http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

AWAK, KITA INI BERCINTAKAH ?

By 11:37:00 PM

cinta islamik


Awak,

Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafazkan kata cinta berbalas-balasan,
Bahkann sering ada jarak antara kita,
Dan wujud pelbagai batasan,


Kita ini bercintakah ?

Awak,

Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah ?


----------------------------------------------------------------------------------

Ya,

Kita ini bercinta,

Cuma bukan dengan definisi mereka,
Tetapi dengan definisi-Nya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
Juga bukan pada bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga-Nya.

Awak,

Bukankah itu adalah cinta ?



~Hilal Asyraf~

1238
111011

Irbid,
Jordan

You Might Also Like

13 comments

  1. Peeeewittt sedang dilamun Cinta ke?

    ReplyDelete
  2. dalam hubungan tak perlu pun nak pegang tangan ke apa.yg pnting cari cintaNya dulu.
    ehemmm.guna dah teknik yg akak2 ajar tadi.heeee ;D

    ReplyDelete
  3. saya pun suka karya hilal asyraf... ^_^

    ReplyDelete
  4. Fewwwiit, sebelum aku bernikah ke? :)

    ReplyDelete
  5. BLOGWALKING HERE..

    #nuffnangclick
    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

    ReplyDelete
  6. kc in love ke ? siapa lelaki bertuah tu ?

    ReplyDelete
  7. Cinta perasaan suci anugerah dariNya, nafsu milik manusia itu sendiri,perlu bezakan antara dua ni..nice sharing KC :)

    ReplyDelete
  8. Saya tak nak bercinta lagi dengan awak. Kalau betul sayangkan saya jom kita kawin then baru bercinta. Olalalalaaaa jadikan aku yang halal untukmu dulu. (=

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.