May 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, May 25, 2013

May 25, 2013

IT'S ALL ABOUT .. ROKOK !


Salam semua! Bismillahhh..

Ada seorang kawan saya ni mengadu pada saya yang kawan laki dia merokok and kawan saya ni kebetulan memang anti-rokok. Kalau dah anti-rokok,mesti la agak tak suka pada orang yang perokok kan.. Bukan tak suka,cuma sedih dan kecewa kawan dia tu merokok.. OkAYY no comment.. 

Tapi... Commenta sayaa..
Saya tengok ramaaaiiii sangat orang yang merokok ni .. 
Bukannya mereka ni tak baik,baik sangattt.. 
Bukannya mereka tak tahu keburukan rokok tu apa,tapi diisapnya jugak.. 
Bukannya ada kebaikan pun, tapi mereka suka sangat kat benda tu..
Bukannya ada sebab munasabah pun mereka nak rokok, tapi tetap benda tu dicari setiap hari..

Saya tahuuu mungkin takde guna pun buat entry pasal keburukan merokok ni.. Sebab ramai orang kata.. Nak berhenti merokok ni bukannya senang. Take time yang lama.. Mungkin kalau rokok tu dah sebati dengan orang itu,memang tak boleh nak ubah orang tuuu. Memang takkan ambik kira nasihat orang,tetap jugak nak merokok...

Tapi pada pedapat saya, hidayah Allah tu milik Allah. Siapa kita nak jatuhkan hukuman atau menyangka yang manusia ni tak boleh diubah jadi baik? Allah itu Maha Kuasa. Kalau Dia nak sedarkan seseorang, boleh jadi sekelip mata je. Kun fayukan. Jadilah, maka jadilah ia. 

Yang penting, usaha dan doa. :)

Sama keadaan macam orang yang tak menutup aurat. Kita tak boleh nak salahkan 100% pada bahu orang tersebut. Mungkin persekitaran jadi beliau begitu.. Jadi ,orang sekeliling dia pun perlu bantu dia,jadi role model yang sepatutya. Sebab itu lah cara Nabi Muhammad mengembangkan Islam. Melalui personaliti dan perbuatan baginda yang sangat perfect! Baru lah orang bukan Islam tertarik untuk masuk Islam..

Tapi, satu je tak suka kat perokok ni.. Kalau nak merokok tu, merokok le di tempat yang takde orang lainn,yang bukan di tempat public, yang bukan ada budak2 dan orang tua, yang bukan ada makanan dan minuman di situ... Sangat lah tidak bijak rasanya kalau nak merokok di tempat2 tersebut..Sampai pernah kawan saya kata.. Kalau perokok tu nak isap jugak kat tempat2 public, masukkan kepala sendiri dalam plastik,ikat. Biar dia sedut balik asap rokok tu. Sebab know what? Orang yang menghidu bau(asap) rokok lagi bahaya daripada yang merokok.Tidak adil bukan? Tapi itulah hakikat.

Kajian menunjukkan...

1) Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
2) Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
3) Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan
bertambah baik atau pulih.





Apa keburukan merokok?


• Gigi berkarat (staining).
• Nafas berbau (halitosis).
• Penyakit gusi (penyakit periodontium).
• Kanser mulut.
Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
• Kanser paru-paru.
• Tekanan darah tinggi.
• Strok.
• Penyakit jantung.
• Mati pucuk. Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.
 Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.
 Baju dan rambut berbau
  
Perhatian!

Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat
gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau
penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.





Petua berhenti merokok

• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
• Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh
membuang tabiat merokok".
• dapatkan sokongan.
• atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
 lakukan senaman
 mandi dengan lebih kerap
• gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).

Dipetik daripada Info Sihat http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEROKOK.pdf
TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DNEGAN E-GENIUS



Wassalam :)

Sunday, May 12, 2013

May 12, 2013

SELAMAT HARI IBU,UMI !!!

