TANPA MU, SIAPA AKU

by - June 26, 2014

Assalamualaikum ~! :)

Suatu hari~ emak kepada coursemate ku,Fitri *bukan nama sebenar* meninggal dunia. Lagi sedih semasa tu kami sedang study week untuk menghadapi final exam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada emak beliau. Al-fatihah~

Suatu hari~  Seman*bukan nama sebenar* bercerita kepada ku~

Suatu hari~ Fitri bertanya kepada Seman~
"Selalu tak kau baring atas riba mak kau?"
"Bila last kau baring atas riba mak kau?"

Seman tergamam dan hairan kenapa tiba-tiba mempersoalkan tentang tu~

Dan bila ku dengar cerita Seman tu~ serius aku rasa sedih sangat. Mesti Fitri rindu kepada mak beliau. Tiada lagi tempat bermanja. Tiada lagi tempat untuk berkasih sayang.

Tak terbayang sebenarnya bagaimana hidup tanpa emak di sisi.

Selepas cerita tu. Aku lebih bermanja dengan umi. Aku lebih meng-express perasaan cinta ku kepada umi. Aku menjadi suka untuk baring di atas riba umi.

Kerana aku takut masa untuk bermanja dengan umi semakin sikit. Sama ada umi atau aku yang pergi dulu~

Wassalam ~

You May Also Like

1 comments

  1. OK.. sangat touching entry nih.. jemput singgah.. www.sayeshukepink.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p