http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

PERPISAHAN ITU MENYAKITKAN KAN?

By 2:23:00 PM



Salam semua! Bismillah..

Tetiba nak cerita pasal perpisahan ni nape pulak sayidah oit? Berpisah dengan kekasih hati kerr? 
Uitt mana ade..hehhe.

Al-kisah nya. Ahad lepas ,malam tu, kyong with her husband and her one daughter(nurul fatihah) and one son(iman hazim) nak balik la ke rumah mereka kat bukit beruntung. Tunggu la sekejap. Sebab abi tak balik dari keje lagi. Bila abi dah sampai. Berbual-bual kejap,main2 ngan cucu2 jap.. Time nak balik tu.. Semua salam-bersalam la kan. Time tu ada umi,abi n saya je le kat rumah. Kak ngah tak dapat nak balik sbb hubby nya kerja. Abang saya 1st(abgder) kat johor,kerja. Abang 2nd (alang) dah balik UPNM pagi ahad tu. Saya cuti 3 bulan, cuti sem . So saya memang akan enjoy habis le kat rumah! Saya tak nak kerja ke?? Uittt memang sory la. Abi takkan bagi punye saya kerja. Well,anak kesayangan la katakan. Hehe. Tapi takde la 3bulan sangat pun. Sob sob. Kena pergi kem bagai. Adduii. Geram bebeno den. Eh hehe sorry melalut pulak. Ehem2. Back to the topic. Sampai mana tadi? Ha time salam2 tu kan. Sob sob rasa sedih woh! Sebab apa pulak?? Sedih sebab abi kata kat kak yong and abglong(kamal)

“Terima kasih kamal,kyong tunggu abi balik. Dapat jumpa ngan fatihah n iman. Sekejap pun jadi lah.”

Pastu abi peluk kuat kak yong ngan abglong. Saya dapat rasakan abi begitu rindu dengan abglong n kyong. Saya dapat rasakan abi begitu terharu dgn kyong n abglong sebab tunggu abi balik, tunggu abi spent time kejap dengan iman n fatihah yang dah lama abi tak jumpa. Saya dapat rasakan abi sangat sedih nak berpisah dengan kyog n abglong n cucu2nya yang baru je sekejap jumpa kerana abi kerja dari pagi hingga ke malam. Saya dapat rasakan abi tak puas nak berbual-bual dengan kyong n abg long,tak puas nak bermain-main dengan iman n fatihah.

Saya dapat rasakan semua perasaan tu. Then,tanpa sedar, air mata saya mengalir. Ntah la. Padahal bukan saya yang rasa. Tapi bila tengok abi peluk dengan lama,cium pipi kyong  abglong. Hati tiba-tiba rasa sebak.
Tiba-tiba terfikir..

Macam ni kah perasaan seorang bapa atau seorang ibu bila berpisah dengan anak-anak nya yang dah lama tak jumpa? Mesti sakit sangat hati bila nak berpisah dengan anak-anak kan? Macam ni ke perasaan yang akan ku hadapi bila jadi ibu nanti? *Eh sayidah,dah fikir sampai jadi ibu kerr?hehe.*

Berhenti kat situ..

Pastu,malam tu. Tegok le rancangan bintang mencari bintang finale kat tv3. Sebenarnya tak tahu pun rancangan ni. Abi le yang tengok. Saya terrrtengok pun sebab time tu saya urut abi. Memang kalau ada kesempatan, menjadi kewajipan saya yang terror urut ni*errkk..tak malu puji diri sendiri* untuk urut bahu and kepala abi yang seharian penat bekerja sambil menonton tv. Best jugak rancangan ni. Setiap peserta, ada yang individual, ada yang group kena buat lawak then akhir sekali kena menyanyi. Time menyanyi tu pun kena lawak jugak. Memang mencabar betul.  Mereka ada mentor masing2, yang pelawak jugak la. ak dijadikan cerita... 

Disebabkan finale, so setiap peserta(protégé) and mentor mereka akan  memberi sepatah dua kata selepas membuat persembahan pada pusingan ke-2. Masa tu lah,haaaa keluar lah air mata semua. Sob sob. Sedih uh nak berpisah. Dah beberapa bulan peserta bersama2 dengan mentor mereka. Susah senang together-gether. Paling over sekali,faizal bin ismail(FBI). Memang dia lah paling sedih sekali. Sampai tak terkata. Sedih sangat la katakan nak berpisah dengan protege2 nya. And saya pun sedih gak la tengok. Tapi sempat la jugak gelak ngan abi time FBI nanges tu. Sebab lucu pun ada jugak bila tengok FBI sedih sgt2. Yela tak pernah2 tengok FBI nanges kan sebelum ni.

Conclusionnya..

Normal la berperasaan sedih dan hati jadi sakit bila berpisah dengan yang tersayang. Berpisah dengan saudara-mara. Berpisah dengan keluarga. Berpisah dengan guru2. Berpisah dengan kawan2 rapat. Berpisah dengan jiran sebelah. Berpisah dengan kucing tompok2 yang selalu kita bagi makan. Berpisah dengan laptop kesayangan time final exam. Berpisah dengan rancangan2 tv yang best sebab nak pegi kem. Berpisah dengan peti ais yang ada air kotak favourite sebab balik kolej.*ok dah start melalut ke banjaran titwangsa*hehehe..

Tapi ingat…

Jika kita redha dengan perpisahan itu dan niat berpisah kerana Allah S.W.T. in shaa Allahhh dapat pahala dan perpisahan itu diberkati. :)


Wassalam :)


You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.