UMI TERCHENTA! :)


Salam semua! Bismillahh..

12 MEI.. Tarikh yang dinanti-nantikan para ibu. Hehe. Kenapa?? Sebab pada tarikh itulah anak2nya yang busy dengan kerja,study sanggup luangkan masa untuk wish SELAMAT HARI IBU! Wish yang simple but... Bagi mereka besar maknanya. 

Mungkin ada yang tak faham ..Buat apa nak perbesar-besarkan sangat hari ibu ni. Bukan perbesar kan makcik pakcik oit. Tapi tu lah kalau nak fikir logik, selain hari 12mei ni, ada tak awak nak tiba-tiba wish 'SELAMAT HARI IBU,umi!!' ?? Tak ada kan? Mungkin ada..Tapi jarang-jarang kan nak jumpa manusia sebegitu rupa? Kalau ada,alhamdulillah sebab saya pun tak pernah buat macam tu. Tak pun silap-silap, kalau kita wish macam tu selain hari 12mei ni, mak kita kata-Dah buang tabiat?? Haa kan kena sejibik! 

Mungkin ada sesetengah yang mengatakan Hari Ibu ni haram and tak boleh nak sambut. Nak dijadikan cerita kan, semalam terjumpa video Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan sambut Hari Ibu ni haram. Tapi tak habis tengok la video tu. Sampai setengah je. Pastu tutup. ha tu lah manusia kan. Benda baik memang susah nak tengok sampai habis. *Saya la tu,jangan terasa pulak kakak abang sume. Hehe.* Then, saya pun tak jadi nak wish umi sebab tahu Hari Ibu tak boleh sambut.

Keesokan harinya, tengah online facebook.. Tiba2 ada message masuk.. 

Umi: Tak nak wish umi ke?

Aduhhh rasa nak nanges je. Sebab rasa dah berdosa gila sebab kecewa kan hati umi yang tengah tunggu anak dia*saya* wish tapi tak wish2 pun. Nampak tak betapa para ibu nak anak beliau wish SELAMAT HARI IBU kepada mereka? Then, tetibe terjumpa la satu artikel ni kat Facebook.....

Katakan 'ya' kepada silang budaya. Katakan 'tidak' kepada serangan budaya. (Syeikh al-Qaradhawi).

Hari Ibu suatu silang budaya yang baik. Seperti kita kadang kala mengambil budaya makan pakai sudu, pakai baju kot dan sebagainya. Islam tidakpun menegahnya. Para sahabat ketika menakhluk sesebuah negara tidak memusuhi budaya masyarakat itu yang tidak bercanggah syariah.Hari Ibu bukannya suatu 'serangan budaya' seperti Hari Valentine. Operasional Hari Valentine akan membawa sepasang kekasih mendekati zina. Manakala, operasional Hari Ibu akan membawa seorang anak yang mungkin sibuk dengan dunianya, 'tersentap' merindui dan mengenang semula semua jasa-jasa ibu. Meskipun setiap hari dia memang perlu menyayangi ibunya. Lumrah manusia sering terlupa untuk menghargai.Oleh sebab itu, saya lebih tenang bersama dengan golongan yang berpendapat HARI IBU ADALAH HARUS, selagi operasionalnya patuh piawaian syariah. 


- USTAZAH FATIMAH SYARHA.

Huwaaa nanges2 dalam hati saya ni. Sebab fikir dah lambat sangat wish walaupun masa tu baru pukul9 pagi. Saya pun message la umi. Wish and terangkan apa yang terjadi. Supaya tak tersalah faham bahawa anak beliau ni*saya* lupa kepada uminya.. Huhuhu sedih2.. Umi siap kata lagi..

" Kngah,kyong,abgder,alang..Semua dah wish..Kakcik sorang je tak wish lagi"

Adooyy lagi meraung la dalam hati saya ni. Kejam ya amat! Dush sayidah! Rasakan tumbukan dari diri sendiri..

