April 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, April 30, 2015

April 30, 2015

PENERBIT FILEM JULIE DAHLAN MENINGGAL DUNIA


Penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi. 


Julie, 62, atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. 



Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.



Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi

Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi


April 30, 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

 KLIK BANNER UNTUK JOIN
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

April 30, 2015

ALANG MEREALISASIKAN IMPIAN ABI






alang pakai uniform untuk anggota pasukan BATALION KE 17 RAMD(PARA). 

lambang yg berwarna merah hati yg bertulis PAC bermaksud Pasukan Atur Cepat. tulisan PAC ada pada Batalion yg bernaung dibawah 10BRIGED PARA.10BRIGED PARA adalah pasukan elit di Angkatan Tentera Malaysia.dua pasukan elit di ATM ialah GERUP GRAK KHAS(KOMANDO) dan 10BRIGED PARA.



To alang : Tahniahh alang sebab dapat merealisasikan impian abi ! Harap suatu hari nanti kakcik dapat merealisasikan impian abi jugak, nak tengok kakcik graduate dengan cemerlang. Amin. Love you alang ♥


April 30, 2015

KAWAN MAKAN KAWAN

Mak pesan : Kalau nak cari kawan, cari yang pandai memasak. So nanti bila dia "lapar", dia boleh masak sendiri. Tak ada lah dia "makan" kawan sendiri. :p



KAWAN MAKAN KAWAN
Add caption

Wednesday, April 29, 2015

April 29, 2015

KELUARGA EXCHANGEFEEDGROUP KU SEMAKIN BERKEMBANG !


Alhamdulillahh Exchange Feed Group dah semakin membesar, berkembang dengan jayanya~! *tepuk tangan*

Terasa kerdil melihat blog hebat hebat dalam EFG ni. Ada blog yang baru hendak meningkat naik, ada yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ini, ada yang sudah terkenal dikenali ramai, ada yang sedang berusaha untuk naik dan ada macam-macam lagi.

Tapi kami di EFG saling membantu antara satu sama lain, tak pernah rasa untuk bersaing secara tidak sihat, saling menghormati, saling menegur ke arah kebaikan, tidak pernah kekok untuk berkongsi ilmu, saling memberi nasihat untuk menghasilkan blog yang terbaik dan bergurau senda sudah semestinya hidup di dalam EFG :)

KELUARGA EXCHANGEFEEDGROUP KU SEMAKIN BERKEMBANG !
KLIK BANNER UNTUK PERGI KE PAGE EFG


EFGBukanSembangKosong! #ExchangeFeedGroup #ExchangeFeedBlog #BlogMesraSeo #BlogMobileFriendly

Dapatkan lebih info dan kebaikan tentang EFG di SINI, SINI, SINI dan SINI


List blogEFG


1. Irra29

2. Anis23

3. Arz30

4. Nani24

5. Bonde37

6. Pcl42




11. Dayah22

12. Kc22

13. Sha27

14. Cc24

15. Aina18

16. Aisya24

17. CN29

18. Aami29

19. Mimin23

20. Syira19

21. Eny32

22. Ain33

23. FR28

24. Khaty32

25. Azi43

26. CikT35

27. KG33

28. Efa35

29. Mia28

30. Angah20

31. Nizam31

32. Rara28

33. kakSue37

34. Mas29

35. PapaG27

36.Acik25

37.RahimAim21

38. Maisarah25

39. YanieYusuf29

40. SuriaAmanda37

41. Safwan23

Tuesday, April 28, 2015

Monday, April 27, 2015

April 27, 2015

PELUANG PEKERJAAN SEBAGAI TENAGA PENGAJAR DI ARAB SAUDI


Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar di Arab Saudi. Saya sedang mencari tenaga pelajar untuk sebuah International School di Jeddah, Arab Saudi. 


Pendapatan adalah diantara USD 2000-USD 2500/ bulan dan tempat tinggal disediakan.

Tenaga pelajar tersebut adalah untuk subjek-subjek berikut dan umur pelajar adalah diantara 5 tahun- 12 tahun.

