June 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, June 30, 2013

June 30, 2013

TALKING ABOUT MY ANAK BUAH :)

Salam semua! Bismillahh..

Let me introduce my tiga2 anak buah. Al-maklumlah baru spent time dengan mereka.  Bhagia rasa! :)

First anak buah : Iman Hazim Bin Kamal. 3tahun umur sekarang. Dah makin comel badannya.(ikut makcik dia.hehe ) Mulutnya tak reti nak berhenti cakap. Macam pak jemah. Tak reti jugak nak duduk diam. Even 2saat. Dengan kata lain, he is a hyperactive person! Kecuali kalau tengah leka main game. Baru la mulut dia tutup, badan statik tak bergerak. Sangat la peramah(ni ikut sape la ni.. hehehe).  Suka sangat sangat sangat kawan dengan orang. Tak kira la orang tu lelaki ke perempuan.  So, bila perangainya yang suka berkawan + peramah bergabung, meletup! Haha. Pernah dia tegur jiran sebelah yang memang dia tak kenal langsung. Iman tanya budak tu.. “Pergi mana tu? Mak kau mana?Ohh yeke..” Pastu, kalau dekat taman permainan, ada sekumpulan budak main bola, dia pergi la situ nak join jugak. Kalau duk tengah main gelongsor kat taman, iman tiba2 je start berbual dengan sorang budak perempuan ni yang turut main kat situ. Adooyy yang kita ni duk perhati gelak2 je tengok. Memang selamba betul la anak buah aku sorang ni.. Iman ni tak suka makan nasi. Kalau boleh dipujuk and dia makan nasi, kira daebak(amazing) la. Iman makan coklat, gula2, biskut coklat, kek coklat,pizza and of course la minum susu. Tu je lahh. Ayah and ibu nya dah puas paksa suruh makan nasi, tapi dia tak mau jugak. Pak2 and mak2 sedara dia pun letih dah pujuk. Pujukan atuk and wan dia memang macam angin lalu je la kan. Haha. Tapiii… Iman ni seorang abang yang baik. Dalam apa2 keadaan , adik dia diutamakan. Sentiasa beralah dengan adiknya. Tak marah pun kalau adiknya rampas handphone yang dia tengah main game. Ada jugak kekadang dia marah at first, tapi kalau dah pujuk suruh bagi adik dia dulu, dia pun angguk. Tak kisah. So sweet la hang,iman! Hehe..

Second anak buah : Nurul Fatihah Bin Kamal.  Umur dua tahun . Sangat comel. Ayu. Sopan-santun. Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Erkk? Hehe. Fatihah ni jangan main2 dengan dia. Kalau dia nak,memang dia nak! Kalau tu dia memang dah pegang, kalau kita tarik, dia akan pegang kuat2 benda tu. Kalau kita Berjaya tarik, dah mula keluar muka berang. Pastu, siap pukul kita.(takde lah sakit mana pun). Berkali-kali dia pukul dengan geramnya. Haih yang aku pun, ada aku kisah? Lagi la rasa nak sakat dia. Hehhe.. saya kan makcik yang baik~~ (mata kat ats, tangan kat bahu). Dia tahu kalau dia buat salah. And siap usha kita lagi. Pastu, duk sengih2 la. Haha comel la tu bila sengih2 kat orang! Ingat kita cair dengan sengihan tak berapa nak innocent tu.. Hmm tapi memang cair pun. Hehe. Tapi.. kalau dia ambik something and tahu benda tu memang dia tak boleh pegang sbb berhargaaaa sangat such as.. Handphone,cermin mata, dompet,kamera, laptop, novel.. bila kita mintak baik2, dia akan bagi. Kalau dia tak bagi pun, paksa jugak bagi! Hehe. Fatihah ni seriously, kalau dah besar nnt mesti cantik. Kulit putih, senyuman menawan, suara comel, lemah lembut je,tak banyak sangat karenah. Tapi ni masa kecik la. Harap2 masa besar berkekalan la ye.  Hehe. Lagi satu, bila suruh dia cium kita, cepat aja cium(kalau tgh in good mood la). Pernah sekali tu, suruh dia cium. Terus dia ciummm.. Mulut saya! Ahaha. Adakah sebab saya tak menghalakan pipiku kat mulut dia and sebaliknya mulut , jadi dia terus cium mulutku? Haha. Tak kisah lah. Naseb baik hang perempuan and kecik lagi fatihah! Kalau tak…..(kepala ku bakal keluar tanduk.hehe). Haaa ni best! Kalau dia tengah in good mood, suruh je dia buat exactly apa yang muka kita buat ,dia akan buat. Kalau kita tengah muncung mulut,suruh dia buat,dia buat. Kalau kita sentum sampai nmpk gusi, dia pun akan senyum sampai nampak gusi. Time ni memang best! Hehe.



