http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

HATI TERASA ... SOMETHING.

By 6:59:00 PM

Assalamualaikum semua! 

Cantik tarikh hari ni. 2/2/2014. Dan last entry blog ni ialah bertarikh 18/10/2013. Dan ini bermakna dah lama sangat saya tak berblogging and update blog ni! Ehem ehem bukan tak nak dan bukan sebab malas tapi nama pun student kan. Fitrah lah busy dengan assignment, tests, quizzes (betul ke ejaan ni? ehe), preparation for final exams, tengok running man lagi *EH?* hahaha. Erti kata lain. Saya tak sengaja! *alasan semata.harap maklum*

Sekarang cuti break sem. Kat mana lagi kan sekarang? Mesti la kat rumah den syurga den. Ehe. Memang heaven la kan. Ternak segala jenis lemak dah ni. Nampak tak balas dendam time study week haritu kat rumah lebih banyak mengadap buku *kononnya*. Baru-baru ni abang pertama bawak balik 20 buah novel. Hamek engko sayidah! Nak sangat isi masa terluang kan. Nak sangat balas dendam kan. 

Bila duduk terperap kat rumah dan tak buat sangat kerja yang membina minda, mulalah nates(cuba terbalikkan word ni, then you know the exact word) duk hasut fikiran saya dengan bermacam-macam fikiran. Normal kah? Macam-macam juga lah benda yang tak sepatutnya difikirkan tapi duk fikir jugak. Hati terasa sesak. Tak tahu nak mengadu kat siapa. 

But I know the best listener is Allah. So whatever, no matter what. Kita sebagai manusia must return to Allah. 

But tahu-tahu lah manusia ni. Lagi-lagi yang lemah iman macam saya ni kekadang terasa tak cukup nak mengadu kat Allah. Rasa nak mengadu kat manusia jugak. Hamba Allah yang lemah itu jugak dicari. Pelik kan? Dah ada Yang Berkuasa dekat dengan kita pun, kita nak cari orang lain walhal Yang Berkuasa lagi berkuasa dari segala aspek. 

But boleh je nak mengadu kat orang lain tapi rasanya macam tak perlu sebab perasaan ni sebenarnya tak patut wujud pun. Tak perlu ada. Yeah tak perlu ada. And again and again and again. As usual. Pujuk diri sendiri supaya jangan layan sangat perasaan tu. Pujuk diri sendiri supaya lenyapkan perasaan itu. Pujuk diri sendiri supaya ingat 'kau tu dijadikan di dunia ni sebab apa ,sayidah.'. Pujuk diri sendiri bahawa tak perlu bimbang apa yang terjadi in the future. Yeah tak perlu. Tak perlu.

But sekejap je rasa tu lenyap. And when the time the-perasaan-tak-perlu itu comes again, it hurts me. 

But sekejap je perasaan itu muncul. Kenapa? Kerana saya cepat-cepat tepis perasaan itu. Kenapa? Kerana takut dengan Dia. Takut sebab apa? Takut digelar hamba yang tak bersyukur. Takut dianggap seperti meragui dengan ketentuan-Nya. Yeah again sayidah. Pujuk la diri tu. Pujuk supaya lepaskan that perasaan yang selalu menyesakkan hati tu. Have faith dengan Allah. Keep believing dengan perancangan Allah. Allah tak kejam. Sekarang kita tak nampak hikmahnya. InshaaALLAH one fine day, when the right time comes, you will know the hikmah. Yeah go sayidah! *okay terasa macam gila. Cakap sensorang. Hahaha*

Doakan yang terbaik youolls :D

Wassalam. :)







You Might Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.