Dewi Remaja 2014/2015 Mawar Rashid - popular tapi takda bakat? - sayidahnapisahdotcom Dewi Remaja 2014/2015 Mawar Rashid - popular tapi takda bakat?
LightBlog

Dewi Remaja 2014/2015 Mawar Rashid - popular tapi takda bakat?

Cabaran Dewi Remaja 2014/2015:

setiap dewi diberikan 3 minit dengan hanya 'one take' untuk ditemuramah oleh Elly (hlive) tanpa sebarang persediaan di mana soalan-soalan yang diberikan bakal menguji mental dan kesabaran mereka sebagai dewi yang versatil. 

Salah satu peserta Dewi Remaja ialah Mawar Rashid. Dan beliau telah menjadi trending di twitter (Mawar Rashid). Sebab apa? Beliau dihentam kerana tidak tahu apakah makna GST walhal beliau mengatakan GST itu memudahkan rakyat Malaysia dan menyokong GST.


Dan bila ditanya apakah maksud GST? Beliau terdiam dan mengatakan beliau tak tahu, sebaliknya bertanya soalan itu semula kepada wartawan yang menemuramah beliau.

Yang lawaknya, muka wartawan tu dah ketat semacam dah haha.

Di twitter, macam-macam orang kata pasal MAWAR RASHID. Ada yang menghentam Mawar sehabis mungkin. Ada yang tak ambil kisah. Ada yang mengambilnya sebagai bahan gurauan. Ada yang neutral. 


Bagi saya pula, terus terang ada SESETENGAH daripada kita pun kalau ditanya apakah maksud GST tu pun kita tak boleh nak jawab kan. Bezanya ialah kita tidak ditembual dan Mawar Rashid kena ditembual dan lagi parah temubual itu dimuatnaik di Youtube, ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jadi, janganlah kita terus-terusan nak hentam Mawar tu. Mungkin, Mawar Rashid kena lebih berhati-hati selepas ini dan perlu mengambil tahu hal-hal semasa dengan lebih mendalam supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi. *okay macam Mawar tu baca cadangan aku ni hahaha*

Apa-apa pun, Mawar Rashid sudah pun meminta maaf di Instagramnya(@mawarashid) tentang kurang pekanya beliau tentang isu ekonomi negara. Makanya, rakyat-rakyat Malaysia yang tak puas hati sangat tu haruslah berlapang dada memaafkan kekhilafan Mawar Rashid. Semua manusia melakukan kesilapan. Don't act like you're never do the mistake.


Ohhh GST tu stands for Goods and Services Tax bagi yang tak tahu atau lupa :)

SEKIAN :)


Post a Comment

6 Comments

  1. enteri macam nie memang banyak pageview dik..adik cuma pelbagai rentak..insyaAllah...pageview boleh naik sampai mana adik nak...yang penting kena bijak )

    ReplyDelete
  2. agak macam terbaca juga hari ni, 2-3 entri tentang mawar rashid ni... pasal dia tak tau apa itu GST... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. pheww pheww.. yg wartawan tuu pernah berlakon tak silap kak min. dia memang tegas n tak gedik dari luar set atau dlm set pengambaran. haha. kak min mmg tak berapa gemar org2 gedik. haa.. tu makan dia. gedik boleh. tapi kena tau isu semasa jugak =.=

    ReplyDelete
  4. sedih.. x mengikuti perkembangan hihu x pe pembelajaran untuknya

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p