http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

[TAMAT] 1ST SEGMEN KERJAYA BLOGGER IPT by NJiheam

By 1:02:00 AM

Assalamualaikum~! :)


UPM bidang matematik
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Okay first of all,

saya student Universiti Putra Malaysia (UPM), Bacelor Sains (Kepujian) Major Matematik. Sekarang sem 5, tahun ketiga. Lagi 3 sem nak habis hoyeahh~! InshaaAllah aminn :)

Okay second of all,

study plan bagi course ni?

Banyak sangat. Okay nama je major matematik kan? Tapi bukan setakat subjek subjek matematik je kena ambik, subjek universiti such as Kewarganegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam(TITAS) dan banyak lagi pun kena ambik. Subjek elektif pun kena ambik juga. Ada banyak pilihan elektif ni. Ada 6 pilihan.. Ada fizik, bilogi, kimia, akaun, ekonomi & sains komputer. And I end up pilih subjek akaun untuk elektif. Walaupun tak pernah belajar akaun sebelum ni tapi fikir fikir subjek akaun lah paling ada kaitan dengan matematik, tu yang ambik tu hehe. Tapi memang azab ambik akaunn haha tapi best jugak :p

Then, next..

Apa pandangan masyarakat tentang kursus tu dan apakah sebetulnya?

Apa ye? Okay lah rata rata dan mostly people tak suka maths, tak minat maths, benci maths,rasa maths ni susah, maths ni pening ahhh! , maths ni banyak sangat jalan kira, maths ni rumit dan boleh dikatakan siapa yang ambik course maths memang gempak lah.

Tapii sebenarnyaaa,

memang susah pun ahhaahaha. Okay look takde course yang senanggggg kan? Mesti subjek dalam course tu ada yang senang, ada yang susah. Same goes to course maths. Ada subjek maths yang senang such as Differential Equation(DE), Numerical Analysis, Mathematical Programming. Ada juga yang susah such as Vector Analysis, Real Analysis. Ada subjek yang boleh score dengan agak senang, ada subjek yang kena hard work sikit baru boleh score. 

Seterusnyaa,

Cara anda survive dalam course ni?

Ramai sangat kata course maths ni susah. Okay sebelum start first year tu saya tanam dalam fikiran kuat kuat bahawa....'Course ni senang', 'Saya boleh buat!'. Mindset yang sukar dan susah memang betul betul akan susahkan kita sendiri. Betul betul akan down kan kita. So, mindset yang mudah senang dan bahagiaa aje.

Positif kan diri sendiri. Jangan dengar cakap orang lain. Kalau betul susah, so what? Belum tahu belum cuba right? 

Kenali diri sendiri macam mana. Saya jenis yang ikut mood kalau nak study atau belajar. Kalau ada mood study memang akan pulun habis habisan. Kalau takde mood, buat le sukahati nak buat apa. Gossip ke, blogwalking ke, tengok cerita ke. Haha lagha betul kan? 

Kalau study saya jenis suka tulis balik apa yg saya belajar or kata orang peta minda/ringkasan nota. 

Then, kalau hafal senyap senyap je dalam hati. Tak suka cakap kuat-kuat. Kalau cakap kuat memang tak boleh nak masuk. 

Saya juga jenis suka ingat kedudukan isi isi. Kat belah kanan ke, kiri ke, tengah ke. So, nanti bila test or exam, saya boleh senang ingat isi isi tersebut dengan membayangkan kedudukan isi isi tu dalam otak je.

Kalau tak faham, tanya. Nampak macam cliche kan? Tapi tu lah sebetulnya. Kalau dah memang otak tak boleh nak cerna or memang tak faham langsung benda tu.. apa susah, tanya je kawan kawan atau lecturer. 

Dalam kelas orang kata kena fokus. Ye saya setuju tapiii saya bukan lah jenis yang begituu. Bukan jenis yang sangat sangatt fokus sepanjang kelas. Saya jenis yang sgt suka ngantuk kat kelas okayhhh. Dari matrik dulu dah haha. So, cara nak hilangkan ngantuk tu, kena lah mulut kecoh sikit. Kacau kacau kawan sikitt. Tapiiii janganlah sampai lecturer kat depan nampak. Kang kuang hajo pulak kalau main main bila lecturer tengah cakap dengan kita kan. Tak berkat pulak ilmu. Tapi lepastu, lepas balik kelas kena lah tengok balik sbb tak fokus dalam kelas tadi. Hehe.

Tapiiii,

tu cara saya. Cara osetiap orang lainlain. Masing masing ada cara tersendiri. So, kenali diri anda sendiri macam mana. :)

Dan next,

Medium apa untuk bertanya lebih lanjut secara personal?

Boleh add saya kat facebook/twiiter. Then boleh message saya kat situ. Takpun email kat saya- sayidahnapisah@gmail,com. Ataupun kat ruangan komen ni ke? Hehehe. Saya akan cuba jawab seboleh yang mungkin inshaaAllah :)

Last but not leastttt,

suntikan motivasi?

Okay meh saya suntik sikitt pada awak awakkk dan awak. 

First, tetapkan niat nak belajar sebab apa. Niat lah kerana Allah :) Nak banggakan mak ayah :) Nak beri tunjuk contoh kepada adik adik atau sedara mara atau jiran jiran atau junior junior :)

Second, percaya pada diri sendiri. Saya boleh buat. Saya boleh, boleh, boleh dan boleh cemerlang! Kalau rasa down ke, cari seseorang or something untuk legakan rasa down tu.

Third, kalau boleh jangan study last minit. Okay saya pun jenis yg study last minit. Tapiii ,study last minit yang tak boleh yang saya maksudkan ialah contohnyaa, benda yang simple simple pun tak tahu and bila nak test or exam esok baru lah nak cari ape kebenda tu. Haaa yang tu tak okay yang tu, No no no. Kalau jenis cepat pick up takpelah jugak lah kan. :)

Next, sedekah. 

And, Berbakti kepada ibu bapa, buat baik pada makayah&keluarga&lecturerss.

And, solat hajat time nak exam. Kalau nak solat hajat setiap hari lagi bagus :D

And, Doa. 

And, tawakkall :)

InshaaAllah berjaya :)

Okay tu sahajaaa~ Harap harap lah memahami ye apa yang saya cuba sampaikan kat atas tu hehe. Btw, jom join ramai ramai segmen ni. Segmen berilmiah gituuu hehe.

Klik SINI kalau nak tahu the latest result saya sem ni,sem 5 :)

Slamat malaamm~! :)

Wassalam :)



You Might Also Like

7 comments

  1. Keep it up dik! Baca writing awak ni, akk teringat time2 akk blaja dulu. Just did exactly like what u do now. Good luck in ur future undertaking. Thanx follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yeke? thankyou kak~! inshaaAllah I do my best~!

      you're welcome :)

      Delete
  2. Salam singgah sini, thanks sebab join. Entri yang mantop!

    ReplyDelete
  3. Owh ambik kos ni..so gud luck my dear..;)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.