KIRA PAHALAKU! - sayidahnapisahdotcom KIRA PAHALAKU!
LightBlog

KIRA PAHALAKU!

Dahulu ada seorang ada seorang abid yang beribadah selama 500 tahun di atas gunung. Setiap detiknya diisi dengan ibadah. Makan dan minumnya daripada mata air dan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Di akhirat kelak,Allah mengarahkan: "Masuklah hamba-Ku ini ke syurga dengan rahmat-Ku."

Si abid berkata: "Wahai Tuhan, bahkan dengan amalanku."

Sekali lagi Allah memberi arahan: "Masuklah hamba-Ku ini ke syurga dengan rahmat-Ku."

Dia berkata lagi: "Wahai Tuhan, bahkan dengan amalanku."

Sehingga kali ketiga, lalu Allah berfirman: "Timbangkan untuk hamba-Ku ini berdasarkan nikmat-Ku kepadanya dengan amalannya."

Hasilnya, baru nikmat penglihatan sahaja sudah lebih berat daripada amalannya selama 500 tahun.

Lantas Allah mengarahkan: "Masukkan hamba-Ku ini ke neraka!"

Tatkala diseret meuju ke neraka, dia merayu: "Tuhanku, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke syurga."

Allah berfirman: "Bawa dia kembali." Kemudian Allah bertanya: "Wahai hamba-Ku,siapa yang menciptakanmu tatkala kamu tiada apa-apa pun."

"Engkau wahai Tuhanku."

"Hal itu daripada kamu atau dengan rahmat-Ku?"

"Dengan rahmat-Mu!"

"Siapa yang mengupayakan kamu sehingga boleh beribadah selama 500 tahun?"

"Engkau wahai Tuhanku."

Dan seterusnya soalan-soalan Allah ungkit. Pengakhirannya Allah berfirman: "Maka itu semua dengan rahmat-Ku, dan dengan rahmat-Ku juga engkau dimasukkan ke syurga." (Riwayat al-Hakim)

-Majalah Solusi isu 75. :)

#SalamMaulidurRasul #12Rabiulawal

Post a Comment

0 Comments