February 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, February 28, 2015

February 28, 2015

PEMENANG SEGMEN BLOGLIST MAC-JUL by MiyaAmira


Semua yang bertanding dalam segmen ni tersenarai dalam bloglist Mac-Jul Miya. 
yeay!








7. http://www.cikgufarha.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

8. http://macikzkonah.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

9. http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/senarai-peserta-segmen-bloglist-miya.html

10. http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

11. http://ciknainthehouse.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

12. http://lestarigiveaway.blogspot.com/2015/02/segmen-pencarian-bloglist-mac-jul.html

13. http://cauliflowera.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

14. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

15. http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

16. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

17. http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-julai-by-miyaamira.html

18. http://www.sheilainspire.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html


Secara rasminya esok mereka ini akan terpampang dalam Bloglist Miya. Paling tepat pada pukul 12.00 tgh malam ni.

Tahniah semua dan saya juga :D
February 28, 2015

PING ENTRI KE SEMUA FACEBOOK GROUP DENGAN SATU KLIK

Assalamualaikum~!


PING ENTRI KE GROUP FACEBOOK

Nak share satu entry www.blogparihh.com ni. Saya rasa macam lega gila jumpa entry ni sebab dah lama nak tahu kan hehe. Al-maklumlah banyak sangat group blogger kat fb tu. Penting jugak group facebook ni. Antaranya boleh meningkatkan trafik ke blog kita. Kita hanya perlu ping entri ke situ. Lebih kurang macam kita tempek URL entry yang kita nak share di facebook group. Ke ada yang tak tahu ada group blogger kat facebook? Okay lah meh saya senaraikan group blogger yang saya join di facebook. 


KELAB BLOGGER (KELAB BLOGGER BEN ASHAARI)
Share The Happiness (FEROZ OTHMAN)
pOrt blOgger (jiwarOsak)
Fuh!! Blog (fuh.my)
Kelab Blogger Emas Putih (EMAS PUTIH, cik uzu)


**klik untuk join :D



Okay done. Sekarang jom baca entry Ping Entri ni. 


Ping Entri Ke Semua Facebook Group Dengan Satu Klik


Macam mana cara cepat nak ping ke group-group facebook ? ? Kalau satu-satu leceh la . Nak-nak pula internet lembab , memang makan masa nak tunggu loading satu-satu group . Kat sini adalah antara cara mudah nak ping entri kita ke seluruh group di facebook .

Cara-caranya :


1 . Login ke akaun facebook kita


facebook developer send button

3 . Gantikan url dalam kotak ' URL to send ' dengan url link entri kita

4 . Tekan button ' Send '

5 . Url yang kita nak send akan keluar macam kat bawah

6 . Pilih group untuk kita send url di ruangan ' Recipients ' . Pilih banyak-banyak pun tak apa

facebook send button

 7 . Tulis sikit ayat untuk tarik pembaca supaya baca entri kita dalam kota ' Message ' . Nak biarkan kosong pun tak apa

8 . Lepas dah rasa ok semua , tekan button ' Send '

facebook develepor send button

9 . Selesai

Mudah kan ? ? Jimat dah masa dari send satu-satu link ke group facebook . Kalau tak percaya link kita tadi dah send , boleh buka group facebook tersebut dan tengok ada ke tak . Dapat lah kita tarik traffik ke blog dari facebook . Semoga bermanfaat .



February 28, 2015

(JPA) MySELF : Malaysian Student Engagement Online Feed

MySELF : 

Malaysian Student Engagement Online Feed

MySELF JPA



MySELF adalah merupakan sebuah aplikasi yang disediakan khas untuk pelajar dan pengawai tajaan JPA sebagai sebuah platform komunikasi berpusat bagi membolehkan pelajar dan pegawai tajaan JPA mendapatkan maklumat terkini, mengemaskini dan menguruskan tajaan JPA secara dalam talian.