Guru subjek yg diperlukan adalah seperti berikut :

1) Matematik (3 orang)
2) Sains (3 orang)
3) Bahasa Inggeris (3 orang)
4) Pendidikan sivik (3 orang)
5) Kimia (3 orang)
6) Fizik (3 orang)

Kontrak sebagai tenaga pengajar adalah selama 2 tahun dan syarat-syarat adalah seperti berikut:

1) Mempunyai sijil mengajar
2) Warganegara Malaysia
3) Mempunyai Passport
4) Tiada rekod jenayah
5) Jika mempunyai pasangan, boleh dibawa sekali (jika mahu)
6) Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris ( jika pandai bertutur bahasa arab adalah bonus)

Jika berminat, sila hubungi En. Mohamad Imran (0134606158) untuk menghantar CV atau sebarang pertanyaan.

Tolong sebarkan. Terima Kasih. Blh mohon kpd sesiapa yg brminat.
April 27, 2015

Dewi Remaja 2014/2015 Mawar Rashid - popular tapi takda bakat?

Cabaran Dewi Remaja 2014/2015:

setiap dewi diberikan 3 minit dengan hanya 'one take' untuk ditemuramah oleh Elly (hlive) tanpa sebarang persediaan di mana soalan-soalan yang diberikan bakal menguji mental dan kesabaran mereka sebagai dewi yang versatil. 

Salah satu peserta Dewi Remaja ialah Mawar Rashid. Dan beliau telah menjadi trending di twitter (Mawar Rashid). Sebab apa? Beliau dihentam kerana tidak tahu apakah makna GST walhal beliau mengatakan GST itu memudahkan rakyat Malaysia dan menyokong GST.


Dan bila ditanya apakah maksud GST? Beliau terdiam dan mengatakan beliau tak tahu, sebaliknya bertanya soalan itu semula kepada wartawan yang menemuramah beliau.

Yang lawaknya, muka wartawan tu dah ketat semacam dah haha.

Di twitter, macam-macam orang kata pasal MAWAR RASHID. Ada yang menghentam Mawar sehabis mungkin. Ada yang tak ambil kisah. Ada yang mengambilnya sebagai bahan gurauan. Ada yang neutral. 


Bagi saya pula, terus terang ada SESETENGAH daripada kita pun kalau ditanya apakah maksud GST tu pun kita tak boleh nak jawab kan. Bezanya ialah kita tidak ditembual dan Mawar Rashid kena ditembual dan lagi parah temubual itu dimuatnaik di Youtube, ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jadi, janganlah kita terus-terusan nak hentam Mawar tu. Mungkin, Mawar Rashid kena lebih berhati-hati selepas ini dan perlu mengambil tahu hal-hal semasa dengan lebih mendalam supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi. *okay macam Mawar tu baca cadangan aku ni hahaha*

Apa-apa pun, Mawar Rashid sudah pun meminta maaf di Instagramnya(@mawarashid) tentang kurang pekanya beliau tentang isu ekonomi negara. Makanya, rakyat-rakyat Malaysia yang tak puas hati sangat tu haruslah berlapang dada memaafkan kekhilafan Mawar Rashid. Semua manusia melakukan kesilapan. Don't act like you're never do the mistake.


Ohhh GST tu stands for Goods and Services Tax bagi yang tak tahu atau lupa :)

SEKIAN :)


April 27, 2015

SEGMEN : KATA-KATA SEMANGAT DARI AWAK


http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/04/segmen-kata-kata-semangat-dari-awak.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Bismillah~ 

Kata-kata semangat saya untuk awak :

1)Senyum, senyum dan senyum. Senyum kerana ianya sunnah :)

2) Jangan putus asa dan bersikap lemah kerana itu ialah sifat orang tidak berjaya.

3) Hidup ini seperti roda. Adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Jadi, sentiasa beringat-ingat dalam hidup ini. 