Tapi sekarang sudah kembali normal perasaanku kerana umi saya memahami! Alhamdulillah..

Jadi.. Siapa2 tak wish lagi tu, pergilah. Jangan terperanjat mungkin2 mak kita sedang menantikan wish daripada kita. Hati ibu siapa yang boleh duga. 

"Ibu tak kata pape pun. Buat apa nak sibuk2 wish."

Ohhh dah hebat sangat la sampai boleh duga2 perasaan ibu ni? Apa salahnya wish . Satu mesej je pun. Susah sangat kah?

"Ibu saya tak ambil tahu pun pasal semua ni"

Tak ada masalah. Ce wish. Siapa tahu dalam diam walaupun mereka tak luahkan tapi dari sudut hati yang paling dalam, mereka akan berasa terharu dengan perhatian dan ingatan anda kepada mereka. Ingat, kegembiraan Allah terletak pada kegembiraan ibu bapa. Dan juga sebaliknya.

Okay la.. Chow dulu. Ada masa kita bertemu lagi.INsyaALLAH :)

Wassalam :)

Wednesday, May 8, 2013

May 08, 2013

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

Salam semua! Bismillah...

Okeh saya tak nak cerita apa-apa pasal PRU-13 kali ni. Sebab saya rasa tak layak pun nak cakap apa-apa. Ye sebab saya takut. Bukan sebab takut saya sokong parti yang salah tapi takut saya terlepas cakap benda-benda yang tak sepatutnya dan boleh membawa kepada pertengakaran. Ilmu saya pun tak sehebat mana ,tak setinggi mana untuk bersuara lantang atau memberikan pendapat tentang parti2 politik ni. Saya just lihat dan lihat dan perhati dan perhati dan fikir dan fikir dan fikir. Saya tak nak bermain dengan emosi supaya 5 tahun yang akan datang (insyaALLAH) PRU-14 saya boleh mengundi dengan bijak dan dapat pertahankan kenapa saya pilih parti politik ini dan memberikan hujah-hujah yang berkualiti dan bukan sekadar cakap kosong..

Pagi ni, terjumpa satu artikel tentang 'MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?'



Tergerak untuk baca kerana seperti yang kita semua tahu siapa Dr .Mahathir betul? Beliau sangat banyak berjasa dalam kemajuan dan kemodenan Negara. Semua orang tahu beliau telah membuat banyak perubahan baik dalam Negara Malaysia. Buah fikiran beliau sangat amazing! Idea beliau sangat jauh ke hadapan. Dan tak salah jika kita renung dan fikir kata-kata beliau di bawah. Beliau berkata bukan mengikut emosi, beliau berkata bukan sekadar cakap kosong, beliau berkata bukan kerana mengikut perasaan dengki.. Tetapi beliau berkata mengikut pengalaman. Mari kita baca.........


TULISAN TUN MAHATHIR



Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
May 08, 2013

FUHHH! DAPAT MASUK DALAM BLOGLIST Fuh.My

Salam semua! Bismillahh. 

Alhamdulillah tidak ku sangka dapat masuk dalam bloglist Fuh.My selama sebulan bermula 8 May 2013 sehingga 8 Jun 2013 !!

Okehh kenapa la aku excited sangat kan masuk dalam bloglist Fuh ni. Nama blog ni pun dah gempak..Entry post dia pun gempak kerr?? Gempak la weh! Bukti?? Pergi la sendiri blog nye. 

The advantages of Fuh.My :


  • Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  • Google Page Rank 3
  • Backlink berkualiti dari fuh.my
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
Terima kasih Random.Org keraa telah memilih saya. Yang lawaknya dia pilih 50 orang dan saya orang yang ke-49. Fuhhh memang bernasib baik. Rejeki saya lettuww. Ehehe..

