Maafkan saya sahabat..
Dulu sepanjang persahabatan kita, saya hormat awok..
Petah berbicara, ilmu banyak..
Tapi maaf sekali lagi..
Dengan sebab SATU reason awok bagi kat saya tu.. Saya rasa..
Tak patut sangat..

Adakah saya tak anggap awok kawan dah??

Of course tidak..
Saya still anggap awok kawan..

Tapi maaf sahabat..
Mungkin rasa sahabat tu tak seperti dulu..
Rasa sahabat itu sudah pudar..
Rasa terasa saya pada perbuatan awok masih lagi terasa..

Suka hatilah awok nak fikir saya ni kebudak-budakkan sebab tulis post ni..
Tapi ingat, saya sensitif bab2 kawan ni..
Contohnya situasi macam ni..

Suka hati awok lah nak buat apa..
Saya doakan awok bahagia dunia akhirat..
Aminn...

Nyte semua. Wassalam :)









Thursday, April 4, 2013

April 04, 2013

BILA DAPAT MARKAH TEST...

Salam semua!Bismillah..

Minggu test dah berlalu.. Minggu ni minggu terima markah test pulak. Wuhuu~ Taknak lah cerita dengan lebih lanjut tang markah tu kan..

Tapi pernah tak anda usha-usha bila anda ataupun kawan-kawan lain bila dapat markah test??

Tak pernah? Pernah? Errr tak perasan pulak? Erkk da pulak macam tu.. Hahaha

Saya usha..

Bila kita terima markah test kita...

Mesti benda pertama kita buat..

Sedih gila bila markah kurang.. Happy gila kalau markah best..

Next, dah tahu markah kita.. Hmmm mestilah sasaran seterusnya...

Me: "Awakkkk, berapa dapat? Sharing is caring~~Hhehe"

Si kawan pulak ada 3jenis :
1) Tak kisah, terus bagitahu markah dia berapa*err ada ke org macam ni?*
 2) Kau bagitahu..aku bagitahu..Sama2 bagi.. Deal?? *tindakan bijak dan selamat*
 3) Takkan sesekali bukak mulut bagitahu markah dia walaupun  dipujuk bagai nak rak .*geraamm weh dengan orang macam ni..*
                                                     
Bila dah tahu markah kawan, compare pulak dengan markah kita..

Time compare tu.. Reaksi kita :

1) Markah kita lebih dari markah si kawan = Takpe.. Lepas ni boleh cuba lagi! Janganlah sedih *dalam  hati..fuhhh..syukur*                                          
                                                       
2) Markah si kawan lebih dari markah kita = Wahhh terrornya kau..! *dalam hati sumpah seranah*

3) Markah kita sama dengan markah si kawan= Samalah kita! Ada jodoh di situ *padahal dalam hati..haisshh camne la boleh markah sama dengan dia ni.huh.

Masa check jawapan kertas test.. 

Kalau time tengah salin jawapan betul bagi soalan kita yang salah..

"Argghhh!! Senang je rupanya."
"Lahhh.. Macam ni je ke jawapannya.."
"Lagi sikit je nak sama! Macam mana boleh terlupa nak buat ni?!"
"Kalau lah aku betul soalan ni.. Kan dah bertambah markah aku."

Okayy macam2 sebenarnya yang akan keluar dari mulut bila check jawapan.. Bila dapat tahu jawapan kita nak sama dengan jawapan skema.. Rasa nak hantuk kepala kat dinding kuat2 pun ada atau Rasa nak terjun sungai pun ada jugak atau Rasa nak koyak je kertas test ni! *emo tetibe*

Hmm apa akhir kita dapat??
Sakit hati.. Pedih hati.. Pilu ulu hati..

Jadi.. Marilah kita lupakan benda yang lepas..Oppss! Tak payah lupaka sebab kita takkan pernah lupakan kenangan pahit tu..Sebab kita takkan boleh lupakannya pun.. Tapi try to not kenang terlalu dalam sampai membuatkan kita lagi down.. down. anda downnn. Akhirnya, kerja satu tak buat apa pun. Nauzubillah~

Jangan fikir sebab saya dapat markah tinggi, boleh la cakap camtu.. Hmm excuse me.. My marks test takdelah tinggi mana pun, untuk dibanggakan ...

Cuma cuba jadi penyabar dan berfikiran positive kepada ALLAH..
Even susah, try to be the one insyaALLAH..*Pujuk hati*
Kalau markah dah okay, jangan tinggi sangat hidung tu..
Kalau markah not okay, jangan sedih sangat.. *peringatan buat diri*
Ayuh bangkit awak! ;)




Nytee.. Wassalam :)