http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

PUNCA RAMBUT ROSAK

By 9:26:00 PM


MAHU KAN RAMBUT MENAWAN ?

Mahukan rambut cantik menawan dan lurus ? Guna lah syampu sekian sekiann sekian~ Haaa dah macam iklan syampu kat TV dah kan. haha. Pernah dengar tak rambut berbuah kat hujung rambut? Rambut kusut masai ? Rambut rosak? Mesti lah pernah kan. Kita kalau nak rambut yang menawan cantik, kena lah tahu apa punca rambut rosak so that kita boleh la mengelakkannya. Betul tak?


Punca Rambut Rosak




Terlalu kerap syampu rambut


syampu rambut
sumber : google

Orang selalu salah faham bahawa the more you syampu rambut, the more healthy your rambut. Perghh berterabur sangat english ku dan rojak sungguh! *maaf yew* Sebenarnya mmg bertul syampu rambut ni bagus tapi kalau terlalu kerap sampai setiap hari nak syampu rambut pun tak boleh juga. Klau kerap sangat, rambut boleh rosak. Orang yang pandai bab-bab rambut pun berkata yang sama. Tak bagus sangat kalau kerap syampu rambut.





Penggunaan Pengering Rambut

pengering rambut yang sesuai
sumber : google
Hindari sikap suka mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut.  Seeloknya biarkan rambut kering sendiri tanpa bantuan mesin pengering. Rambut menjadi lemah dalam keadaan panas maka apabila anda menggunakan pengering rambut,lagi mudah rambut anda rosak. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut. Maka rambut  akan menjadi rapuh dan mudah putus.
Sekiranya penggunaan pengering rambut sangat diperlukan, anda perlumenjarakkan pengering rambut, sekurang-kurangnya 2 ke 4 inci daripada rambut sendiri. Selain itu,suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/tabiat-buruk-buat-rambut-gugur/#ixzz3TOAAEpci 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook




Menyikat rambut ketika basah

kesan sikat rambut basah
sumber : google
Rambut menjadi lemah semasa basah berbanding semasa kering. Oleh itu,rambut lebih mudah patah atau putus semasa basah berbanding dalam keadaan kering.
Memandangkan anda tidak dapat mengelak daripada rambut yang basah, maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut anda semasa basah adalah menyikat dengan jari sendiri.
Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Ia bertujuan untuk mengurangkan kerosakkan yang akan terjadi.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/tabiat-buruk-buat-rambut-gugur/#ixzz3TOAiFjoR 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook



Menggunakan jenis syampu yang tidak sesuai


Tips cara pilih jenis syampu yang sesuai


1. Jangan gunakan syampu yang mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.
2. Pilihlah syampu yang berwarna jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.
3. Jangan gunakan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.
4. Jangan biarkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala anda, lebih-lebih lagi jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian “ammonia” dan “hidrogen peroxide”.
5. Ketahuilah bahawa agen pelurus rambut dalam syampu pendandan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.
7. Anda perlu memastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih atau beli itu sudah diuji keselamatannya oleh pihak berkuasa.
Selain tips diatas  ingin dikongsikan kepada anda beberapa istilah yang terkandung dalam syampu yang dapat membantu anda memilih syampu yang betul.
  • Linolin = Kandungan sabun rendah diperuntukan bagi rambut rusak dan kering.
  • Ultramoisturising = Kaya pelembab, baik untuk rambut kering.
  • Nettle Oil = Mengandungi penyegar, baik digunakan untuk rambut berminyak.
  • Ketoconazole = Mengandung antiseptik semulajadi baik digunakan untuk rambut berkelemumur.
Sumber :Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

You Might Also Like

4 comments

  1. Rambut cik akak banyak kelemumur,,hihi

    ReplyDelete
  2. Sy sellau sikat rambut masa basah. Tak elok rupanya tabiat tu. Haish.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.