If you want to learn about ISLAM, go study ISLAM. Don't study the MUSLIMS. ISLAM is perfect. MUSLIMS are not. -Dr.Zakir Naik 

Wassalam :)


Sunday, May 5, 2013

May 05, 2013

SAHABAT ITU NIKMAT :)



Salam semua! Bismillah..

Alhamdulillahh masih dapat bernafas. Alhamdulillah masih dapat bergurau senda dengan kengkawan. Alhamdulillah masih dapat merasai nikmat bersahabat.

Sahabat..  Kawan.. Friend.. Sadaqat.. Chinggu..

Walaupun ejaan lain, bahasa lain tapi semuanya membawa kepada maksud yang sama. Siapa yang tiada kawan di dalam dunia ni? Siapa?

Yup. Takde sorang pun yang takde kawan dalam dunia ni. At least seorang sahabat MESTI ada. Allah tak kejam. Membiarkan kita keseorangan tiada sahabat. Ibu ayah kita boleh jadi sahabat kita. Adik-beradik kita boleh jadi sahabat kita. Kucing tepi jalan tu pun boleh jadi sahabat kita. Budak kecik sebelah jiran kita ppuuun boleh jadi sahabat kita, betul?

Sahabat…

Indahnya nama sahabat itu sendiri. Belum lagi tengok orangnya. Sikapnya. Keletahnya.

Betul….

Tak semua sahabat yang baik. Tak semua sahabat yang sebulu dengan kita. Tak semua sahabat yang ngam dengan kita. Tak semua sahabat kamceng dengan kita. Tak semua sahabat boleh menurut kehendak kita. Tak semua sahabat boleh diajak buat baik. Tak semua sahabat boleh puaskan hati kita. Tak semua sahabat boleh faham hati kita. Tak semua sahabat boleh dibawa berbincang. Tak semua sahabat yang senang dengan nikmat kita kecapi.

Tapi buat apa kita sibuk nak fikir pada sahabat yang begitu??

Bagaimana dengan sahabat yang baik dengan kita? Sahabat yang menyenangkan hati kita? Sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada ALLAH dan Rasul? Sahabat yang sanggup bersusah-payah kerana kita? Sahabat yang memberi nasihat tika kita alpa? Sahabat yang banyak beri tunjuk ajar pada kita? Sahabat yang buat kita tersenyum tika kita sedih? Sahabat yang menjadi pendengar yang baik tika kita dalam kesusahan?

Kenapa kita tak teruskan dengan kehidupan kita dengan mensyukuri nikmat sahabat sebegitu yang ALLAH beri kepada kita?

Ucaplah Alhamdulillah jika anda mempunyai sahabat yang sebegitu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Bergaduh dengan kawan? Tacing dengan kawan? Bermasam muka dengan kawan? Tak puas hati dengan kawan? Meluat dengan karenah kawan?

Hehe.. itulah kemanisan dalam persahabatan.. bak kata orang lah. Kebenarannya? Boleh cuba sendiri. Tapi bila fikir-fikir balik, ada ke orang yang tak pernah gaduh dengan kawannya? At least mesti pernah ada tacing sikiiitt la. Tak percaya? Tepuk dada,Tanya sendiri balik yee..

Lupa kawan?*nauzubillah*

Ada ke orang macam ni wujud? Yup of course la ada. Apa yang dimaksudkan dengan lupa kawan tu? Dah tak bertegur sapa? Dah tak nak ambil tahu pasal kawan?

In my opinion, lupa kawan ni boleh dikategorikan dengan orang yang tiba-tiba tak mengaku yang kawan dia itu sebagai kawan.

So, kalau kawan lama kita contohnya kawan masa tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,matriks,asasi atau seangkatan dengannya tak tegur kita atau dah lama tak tanya khabar kita janganlah dituduhnya lupa kawan. Tu bukannya lupa kawan,tapi busyyyy lahh tu. Hahaa. Be understanding and think positive kan?

