http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

[TAMAT] SEGMEN PROJEK SYUKUR

By 3:42:00 PM


Assalamualaikumm~!



KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Segmen ini akan berlangsung dari 1 FEB-14FEB 2015. So, ada masa lagi ni nak join. Nak tahu syaratnya dan apa hadiah-hadiahnya, pi klik banner tu. Iye klikkk aje. Hehe

Tapi,

Salah satu syarat segmen ini adalahhh ~senaraikan antara 10 perkara yang anda syukuri dalam hidup anda.

Haaa macam best kan kan kan? Baiklah meh saya listkan antara 10 perkara yang saya sangat sykuri dalam hidup saya yang bernama sayidah napisah nii. :)

1- First and foremostt sekali ialah saya bersyukur telah dilahirkan sebagai orang beragama Islam dan masih beragama Islam inshaaAllah dan harapnya hingga ke hembusan yang terakhir. Sangat sangat bersyukur. Pernah juga banyak kali terfikir macam mana kalau aku bukan beragama Islam? Apa terjadi dengan aku kalau lahir lahir je lahir dalam keluarga beragama Kristian atau agama lain? Adakah aku mendapat hidayah untuk beragama Islam seperti kakak ipar aku yang convert ke Islam? Persoalan persoalan tu membuatkan saya lebih rasa erti syukur lahir dalam Islam. Dan, sesungguhnya agama Islam adalah agama yang benar dan lurus :)

2- Saya bersyukur sebab saya pandai boleh? Hhehe. Alhamdulillah sejak sekolah rendah lagi saya dah menunjukkan prestasi yang bagus dalam akademik. Dan berterusan alhamdulillah hingga sekarang. Time matrik di Matrik Selangor dulu pernah le dapat pointer 4.0 alhamdulillah. Then sekarang di UPM ijazah tahun ketiga course matematik, alhamdulillah pointer setiap sem tak pernah lagi 3.5 dan ke bawah. Dan berazam nak graduate dengan first class nanti inshaaAllah amin. Doakan kejayaan saya! :D

3- Orang kata saya comel. Erkk? hahaha. Sesetengah orang kata pipi saya yang tembam dan merah merah membuatkan saya comel. Saya mengaku saya takdelah comel mana tapi saya bersyukur dengan wajah saya sekarang ni. Tak cacat. Tak sumbing. Tak buta. Tak bisu. Tak ada calar mana mana. Takde parut. Takde bisul. Jerawat tu ada lah haha.  Walaupun tembam but do I care? Hehe.


Saya pada zaman kurus. Jap kurus ke? Kurus lah kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Kot haha


4- Keluarga. Family. Usrah. Kazoku. Okay usrah and kazoku tu maksudnya keluarga but usrah tu bahasa Arab. Kazoku bahasa jepun. Hehe. Ye keluarga. Saya bersykur dilahirkan di dalam keluarga yang asas agama nya kuat. Abi dan umi pada zaman muda muda dulu masuk Arqam. Jadi, memang dah dilatih di dalam suasana Islam yang sebenar. Dan umi abi terapkan Islam di dalam diri saya dan empat lagi beradik sejak kecik lagi. Saya telah dididik untuk memakai tudung ketika keluar rumah sejak kecil. Sejak kecil lagi kami telah dididik untuk solat berjemaah pada setiap waktu solat. Umi sendiri ajar kami membaca Al-Quran semasa kecil. Kami semua tak sekolah agama dulu tapi alhamdulillah boleh score subjek Pendidikan Islam time sekolah dgn cemerlang. Sehingga sekarang sudah menjadi amalan untuk kami solat berjemaah pada setiap waktu solat. Alhamdulillah syukur.

5- Peramah. Syukur saya ni seorang yang peramah. Dan sekali pakej dengan mesra manusia. Haha. Al-maklumlah saya orang perak ehehe. Orang perak bukannya peramah peramah belaka ate? :p

6- Sahabat yang baik. Yang ada ketika senang dan susah. Syukur alhamdulillah saya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan boleh dipercayai inshaaAllah, tak tikam belakang yang penting :)


Iman Hazim *anak buah pertama*

Nurul Fatihah *anak buah kedua*

Hamad Raef *anak buah ketiga*

7- Comel tak anak anak buah saya tuuu? Hehehe comel kan comel kan? Well, tengoklah makcik diaa :p Conclusiionnya, saya bersyukur dikurniakan anak anak buah yang comel comel dan sihat sihat belaka. Dan inshaa Allah tahun 2015 ni akan bertambah lagi tiga anak buah. Kakyong, kakngah and kak nini inshaaAllah akan melahirkan anak pada bulan 3,6 dan 9. Whoa can't wait! >.<

