http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

[TAMAT] SEGMEN JOM KONGSI TAZKIRAH by Budak

By 11:58:00 AM

Assalamualaikum semua~! 


Dalam segmen ni, korang boleh kongsi apa-apa saja yang berunsurkan tazkirah. Nak panjang, nak pendek, nak satu ayat, nak letak quote, nak berpantun, nak bersajak, nak lirik lagu atau apa-apa saja ikut suka hati korang. 
Yang penting niat korang ikhlas. Mana tahu dalam 10 orang yang baca tazkirah korang tu nanti akan menghidupkan salah satu hati yang membacanya. Hidayah itu kan milik Allah. Moga ada ganjarannya kat situ. InshaaAllah amin. :)



KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

SELAWAT


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadakj di mana saja kamu berada." [Rujuk Hadis Riwayat Abu Daud, Riyadus Solihin 1398, sahih menurut Imam Nawawi]


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." [Rujuk Sahih Muslkm -0408]


Abdullah Ibnu Masud r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Seutama utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yg paling banyak berselawat kepadaku." [Rujuk HR At-Tarmizi -0483]


-credit :)

Ustaz Don (dalam rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don di tv AL-HIJRAH)  ada kata sesiapa yang tak berselawat ni, dia lah yang rugi sebenarnya. Rugi sebab melepaskan peluang untuk Allah berselawat padanya. Bukan sekali, bukan dua kali tetapi 10 kali Allah akan berselawat kepadanya jika kita berselawat satu kali.

Ustaz Badlishah (dalam rancangan Cinta Ilmu di tv AL-HIJRAH)  juga ada kata bahawa di akhirat nanti Rasulullah s.a.w. akan memberi syafaat kepada sesiapa yang sentiasa berselawat kepada Baginda dan juga orang yang boleh duduk bersama dengan Rasulullah ialah orang yang selalu berselawat kepada Baginda.



Sekian sahaja sedikit perkongsian.
Semoga ada manfaat, inshaaAllah.


Wassalam :)

You Might Also Like

11 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian..jom amalkan selawat.. :)

    ReplyDelete
  2. jom basahkan lidah dengan selawat :)

    terima kasih sudi join ^^
    may Allah bless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah :)

      Sama samaa. Amin. You too :)

      Delete
    2. salam, nak mintak emel. haritu lupa kasi kan ^^

      Delete
  3. salam sis. Done follow ur blog dan blogwalking dari segmen yang sama. thanks atas perkongsian tazkirah awk..peringatan yang mendalam sangat. jom ke sini pulak k.. selamat bersegmen. =)

    http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-kongsi-tazkirah-by-budak.html

    ReplyDelete
  4. Suka perkongsian ni. All the best :)

    ReplyDelete
  5. pernah ada org share, selawat tu sebenarnya untuk manfaat sendiri - peluang kita untuk dapat lebih pahala, dpt syafaat Nabi.

    menarik kann :D Allah banyak bg peluang utk kita kutip pahala, kena apply ni :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.