Tapi saya percaya kawan mesti rindukan kawannya. Tak kisahlah dah lama tak jumpa atau baru sekejap je berpisah. Tak kisahlah kawan masa kecik atau kawan masa besar. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Kenangan mais pahit bersama kawan pasti takkan boleh dilupakan.

Sahabat itu adalah anugerah Allah. Hargai anugerah Allah itu. :)

“ Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.”- Saidina Ali.




Wednesday, May 1, 2013

May 01, 2013

PEREMPUAN DAN BETULKAN TUDUNG MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN.



Salam semua!!! Bismillah..


Kami ni ,kaum hawa sangat suka betulkan tudung. Sikit-sikit usik. Sikit-sikit check tudung okay ke tak. Sikit-sikit usha kat cermin. Pantang ada cermin! Walaupun tudung tu memang dah betul dah ,dah comel dah,dah terbentuk dengan sempurnanya dah, tapi tangan tu dok gatai nak betulkan lagi.

Girlsss.. Setuju tak dengan statement ni? Hehe.

Memang lah bukan semua wanita macam tu. Tapi saya rasa hampir semua perempuan macam tu.

Kalau jumpa cermin kereta, dari berlari-lari, terus stop . Tengok tudung okay ke tak. Diusik-usik sikit tepi tudung tu biar nampak comel sikit.

Kalau nak pergi kelas, nak pakai tudung, tanpa cermin, siapalah wanita. Hahaha. Itu menunjukkan betapa pentingnya cermin kepada para wanita.

Kalau kat dalam kereta atau bas, walaupun takde angin pun, ada air-cond je.. Tapi tangan tu sibuukkk sangat nak betulkan tudung. Walaupun secara logiknya kan, takde angin takdelah tudung tu berubah bentuk kan ? Tapi tidak ! diusik-usik jugak sikit-sikit tudung tu. Usha jugak kat cermin.

Ada orang kata.. Alaaa sama je macam lelaki. Lelaki pun suka sangat betulkan rambut dia. Sikit-sikit keluarkan sikat ,nak sikat rambut( ni time tak matang la,zaman sekolah.hehe) . Lepas mandi, singgah dulu kat cermin sebelum pakai baju.

Tapi bagi saya,langsung tak sama!

Cara lelaki dan perempuan betulkan rambut dan tudung masing2 lain.

Lelaki kalau betulkan rambut dia sekejap je. Tapi kalau perempuan.. Hailaaa tepuk dada,tanya diri sendiri balik la wahai wanita sekalian.  Lama nya Ya Rabbi!

Lelaki kalau gaya rambut dia tak jadi, tak jadi masalah. Still nampak macho*kononnya*. Tapi kalau perempuan. Kembung sikit pun dah jadi masalah besar buat mereka!*kononnya lah*

Lelaki kalau betulkan rambut ,just guna tangan je. Tapi kalau perempuan… Tak cukup dengan tangan yang bekerja nak bentuk tudung jadi lawa, mulut pun turut membantu. Macam mana caranya??? 

“Fuh fuh fuh”

“Huh huh huh”

Pebenda nya tu?

Yup! Tiup muncung tudung! Nampak cam penat kan? Tapi itulah antara usaha yang boleh membuatkan tudung kami lawa. Hehehe.

Umi saya cukup tak suka kalau saya betulkan tudung kat cermin kereta. *Nampak tak betapa selalunya saya betulkan tudung?*  Time tengah jalan pun boleh stop sebab nak usha tudung okeh ke tak. Pastu, umi pun tanpa berputus asa, tarik saya supaya teruskan jalan. Pastu, apalagi.. Membebel la. Eh bukan membebel. Bagi nasihat~~  Pastu saya, tanpa kenal erti serik, buat lagi. Pastu, umi membebel lagi.  Hehee map la umi.. Anak umi yang comel ni memang camni. Hehe. Saya manusia biasa. Yang berjantina perempuan. Kena jaga penampilan dan bentuk tudungnya!Hahaha.