8- Siapa anak bongsu? Angkat tangan sikiittt hehehe. Yeah kita geng! Saya anak bongsu dan saya bersyukur dengan status itu haha. Bagi saya, jadi anak bongsu sangat best. Walaupun kekadang jealous tengok orang lain ada adik tapi takpe saya ada anak buah yang makin bertambah bilangannya hehe. Takut juga ada adik ni sebenarnya. Tak secara langsung kita bertanggungjawab untuk menjaga dia dan meleteri dia dan sebagainya haha. Saya rasa best jadi anak bongsu sebab ada dua kakak and dua abang di atas saya yang bagi saya superb dan menjadi role model kepada saya ! Walaupun selalu kena buli =.= tapi buli buli pun dorang sayang kat adik comel dorang nii hehehe. 

Dalam gambar ni ada saya*tengah-tengah*. Yang peluk saya tu kak ipar,kak nini *isteri kepada abangder*
Haaa abangder tu abg saya yang first *yang depannn sekali*. Haa tepi abangder tu kakngah *kakak kedua saya*
Barisan belakang pula dari kiri abangngah*suami kakngah*, hamad raef*si comel*, alang*abang kedua saya*, kakyong*kakak pertama&anak sulung Mar Ramli's family*.


9- Tak miskin. Tak papa kedana. Tak duduk di tepi tepi jalan meminta sedekah. Alhamdulillah syukur walaupun tak kaya mana tapi ada rumah yang selesa, boleh buat teduh syukur. Boleh lagi untuk bersedekah. Ada makanan setiap hari. Bukti badan ni ha makin 'comel'. Nak kena diet ni haha.

10- Orang ada kata kalau kaya manapun kalau tak sihat tak guna juga. Bukan nak kata saya kaya tapi point yang nak ditekankan kat sini ialah kesihatan hehe. Alhamdulillah saya sihat walafiat, takde masalah penyakit yang serius, jarang kena demam/selsema/batuk, takde resdung, tahap penghadaman yang sangat baik. Alhamdulillah sykur dengan kesihatan ini dan harapnya kesihatan ini dapat membantu saya membuat amal ibadah inshaaAllah aminn~! :D

11-

Oppss terlebih sudehh. Hehe. Itu sahaja antara 10 perkara yang saya nak pointkan di sini. Dan sebenarnya kalau nak dihitungkan nikmat Allah yang patut disyukuri memang tak terhitung. Boleh bernafas,boleh bergerak, boleh baca, boleh menguap, boleh bersin, jantung boleh berdenyut and many many more. Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah.

Btw, anda pun boleh senaraikan 10 perkara yang anda syukuri dalam hidup. Alang-alang tu  moh le join segmen projek syukur ni. 

Harap dapat input yang baik biiznillah.

Daa~wassalam :)











You Might Also Like

16 comments

  1. syukur sesangat dengan apa yang ade sekarang nie

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini balas kunjungan dik...terima kasih sudi singah dan follow blog akak....bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan kepada akak...semoga kita berjaya dan sentiasa bersyukur dengan segalannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama akakkk :)

      amin ya Rabbal 'alaminn :)

      Delete
  3. goodluck kak ! akak mmg comel cantik laaa :)) semoga akak berjaya dunia dan akhirat ! ^_^

    http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. singgah here :) akak ni lawa la . syukur :) do visit my blog http://escapetrueworld.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lawa syukur :)

      okay nanti akak visit ye :)

      Delete
  5. Alhamdulillah:)
    P/s: Nasib tuan GA mintak 10 je, kalau mintak unlimited / kisah. Ehem, mesti panjang lg list kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasaiii. ada lagi nak letak sbeenanya haha

      Delete
  6. Subhanallah comelnya anak buah akak.. bak kata akak tengoklah siapa makcik dia kan, :D haha apapun good luck ye, seronok tengok keluarga bahagia macam ni, barakallahu fik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terima kasihh :) barakallahu fik aidhan :)

      Delete
  7. menjejak follower cun ni dan follow back.

    macam best je segmen ni.nak join juga lah.Apapun,goodluck ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pun.jom jom join :)

      thankyou :)

      Delete
  8. Blogwalking sini.

    Terima kasih kerana sudi join segmen saya.
    Boleh blogwalking peserta lain disini..

    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/02/senarai-peserta-segmen-projek-syukur.html?m=1

    Dan jangan lupa tinggalkan, Nama: Alamat:
    No fon di ruangan komen entry tersebut.

    Untuk pengeposan hadiah saguhati.
    4 hadiah misteri menanti yg bertuah.

    **Komen berkenaan detail tidak akan dipublish

    Lahai..comelnya anak sedara awak..;)

    ReplyDelete
  9. Salam Sayidah. Blogwalking sini..... datang dari segmen yg sama

    http://dielacraft.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.