Ada 3 stage :

Pengesahan identiti
Kemaskini maklumat
Selesai


Jadi jika anda pelajar tajaan JPA, anda boleh kemaskini maklumat di SINI

Dan jika pelajar yang telah tamat pengajian juga boleh melapor diri ke JPA di SINI



lapor diri JPA

Sekian~
Wassalam :)

February 28, 2015

HAKIKAT IKHLAS

HAKIKAT IKHLAS

hati ikhlas


:: Ikhlas ::

Ikhlas  
Ikhlas kah kita dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah ? 
Ikhlas kah kita membuat ibadah setiap hari ?
Ikhlas kah kita apabila bersedekah ?
Ikhlas kah kita membantu orang dalam kesusahan ?
Ikhlas kah kita dalam menulis blog ?
Ikhlas kah kita ketika berblogwalking ?
Ikhlas kah kita dalam membuat sesuatu pekerjaan ?
Ikhlas kah kita dalam bersahabat ?
Ikhlas kah kita................


Tiada sesiapa yang boleh menjawabnya selainnnn~
diri sendiri.
Tepuk dada, tanya ..
ikhlas ke tak tuuu ? :P
February 28, 2015

SEGMEN KAD CINTA


kad puisi cinta
KLIK BANNER UNTUK JOIN


AKU MENUNGGUMU CINTA

Aku menunggumu cinta,

Untuk menjelma dalam rupa manusia,
Yang mampu kusentuh peluk,
Dan bermesra.

Tiadalah aku menanti kosong,
Tetapi dengan usaha,
Bukanlah aku melangkau batas terlarang,
Tetapi bergerak menghampiri-Nya.

Kalau benar cinta,
Pasti mahu ke syurga,
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku berusaha menjauhinya.

Aku menunggumu cinta,

Menjelma sebagai manusia,
Dan aku menantimu dengan usaha,
Dalam perjalanan kepada-Nya.

~Hilal Asyraf~

060412
Irbid,
Jordan

Friday, February 27, 2015

February 27, 2015

KEBURUKAN MENAHAN KENCING

Keburukan menahan kencing


pundi kencing normal
Perbezaan keadaan pundi kencing normal dan pundi kencing yang aktif

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

Pundi

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
jernih kuning keruh


“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

February 27, 2015

SUMBER KETENANGAN

10 SUMBER KETENANGAN

tenang

1. Solat

Sumber ketenangan dan kebahagiaan.

2. Berzikir

Memberi rasa lapang dan tenang.

3. Bersahabat dengan orang soleh

Menjadi contoh dan penasihat.

4. Bersedekah


Melatih diri bersikap pemurah dan mengikis sifat bakhil.

5. Membaca Al-Quran

Meresapkan ketenangan dalam hati.

6. Mengambil iktibar dari orang susah

Mengikis sikap meninggi diri dan riya'

7. Berdoa

Memberi kekuatan (senjata orang Mukmin)

8. Bertawakkal

Berserah segalanya pada Allah

9. Redha

Orang yang beriman kepada Qada &Qadar akan redha dengan ketentuan Allah

10. Bersangka baik

Yakin ada hikmah pada setiap ujian yang menimpa.

Sumber : Majalah al-Ustaz vol 33


Thursday, February 26, 2015

February 26, 2015

AWAK, KITA INI BERCINTAKAH ?

cinta islamik


Awak,

Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafazkan kata cinta berbalas-balasan,
Bahkann sering ada jarak antara kita,
Dan wujud pelbagai batasan,


Kita ini bercintakah ?

Awak,

Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah ?


----------------------------------------------------------------------------------
February 26, 2015

GIVEAWAY Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!
February 26, 2015

BELIEVE IT OR NOT

10 FAKTA PERCAYA ATAU TIDAK

percaya
Teringat dulu rancangan cerita ni yang best gilew. Dah la pengacara dia scary hahaha.


Fakta pertama

:Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.


Fakta kedua

:Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.


Fakta ketiga

:Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh dipercayai adalah di Janda Baik.


Fakta keempat

:Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.


Fakta kelima

:Selipar adlah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut  memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.


Fakta keenam

:Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.


Fakta ketujuh

:Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.


Fakta kelapan

:Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yang membawa ke pajak gadai.

Fakta kesembilan

:Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik, contohnya teh tarik.

Fakta kesepuluh

:Satu satu benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.

Fakta kesebelas

 :Sumbu yang ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.