Third anak buah : Hamad Raef Bin Hasnul Hidayat. Umur baru je satu bulan. So, apa je yang nak diceritakan. Still baby loh. Suka tidur,menangis kalau nak susu and kekadang suka dodoi dengan dukung sampai dia tertidur. That’s all. Hehe.




Best ke ada anak buah ni? Haisshh lagi mahu tanya. Mahu tak best. Yelaa lagi2 saya ni anak bongsu, takde adik nak dimanjakan,disakat dan dibawa main(saya kan cam budak2 sikit.hehe). Best layan karenah mereka,celoteh mereka. Paling nikmat bila tengok mereka tidur. Comel je. Tenang je. Dengan tengok mereka tidur, hati tenang, bibir automatik senyum, tak jemu tengok. Itulah keajaiban budak kecik. Tapi, kekadang tengok mereka ni .. Which are anak yang dilahirkan sendiri oleh kakak first and kedua ku, tetiba ada rasa nak anak sendiri la pulak!! Hhehe. Tapi lek luu.. belajar pun baru je habis first year degree,baru nak masuk tahun kedua dah berangan nak kahwin. Hehe. Tu pun kalau sempat la.. Ajal,maut,jodoh semuanya di tangan Tuhan . Kita merancang, Dia juga merancang. Tapi perancangan Dia lagi hebat. :)

Sampai sini sahaja,
Wassalam :)

Thursday, June 27, 2013

June 27, 2013

CONFUSENYA SAYA!

Salam semua!! Bismillahhh..

Ok hari ini hari yang sgt meng-confuse-kan bagi saya. Sebab apa?? 

Sbb confuse nak pergi ke tak nak fasstrain kat wetland putrajaya  esok...

Bukan apa.. Kalau malas tu,boleh elak lagi la. Ni sebab semua adik beradik saya ada kat rumah hujung minggu ni. Bukan senang taw semua nak berkumpul ramai2 macam ni. Lagi satu, abgder saya nak belanja makan. Pergghhh betapa pentingnya bagi saya kalau orang nak belanja makan ni. Hhehe.. Yela rejeki jangan ditolak. Ye dak? :)

Fasstrain ni memang macam bagus. Utuk tingkatkan softskill kita. Ni poster nya..


Amacam?? Macam best kan? Hmmmm.. Camne ek?

Nak pergi ke tak nak?

Nak pergi ke tak nak?

Nak pergi ke tak nak?

Nak pergi ke tak nak?

Nak pergi ke tak nak?

Nak pergi ke tak nak?

Grrr.. Confuse2..

Ok chow .wassalam :)


Wednesday, June 26, 2013

June 26, 2013

FIRST GIVEAWAY BY ECAH KHALILI

Salam semua! Bismillahhh..

KLIK BANNER UNTUK JOIN! :)
Mari ramai2 support first giveaway yang ecah khalili 1st time buat.. Harap2 mendapat sambutan. 

Tapi... Perasan tak kalau sekali imbas muka cik ecah ni macam muka pelakon heroin sebenarnya saya isteri dia? Haaa jgn memain. Muka retis gitu. Hehehe. Padan la dengan hadiah2 nye yang.. huishhh untuk kecantikan seorang wanita.. Heehe.

Mangsa bertuah tag saya for this giveaway*sila bangga*hehe :

cik ayien ayumi
cik zana hamdan
cik farhanana
cik hidayah zolkiffly
cik meyra john

Awak2 di atas ni jom la join giveaway ni. :)

Wassalam :)

Tuesday, June 25, 2013

June 25, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY Mr.K

Salam semua! Bismillahh..

Memandangkan sekarang saya cuti .. Goyang kaki kat rumah. So,saya dengan rajinnya akan join segmen2 yang saya dijemput untuk join... Hehehe..


