http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

BILA DAPAT MARKAH TEST...

By 12:52:00 AM

Salam semua!Bismillah..

Minggu test dah berlalu.. Minggu ni minggu terima markah test pulak. Wuhuu~ Taknak lah cerita dengan lebih lanjut tang markah tu kan..

Tapi pernah tak anda usha-usha bila anda ataupun kawan-kawan lain bila dapat markah test??

Tak pernah? Pernah? Errr tak perasan pulak? Erkk da pulak macam tu.. Hahaha

Saya usha..

Bila kita terima markah test kita...

Mesti benda pertama kita buat..

Sedih gila bila markah kurang.. Happy gila kalau markah best..

Next, dah tahu markah kita.. Hmmm mestilah sasaran seterusnya...

Me: "Awakkkk, berapa dapat? Sharing is caring~~Hhehe"

Si kawan pulak ada 3jenis :
1) Tak kisah, terus bagitahu markah dia berapa*err ada ke org macam ni?*
 2) Kau bagitahu..aku bagitahu..Sama2 bagi.. Deal?? *tindakan bijak dan selamat*
 3) Takkan sesekali bukak mulut bagitahu markah dia walaupun  dipujuk bagai nak rak .*geraamm weh dengan orang macam ni..*
                                                     
Bila dah tahu markah kawan, compare pulak dengan markah kita..

Time compare tu.. Reaksi kita :

1) Markah kita lebih dari markah si kawan = Takpe.. Lepas ni boleh cuba lagi! Janganlah sedih *dalam  hati..fuhhh..syukur*                                          
                                                       
2) Markah si kawan lebih dari markah kita = Wahhh terrornya kau..! *dalam hati sumpah seranah*

3) Markah kita sama dengan markah si kawan= Samalah kita! Ada jodoh di situ *padahal dalam hati..haisshh camne la boleh markah sama dengan dia ni.huh.

Masa check jawapan kertas test.. 

Kalau time tengah salin jawapan betul bagi soalan kita yang salah..

"Argghhh!! Senang je rupanya."
"Lahhh.. Macam ni je ke jawapannya.."
"Lagi sikit je nak sama! Macam mana boleh terlupa nak buat ni?!"
"Kalau lah aku betul soalan ni.. Kan dah bertambah markah aku."

Okayy macam2 sebenarnya yang akan keluar dari mulut bila check jawapan.. Bila dapat tahu jawapan kita nak sama dengan jawapan skema.. Rasa nak hantuk kepala kat dinding kuat2 pun ada atau Rasa nak terjun sungai pun ada jugak atau Rasa nak koyak je kertas test ni! *emo tetibe*

Hmm apa akhir kita dapat??
Sakit hati.. Pedih hati.. Pilu ulu hati..

Jadi.. Marilah kita lupakan benda yang lepas..Oppss! Tak payah lupaka sebab kita takkan pernah lupakan kenangan pahit tu..Sebab kita takkan boleh lupakannya pun.. Tapi try to not kenang terlalu dalam sampai membuatkan kita lagi down.. down. anda downnn. Akhirnya, kerja satu tak buat apa pun. Nauzubillah~

Jangan fikir sebab saya dapat markah tinggi, boleh la cakap camtu.. Hmm excuse me.. My marks test takdelah tinggi mana pun, untuk dibanggakan ...

Cuma cuba jadi penyabar dan berfikiran positive kepada ALLAH..
Even susah, try to be the one insyaALLAH..*Pujuk hati*
Kalau markah dah okay, jangan tinggi sangat hidung tu..
Kalau markah not okay, jangan sedih sangat.. *peringatan buat diri*
Ayuh bangkit awak! ;)




Nytee.. Wassalam :)

You Might Also Like

2 comments

  1. wahh dulu selalu buat cm gini .. nak naikkn semangat

    ReplyDelete
  2. hahaha tepat kena atas btg hidung sdiri!! memang mcm tu....

    dan tang susah nk ckp kat kwn dpt brp tu memng Ainaa orgnya!! kihkih cuma Ainaa akn bgtau jugk klau dah kena pksa plus siap kena ugut nk mrajuk dgn kwn2. hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.