http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

HIKAYAT CINTA. :)

By 10:02:00 PM

Salam semua! Bismillah...

Duk rumah time cuti ni memang best sebab boleh baca novel. hehe. The latest ada baca satu novel ni. Tajuknya hikayat cinta. By Ratu Bulan.



First2 tertarik nak baca novel ni sebab ada tulis kat depan tu 'daripada novelis best seller PRINCE CHARMING'

Eden ni kalau nampak best-seller ni. Dah set kat mind mesti best novel ni. So, baca lah..

Baca punye baca punye baca punye baca...Memang bestttt sangat2. Gaya penulisan novelis ni bersahaja. Takdelah jiwang karat bebenau. Cerita dia pun best, unik. Takdelah asyik kahwin paksa je. hehe.

Lagi satu uniknya novel ni.. Hampir pada permulaan semua chapter akan diselitkan  kata-kata hikayat.

Kata-kata hikayat tu sangat lah sedap. Nak tahu tak??*angkat kening*

Meh baca. eden dah senaraikan semua kata-kata hikayat dalam novel ni .. Adalah beberapa yang tak diambil. Atas sebab2 yang tertentu. hehe..

KATA HIKAYAT........................


- Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

- Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup , tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

- Kenangan merupakan asset yang penting dalam ingatan manusia. Kenangan yang manis membawa kegembiraan. Kenangan yang pahit membawa seribu kepahitan. Namu, tidak kira manis atau pahit, manusia bergantung kepadanya untuk terus mencapai kejayaan yang diingini. Akan tetapi, kenangan juga membawa racun yang mampu membunuh kejayaan itu.

- Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

- Melepaskan bukan bermakna berputus asa, tetapi bermulanya sebuah cerita kebahagiaan.

- Kadangkala kita tidak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya. Namun begitu, tanpa kita sedari, ianya sebenarnya mengejar kita.

- Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas. Walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta makna.

- Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan.

- Orang yang berani tidak akan membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.

- Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase, just take the first step- Martin Luther King Jr.

- Kemenangan bukanlah bukti seseorang itu adalah jurulatih yang terbaik, tetapi jurulatih terbaik adalah seseorang yang bijak mengawal pemainnya.

- Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

- Kekuatan manusia bukan terletak pada kehebatan. Bukan juga pada bentuk badannya, tetapi falsafah hidupnya. Walau sehebat mana seseorang itu,jika di dadanya tiada falsafah,akan layulah dia seperti daun-daun yang layu ke bumi.

- Kekuatan itu tidak terbina atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina atas keyakinan dan optimisnya seseorang dan keserasian berkumpulan.

- Jika anda berhasrat untuk berjaya,jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

- Kekalahan bukan bermakna kekurangan, kemenangan bukan bermakna kejayaan, tapi kedua-duanya adalah permulaan satu kehidupan.

- Tiada manusia dalam dunia ini memahami diri seseoorang walaupun dirinya sendiri. Berterus teranglah, hanya itu sahaja jalan untuk mengenalinya.

- Cinta salah satu yang sangat sulit disembunyikan. Sepatah perkataan, sekilas yang tidak hati-hati, bahkan dengan berdiam diri,dapat diketahui oleh orang lain.

-Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

- Ambillah waktu untuk bermain. Itu adalah rahsia masa muda yang abadi.

- When you feel like hope is gone, look inside you and be strong and you’ll finally see the truth that a hero lies in you.

- Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup yang baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit pada hati di masa lalu.

- Percayalah, esok belum tentu boleh mengubah apa yang pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

- Empat perkara yang boleh menimbulkan cinta: Muka yang jernih ; ringan tangan mencari persesuaian sama sendiri; sama yang di mulut dengan yang di hati-HAMKA.

- Cinta seperti ombak , manusia seperti pantai. Ke mana juga larinya manusia itu dia tetap akan disentuh oleh cinta. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung pada keras atau lembutnya ombak yang melanda.


- Tiada seorang pun dalam dunia ini dapat menggantikan orang yang telah tiada. Biarpun terdapat persamaan dari segi wajahnya, suaranya, tingkah lakunya dan senyumannya, tetapi mereka tetap dua orang yang berbeza.

Sekiann sahaja.. JANGAN lupa niat puasa, bangun sahur. 

Wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.