Pernah la hari tu naik bas pergi kuliah. Saya duduk kat kerusi agak depan. Tengah sibuk dok melayan perasaan, tetibe.. Ada la seorang wanita yang comel ni kat depan,tengah berdiri. Pegang tiang bas. Ada pegang buku jugak kat tangan. Sian pulak tengok. Macam berat je buku tu. Tapi saya tak kenal dia! Takkan la tetibe,dengan ramahnya menawarkan diri untuk membantu pegangkan buku kan. Memang tak le! Hehe. Tapi tu bukan masalahnya! Masalahnya…

Sekarang : betulkan tudung.
1minit kemudian: betulkan tudung.
3minit kemudian: betulkan tudung.
6minit kemudian: betulkan tudung.
8minit kemudian: betulkan tudung.
10minit kemudian: betulkan tudung.
Dannnn seterusnya sampai ke destinasi kuliah saya.

Allahhh. Dah la dia ada buku kat tangan, tapi berusaha sungguh2 nak betulkan tudung. Eventhough sebenarnya tudung dia tu dah cun dah pun. Dah terbentuk lawa dah pun. Walaupun yang dia ubah tu takdelah berubah sangat. Dan saya rasa sama je. Haha. Memang  comel habis la perempuan ni!

Tapi bagi saya itu normal la untuk kaum wanita. Tapi macam kelakar, sebab tengok live benda tu kat depan2. Dapat menyaksikan ke’syok’kan dia betulkan tudung. Hehe jahat kan saya?

Okeh chow! Wassalam :)

May 01, 2013

JEALOUSSS LA KAT DIA TUUU~



Salam semua! Bismillahh..

Siapa kat sini rasa-rasa takde perasaan cemburu a.k.a jealous angkat hidungggg.
Okeh semua tak buat. Saya seorang je buat. Saya sorang je la takde perasaan cemburu and anda semua ade? Bagus!! Haha..

Tipu lah kalau ada insan yang bergelar manusia tiada ni perasaan cemburu kan. Malah cemburu ni normal la kan. Tapi yang membezakannya adalah cemburu bertempat dan cemburu tak bertempat.
Isteri Nabi pun ada yang jealous kerana Nabi sayang lebih sikit kat isteri Baginda yang pertama-Saidatina Khadijah. Apatah lagi kita, manusia biasa.



Tengok dia pandai sikit daripada kita, kita jealous.
Tengok dia lebih disenangi orang,kita jealous.
Tengok dia baik sikit, kita jealous.
Tengok dia kena puji dengan lecturer or cikgu, kita jealous.
Tengok orang ramai like n comment status dia, kita jealous.
Tengok dia balik rumah hampir setiap minggu,kita jelaous.
Tengok dia ade banyak followers kat blog, kita jealous.
Tengok dia rajin sikit, kita jealous.
Tengok dia ramai lelaki suka,kita jealous.
Tengok result dia gempak, kita jealous.
Tengok dia tak ada kelas, kita jealous.
Tengok dia cun sikit, kita jealous.
Tengok dia buat solat dhuha, kita jealous.
Tengok dia mengaji sedap, kita jelaous.

Dan sebagainya~~~

Banyak sangat sebenarnya benda yang boleh buat kita jealous. Kekadang orang buat jahat pun kita boleh jealous, apatah lagi orang buat baik.

Jealous tu  sebenarnya benda yang baik ke.. tak baik?

Jealous ni boleh jadi baik kalau kita take it as pendorong untuk kita lebih berusaha dan menjadi yang lebih baik.

Jealous ni jugak boleh jadi tak baik kalau ianya boleh merosakkan minda kita atau memburukkan hubungan kita dengan orang di sekeliling atau ianya akan membuatkan kita hilang kawalan seterusnya buat benda yang bukan-bukan.

Jealous ni perlu dikawal dengan sebaiknya. dan seeloknya biarlah bertempat. kAN kannn..~

Okehh semua nyte.. Wassalam :)