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)





JUMLAH FOLLOWER TERKINI : 332.

Syarat2 segmen ni sangat simple, mudah ..Aik bukan sama ke dua2 tu?hehhe..

Tarikh tutup segmen ni: 30 June 2013. Masih ada masa lagi 5hari! 

Selamat bersegmen!

Wassalam :)

June 25, 2013

KALAU KITA RINDU ORANG TU, NAK BUAT APA YE?

Salam semua! Bismillah...

Biarlah foto ini berbicara.*copy ayat pak sedara saya,pakchu*hehe..

Tunggu 10 saat. Sila countdown sekarang.

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Haaa dengar tak foto tu berbicara apa2??

Apa? Tak dengar apa2? Betul ke? Hisshh parah ni. Kalau tak dengar apa2 dari foto ni,anda digalakkan untuk pergi ke hospital berdekatan. Check apa yang patut. Bayaran sila buat sendiri.

Okay gurau je. Lawak tak? Ahhaha. Tak eh? Okay fine. Tapi kan. ada ke yang dengar foto tu betul2 berbicara?? Takut jugak tetibe ada yang dengar foto ni berbicara.

Ya Allah. Apa la saya melalut petang2 buta begini? Hhehe.. maaf semua. Mesti semua pelik kan? Mana la foto yang saya dok perkatakan dari tadi.

Hmm .. Saja je buat saspens.

Well.. cikgu bm saya semasa saya di tingkatan 3,cikgu perempuan, dah kahwin dah pun*dah start melalut lagi* berkata.. unsur saspes ini penting dlm membuat karangan. Ini menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca apakah yang terjadi seterusnya. Hehehe maaf sekali lagi. Ni iklan semata-mata.

Okay finally.. Biarlah foto ni berbicara. Selepas foto ni berbicara,confirm hati ada pula akan berbicara. Hehe..




June 25, 2013

PERPISAHAN ITU MENYAKITKAN KAN?



Salam semua! Bismillah..

Tetiba nak cerita pasal perpisahan ni nape pulak sayidah oit? Berpisah dengan kekasih hati kerr? 
Uitt mana ade..hehhe.

Al-kisah nya. Ahad lepas ,malam tu, kyong with her husband and her one daughter(nurul fatihah) and one son(iman hazim) nak balik la ke rumah mereka kat bukit beruntung. Tunggu la sekejap. Sebab abi tak balik dari keje lagi. Bila abi dah sampai. Berbual-bual kejap,main2 ngan cucu2 jap.. Time nak balik tu.. Semua salam-bersalam la kan. Time tu ada umi,abi n saya je le kat rumah. Kak ngah tak dapat nak balik sbb hubby nya kerja. Abang saya 1st(abgder) kat johor,kerja. Abang 2nd (alang) dah balik UPNM pagi ahad tu. Saya cuti 3 bulan, cuti sem . So saya memang akan enjoy habis le kat rumah! Saya tak nak kerja ke?? Uittt memang sory la. Abi takkan bagi punye saya kerja. Well,anak kesayangan la katakan. Hehe. Tapi takde la 3bulan sangat pun. Sob sob. Kena pergi kem bagai. Adduii. Geram bebeno den. Eh hehe sorry melalut pulak. Ehem2. Back to the topic. Sampai mana tadi? Ha time salam2 tu kan. Sob sob rasa sedih woh! Sebab apa pulak?? Sedih sebab abi kata kat kak yong and abglong(kamal)

“Terima kasih kamal,kyong tunggu abi balik. Dapat jumpa ngan fatihah n iman. Sekejap pun jadi lah.”

Pastu abi peluk kuat kak yong ngan abglong. Saya dapat rasakan abi begitu rindu dengan abglong n kyong. Saya dapat rasakan abi begitu terharu dgn kyong n abglong sebab tunggu abi balik, tunggu abi spent time kejap dengan iman n fatihah yang dah lama abi tak jumpa. Saya dapat rasakan abi sangat sedih nak berpisah dengan kyog n abglong n cucu2nya yang baru je sekejap jumpa kerana abi kerja dari pagi hingga ke malam. Saya dapat rasakan abi tak puas nak berbual-bual dengan kyong n abg long,tak puas nak bermain-main dengan iman n fatihah.