Fakta keduabelas

:Burung tukang tidak boleh diharap untuk membuat rumah.

Fakta ketigabelas

:Kakaktua tidak tahu yang dia sebenarnya saudara yang lebih tua dari adik-adiknya.

Fakta keempatbelas

:Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.

Fakta kelimabelas

:Kuda laut tidak boleh berlumba.


*sekadar hiburan :D
February 26, 2015

MENGALAH, BUKAN ERTINYA KALAH

Pernah dituduh membuta tuli oleh orang lain? 

Pernah tak kita dituduh membuat sesuatu yang bukan angkara kita?

Pernah tak kita tak salah, tapi sebenarnya dia yang salah tapi kita terpaksa tegur dia dulu ?

Pernah tak kita tak buat salah, tapi kita kena marah kerana 'kesalahan' kita tu, tapi kita yang kena mulakan bicara dulu dengan orang yg marah kita? 


Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak pernah.


Tapi apa salahnya ~ kita mengalah kan?

KERANA....


Seseorang pernah berkata kepada saya : mengalah bukan maksudnya kita kalah. 

:)
February 26, 2015

SUNNAH's of DRINKING WATER

sunnah minum air ikut cara Nabi


Assalamualaikum~!


Sunnah minum air :

  • Say Bismillah
  • Sit down
  • See the water
  • Drink with your RIGHT HAND
  • Drink it in TTHREE BREATHS
  • Say Alhamdulillah

sumber : Al Mubarak Radio.



Sekarang ni nak tengok orang ucap bismillah sebelum minum air pun susah, apatah lagi sunnah meminum air yang lain. Yang pertama pun sukar nak buat, yang lain bagaimana lah. Tu yang saya nampak lah, bukan semua yang tak ucap bismillah dan mungkin mereka ucap bismillah dalam hati kan, mana lah kita tahu kan. *think positive* Kalau ucap bismillah sblum minum alhamdulillah. Kalau tak, muhasabah :)

Tengok orang minum kat sana, hmm minum dengan tangan kiri. Tengok belah sini, pun sama, orang minum tangan kiri. Tengok belakang, orang minum dengan tangan kiri. Kekadang yang minum tangan kiri tu boleh dikatakan orang yg berilmu. Muhasabah :)

Dan apa salahnya kalau ada tempat duduk yang berdekatan, pergi lah sana dan duduk lah time minum. Kita tak rugi apa apa pun, malah mendapat pahala kerana mengikut sunnah Nabi. Kalau memang takde tempat duduk, nak buat mcm mana kan ? Hehe

Saya kat sini bukan nak salahkan sesiapa. Its just muhasabah untuk kita semua dan peringatan untuk kita semua. Kita kena saling mengingati. Saling berpesan. Ke arah kebaikan :)

Ingatlah, minum tangan kiri adalah mengikut amalan syaitan. Bukan susah nak minum menggunakan tangan kanan. We must remind ourselves and to keep in our mind that 'aku wajib minum guna tangan kanan!'

Benda yang simple macam ni sangat rugi kalau kita tak amalkan :)


Saya kalau dengan kwan rapat memang saya akan tegur kalau ada yang minum tangan kiri. Tapi nak tegur tu janganlah tengking tengking pulak. Kita ikut cara Nabi ---> tegur dengan cara berhikmah :)

Mungkin kita boleh tegur orang supaya minum menggunakan tangan kanan dalam bentuk gurauan dan tegur tegur manja gitu. So that it doesn't seem so krik krikk krik and rude ~kan? :D

Allah nak bagi pahala senang je. Kalau kita ikut 6 sunnah Nabi meminum air ni dah berapa pahala dah kan kita dapat. Kalau kita niat ikut sunnah2 ini untuk menghidupkan sunnah Nabi dah dapat berapa pahala dah. Kita tegur orang untuk melakukan sunnah Nabi dah berapa pahala dapat dah. Orang yang kita tegur pun bila menegur orang lain, kita pun mendapat saham pahala jugak. So, kira lah dah banyak pahala boleh dapat di situ. inshaaAllah :)

Kita mungkin tahu hal ini, tapi mungkin memerlukan sedikit peringatan dari semasa ke semasa. Marilah hidupkan sunnah Nabi yang sangat mudah ini :)

Selamat beramal~!

