http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

MANUSIA DIUJI BERBEZA-BEZA

By 11:05:00 PM

Assalamualaikum~

Kali ni kita cakap pasal ujian nak ? 


Ujian. Ujian. Dan ujian.


Setiap orang ada ujian nya yang tersendiri. Berat dan ringan. Mudah diselesaikan, ada yang susah diselesaikan. Ada yang besar ada yang kecil. Ada orang yang boleh bertahan dan sabar dengan ujian yang menimpanya, ada yang hilang sabar dan hilang pertimbangan ketika ditimpa ujian. Ada yang memandang posotif, ada yang pandang negatif terhadap ujian yang dihadapinya. 

Tapi tahukah kita?


Ujian yang Allah beri takkan pernah melebihi had limit kita untuk menanggungnya. Setiap ujian ada hikmahnya.  Dan pada orang yang bersabar dengan ujian menimpanya, Allah akan memberi ganjaran yang besar dan ditinggikan darjat di sisi-Nya.

Tapi mampukah kita?


Mampukah kita bersabar,memandang positif, tidak menyalahkan Allah atas setiap suatu ujian yang kita hadapi ? Tepuk dada, tanya iman. :)

Perkara baik pun ialah satu ujian ?


Yeap jangan ingat ujian itu hanya sesuatu yang susah shj. Kekayaan,kelapangan masa,kecantikan, kebijaksanaan dan segala sesuatu yang baik juga adalah ujian buat kita. 

Sebab? 


Ramai orang yang terleka alpa dengan kesenangan. Dan kesenangan itu adalah ujian utk kita. Allah akan uji adakah kita bersyukur pabila menerima kesenangan? Allah uji adakah kita ingat Allah ketika kita menerima kejayaan? 


Kenapa kita diuji? 


Kerana kita memang layak diuji. Kita hanya hamba-Nya. Yang hidup di dunia ini cuma sementara waktu bagi menggapai keredhaan-Nya.

Jadi? 


Marilah kita berdoa semoga diberi hidayah setiap ketika untum bersyukur pabila menerima kesenangan dan bersabar apabila ditimpa kejayaan.


Semoga kita kuat dalam menempuhi ujian-Nya. Amin :')


Wassalam :)

You Might Also Like

8 comments

  1. Terima kasih ustazah atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. terus teringat MIL kat hospital...
    Ya Allah.. lindungi lah ibu mertuaku.. sembuhkan lah sakitnya.. kuatkan lah dia dalam menghadapi ujianMu ini...

    ALLAH s.w.t. Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani... Dia menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan mereka... kan....

    ReplyDelete
  3. Kita diuji kerana Allah swt tahu kita mampu untuk menempuhinya... erm komen mommy irra kat atas tu buat kak ana senyum je hehe :)

    ReplyDelete
  4. Nice post.. suka sangat
    http://hootiecyum.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. amin ~~ semoga kita same2 dibuka pintu hidayah oleh NYA

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah,Aminn..semoga Allah sentiasa merahmati :)

    ReplyDelete
  7. semoga kita terus tabah dengan setiap dugaan kan . allah x kan bebani hambanya dengan beban yang tak terpikul . .

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.