Saya dapat rasakan semua perasaan tu. Then,tanpa sedar, air mata saya mengalir. Ntah la. Padahal bukan saya yang rasa. Tapi bila tengok abi peluk dengan lama,cium pipi kyong  abglong. Hati tiba-tiba rasa sebak.
Tiba-tiba terfikir..

Macam ni kah perasaan seorang bapa atau seorang ibu bila berpisah dengan anak-anak nya yang dah lama tak jumpa? Mesti sakit sangat hati bila nak berpisah dengan anak-anak kan? Macam ni ke perasaan yang akan ku hadapi bila jadi ibu nanti? *Eh sayidah,dah fikir sampai jadi ibu kerr?hehe.*

Berhenti kat situ..

Pastu,malam tu. Tegok le rancangan bintang mencari bintang finale kat tv3. Sebenarnya tak tahu pun rancangan ni. Abi le yang tengok. Saya terrrtengok pun sebab time tu saya urut abi. Memang kalau ada kesempatan, menjadi kewajipan saya yang terror urut ni*errkk..tak malu puji diri sendiri* untuk urut bahu and kepala abi yang seharian penat bekerja sambil menonton tv. Best jugak rancangan ni. Setiap peserta, ada yang individual, ada yang group kena buat lawak then akhir sekali kena menyanyi. Time menyanyi tu pun kena lawak jugak. Memang mencabar betul.  Mereka ada mentor masing2, yang pelawak jugak la. ak dijadikan cerita... 

Disebabkan finale, so setiap peserta(protégé) and mentor mereka akan  memberi sepatah dua kata selepas membuat persembahan pada pusingan ke-2. Masa tu lah,haaaa keluar lah air mata semua. Sob sob. Sedih uh nak berpisah. Dah beberapa bulan peserta bersama2 dengan mentor mereka. Susah senang together-gether. Paling over sekali,faizal bin ismail(FBI). Memang dia lah paling sedih sekali. Sampai tak terkata. Sedih sangat la katakan nak berpisah dengan protege2 nya. And saya pun sedih gak la tengok. Tapi sempat la jugak gelak ngan abi time FBI nanges tu. Sebab lucu pun ada jugak bila tengok FBI sedih sgt2. Yela tak pernah2 tengok FBI nanges kan sebelum ni.

Conclusionnya..

Normal la berperasaan sedih dan hati jadi sakit bila berpisah dengan yang tersayang. Berpisah dengan saudara-mara. Berpisah dengan keluarga. Berpisah dengan guru2. Berpisah dengan kawan2 rapat. Berpisah dengan jiran sebelah. Berpisah dengan kucing tompok2 yang selalu kita bagi makan. Berpisah dengan laptop kesayangan time final exam. Berpisah dengan rancangan2 tv yang best sebab nak pegi kem. Berpisah dengan peti ais yang ada air kotak favourite sebab balik kolej.*ok dah start melalut ke banjaran titwangsa*hehehe..

Tapi ingat…

Jika kita redha dengan perpisahan itu dan niat berpisah kerana Allah S.W.T. in shaa Allahhh dapat pahala dan perpisahan itu diberkati. :)


Wassalam :)


Sunday, June 23, 2013

June 23, 2013

SEGMEN REVIEW KE 3 BY Akupenghibur.com

 Salam semua! Bismillahh...

Wahh dalam tak update blog ku ini.. Sebab busy dengan study for the final exam. Busy la sangat kan. Hhehe..

Last paper habis hari jumaat. Balik rumah jumaat malam. Balik rumah malam tu sampai ahad malam ni ha tak bukak2 laptop pung. Takde mood . Pastu, tadi teringat segmen ni. Due date malam ni. Adooyy! Naseb baik le sempat lagi nak join ni.

Bukan apa.. Blogger yang menganjurkan segmen ni best woh! Terkenal. Rugi tak masuk. Lagipun kot2 ade rezeki, nak jugak tahu apa comment beliau tentang blog ku yang tak seberapa ni. Ewahh! Hehehe.

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN! :)

Syarat2 nak sertai pung simple gila. Not take a long time to penuhi syarat2 itu.. Hadiah pung best. Sape2 nak join,klik saja banner itu! Wassalam :)