Wasssalam :)
February 26, 2015

BE PATIENT


Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas)."
-Al-Zumar 39:10-






Wednesday, February 25, 2015

February 25, 2015

SEBELUM AKU BERNIKAH

Assalamualaikum~!

Okay okay sabar sabar . Bukan saya yang nak kahwin. 
Tapiii~



Taraaa~
sebelum aku bernikah


Okay tu je nak tunjuk hehehe.

Kawan bagi pinjam.

Macam best buku ni. Tadi baca sikit, best !

Haih kalau bab bab cinta ni memang best kan :p


Thats all. Wassalam :)





February 25, 2015

SENYAP dan DENGAR




Dijadikan dua telinga satu mulut supaya dia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata - Abu Hatim, Raudhah al-Uqala'

Tidak ada kebaikan dalam hidup melainkan untuk dua orang ini; orang diam yang sedar dan orang bercakap yang tahu - Abu Darda', Raudhah al-Uqala'

Kebanyakan orang tidak mendengar untuk memahami. Mereka menderngar untuk membalas cakap semula - Stephen R.Covey

Kalau lah kita perlu lebih banyak bercakap daripada mendengar, kita patutnya ada dua lidah satu telinga - Mark twain

Kebanyakan orang berjaya yang saya kenali ialah jenis yang suka banyak mendengar daripada bercakap - Bernand M.Baruch.

Perkara paling penting dalam komunikasi ialah mendengar apa yang tidak dikata. Seni membaca yang tersirat ialah pencarian hikmah spenajang masa -Shannon L.Alder.

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk memahami dan difahami. Cara terbaik untuk memahami manusia dalah mendengar mereka -Ralph G.Nichols.

Kawan sebenar ialah orang yang jarang-jarang kita temui; bertanya khabar kita kemudian menunggu untuk mendengar jawapannya -Ed Cunningham.

Cara yang paling asas dan kuat untuk berhubungan dengan orang lain adalah dengan mendengar. Dengarlah. Boleh jadi perkara yang paling penting pernah kita berikan sesama kita ialah perhatian kita -Rachel Naomi Remen.

February 25, 2015

BEZA SIFAT LELAKI DENGAN PEREMPUAN

Assalamualaikum~!
Pagi tadi dalam bas nak pergi kelas.

Saya terpaksa le berdiri dekat dengan pintu bas sebab dah sesak. Lepastu bas berhenti kat bus stop dekat dengan library. Lepastu ada sorang laki ni nak turun dan pada yang sama sorang laki jugak nak naik. Rupa-rupanya laki yang naik tu kawan kepada laki yang nak turun tu. 
*sila faham situasi ini haha*

Time laki nak turun tu dah dekat tangga betul betul nak turun, laki yang naik tu katalah yang kelas cancel. So, laki yang nak turun ni senyum dan tak jadi lah nak turun. Dan mereka pun berdiri jelah dekat ngan tangga tu. 
Lepastu mereka berbual tentang perkara lain.

Saya yang duk perati dari tadi macamm..
'TU JE?'

Maksud saya, yelah taknak ke tanya siapa yang bgtahu kelas cancel ? 
Sebab apa kelas cancel ? 
Kawan kawan yang lain mana ?

Ni just angguk then tukar ke topik lain. 

Then, saya fikir itu lah perbezaan laki dengan perempuan.

Kalau lelaki simple as that je. Takde banyak soal, takde banyak tanya.

Tapi kalau perempuan, sangat lah teliti dan want to know every reason why that happen, why this happen..

Betul tak? Ke saya je yang merepek sekarang ni? Hahaha. 

Okay chow dulu Wassalam :)
February 25, 2015

TAKE A SMILE :)

Assalamualaikum~!
senyum


Good morning! :D
Pagi ni dah senyum ke belum ?
 Kalau belum ambil senyum kat atas tu. :p
Kalau nak ambik lebih pun boleh hehe
Smile :)

Tuesday, February 24, 2015