BELIEVE IT OR NOT - sayidahnapisahdotcom BELIEVE IT OR NOT
LightBlog

BELIEVE IT OR NOT

10 FAKTA PERCAYA ATAU TIDAK

percaya
Teringat dulu rancangan cerita ni yang best gilew. Dah la pengacara dia scary hahaha.


Fakta pertama

:Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.


Fakta kedua

:Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.


Fakta ketiga

:Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh dipercayai adalah di Janda Baik.


Fakta keempat

:Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.


Fakta kelima

:Selipar adlah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut  memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.


Fakta keenam

:Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.


Fakta ketujuh

:Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.


Fakta kelapan

:Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yang membawa ke pajak gadai.

Fakta kesembilan

:Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik, contohnya teh tarik.

Fakta kesepuluh

:Satu satu benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.

Fakta kesebelas

 :Sumbu yang ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.

Fakta keduabelas

:Burung tukang tidak boleh diharap untuk membuat rumah.

Fakta ketigabelas

:Kakaktua tidak tahu yang dia sebenarnya saudara yang lebih tua dari adik-adiknya.

Fakta keempatbelas

:Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.

Fakta kelimabelas

:Kuda laut tidak boleh berlumba.


*sekadar hiburan :D

Post a Comment

6 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p