http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

FADHILAT DAN DOA SURAH YASIN.

By 11:26:00 PM

Assalamualaikum semuaa~! :D

Malam ni malam jumaat. Kome dah baca yasin ke belomm? Kalau belum, moh le baca. Tapi jangan salah faham pula ye. Surah Yasin ni tak kisah nak baca bila-bila pun, tak semestinya malam jumaat je. :)

Surah Yasin ni banyak fadhilatnya. Antaranya:

Dari Anas r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada jantung hatinya, sedangkan jantung hati Al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, maka Allah menetapkan baginya seperti membaca Al-Quran sepuluh kali."

Dari Anas r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barangsiapa masuk ke perkuburan lalu membaca surah Yasin, maka Allah meringankan siksa ahli kubur pada hari itu, dan pembacanya memperoleh kebaikan sebanyak orang yang ada di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam jumaat, maka paginya mendapatkan ampunan."

Dari Syahr bin Hausab ia berkata,Ibnu Abbas berkata:

"Barangsiapa membaca surah Yasin di waktu pagi, makan akan mendapatkan kemudahan di hari itu hingga petang. Dan siapa yang membacannya di permulaan malam, maka akan mendapat kemudahan pada malam itu sampai pagi."






You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.