4) Bersyukur ketika berjaya dan bersabar ketika ditimpa kesusahan.

Fighting!



April 27, 2015

CARA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

Serangan Jantung

Tips penting ini yg diterjemah dari teks asal berkenaan dgn BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:


1. Katakanlah kita bertolak balik ke rumah pd jam 7:25 malam berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.
2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.
3. Tiba-tiba anda merasa sakit yang amat sangat di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat ke rumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda.
4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu. 5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan ke atas diri anda.



CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN.
sakit jantung

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN.

Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nak pengsan, mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan. 7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dengan batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas seperti sediakala. Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung seperti sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital. Dari: Dr. N Siva (Senior Cardiologist)

Sunday, April 26, 2015

April 26, 2015

Dubsmash MAKIN POPULAR


Dubsmash.com 


Semakin hangat dan famous dah sekarang ni. Tahu tak apa benda alah tu? Kalau nak tahu apa benda dubsmash ni, boleh download di play store. Dan boleh cuba sendiri. Kawan saya pun ada yang dah buat. Kelakar la jugak haha. Ni bawah ni Siti Nurhaliza pun ada buat. Tapiiiiiiiiii~ tapiii.....



Kenapa comel sangat Cik CT uitt? Gelak lagi lah comel :p
Jom layan! 

April 26, 2015

CONTEST BUY AVON ONLINE


http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10
 
Giveaway tamat pada 30 April 2015
 
Jom join! Hadiah menarik menanti di sanaa sanaa sanaaaaa~
 
April 26, 2015

BEN ASHAARI LIKE POST FB KU

Pertama kali nya post saya kat group facebook KELAB BLOGGER dapat like dari Ben Ashaari. 


Jadi? 

Jadiii... saja je nak bagi tahu hahhaaha. Yelaaa nama Ben Ashaari kan famous amoss dalam dunia blog ni. Siapa la tak kenal kan kelab blogger ben ashaari kann. So, rasa macam teruja 5 saat campur 10 saat bila nampak abg Ben like post saya. Hehe




Saturday, April 25, 2015

April 25, 2015

OFFICIALLY LEFTENAN MUDA!


Pagi tadi ada pentaulihan Angkatan Tentera Malaysia di Universiti Putra Malaysia(UPNM). Alhamdulillah alang secara rasminya menjadi Leftenan Muda Young Officer. Tahniah alangg~! Maaf tak dapat datang sebab ada buat kerja sekolah hehe. Minggu depan kita jumpa ye inshaaAllah :)


leftenan muda upnm
My dear brother :)

happy family
abi, alang,umi


April 25, 2015

ORANG BAIK MATI CEPAT

Dari blog Ustaz Pahrol - http://genta-rasa.com


Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat! 

Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.

“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.

“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.

“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.

“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang” berbanding usianya.

“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.

“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.

“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.

“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan” kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.

“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?

“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.

“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”

Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”

“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.

“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”

“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”

“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi (sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang kematian yang itu.

Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba. Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa! Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya. Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata, “memang orang baik, mati cepat!”

Friday, April 24, 2015

April 24, 2015

JANGAN CABAR BENDA TU


"Nanti masuk hutan, hati-hati. Jangan lupa diri pulak berada kat kawasan macam tu. Jangan gelak terbahak-bahak. Ingat Allah."

"Alaa abah. Jangan risau lah. Saya tak takut pun dengan jin-jin,makhluk halus,toyol ni."

"Eh kamu ni. Jangan cakap besar sangat. Nanti bila dah kena, padan muka kamu."

"Hahaha. So what kalau saya kena, abah? Saya tak kisah pun. Haaaa mana? Mana benda tu? Kacau lah! Kacau lahhh! Tak kisah lah."

"Berlagak kamu ye. Jangan sesekali mencabar benda tu. Jangan ingat kamu tu hebat sangat. Bila kamu mencabar benda tu, benda tu akan kacau kamu. Lagi-lagi dalam kawasan hutan tu nanti. Hati-hati dan behave!"

Bersambung....