May 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, May 31, 2015

May 31, 2015

TUTORIAL TUKARKAN KOMEN Google+ KEPADA KOMEN Blogger

Tutorial Tukarkan Komen Google+ kepada Komen Blogger 


Assalamualaikum~

Kalau blogwalking ke blog-blog, rasa macam tak sah kalau tak tinggal komen kan? Tapiii, kadang-kadang kita malas nak tinggal komen di satu blog tu kalau :

1- Komen tu memerlukan word verification


Note : Yang ni memang ramai yang tak suka sebab melambatkan, menyusahkan dan melecehkan! Kalau sekali jawab, betul takpe. ada yang kali ketiga baru betul, rasa nak pang pun ada hahaha. Lagi satu, kalau jelas word tu okay lah jugak. Tapi ada yang samar-samar, tak jelas, sayup-sayup je di mata. Haihhh jangan sampai kesabaran ku hilang *muka serius* 


credit to fitrihadi.com


2- Komen Google+


Note : Memang ada kebaikan komen Google+ ni. Tapi ada sesetengah blog tu memakan masa yang lama untuk loading kotak komen G+ tersebut. Ada sesetengah blog pula, sampai ke sudah dia loading. Sampai ke sudah, tak boleh nak tulis komen sebab asyik loading je. Dah tak boleh nak komen, kita pun chow la dari blog tersebut. See, dah membazir satu komen yang boleh meningkatkan UV (unique visitor) blog beliau.


credit to jimpunk.net





Itu di antara 2 faktor penting yang menyebabkan pengunjung terbantut keinginan untuk meninggalkan mengomen.


3 langkah mudah menukarkan komen google+ kepada komen blogger (credit to kak mimin)



credit to  http://miminadam.blogspot.com/


  1. Dashboard - Google+
  2. Untick pada no 2 dalam gambar tu.
  3. Save


Done! Mudah kan? :)


Jom baca tutorial lain yang menarik !


Tutorial letak linkwithin dalam blog


Tutorial letak bloglist dalam blog


Tutorial ping entri ke semua facebook group dengan mudah!



May 31, 2015

RINDU INI CURANG

RINDU INI CURANG


sumber : flickr.com

Saya. Homesick. Again. Walaupun. Baru. Je. Dua. Minggu. Tak. Jumpa. Umi. Abi. Tapi. Rasa. Macam. Dua. Tahun. Lamanya.

Pergh penat tulis sepatah sepatah ni. 




Bila mengadu kat umi .. "umiiii..kakcik rindu umi abiiiii" *sambil merengek*

Umi balas.. "Umi tengah tengok cerita kat TV ni"

Okay , nampak tak takda kaitan langsung di situ ? Hahaha. Umi saja tau tukar topik. Tak bagi saya ni layan sangat rindu tu. Selalu macam tu. Hahaha hadoi sabau jelah.

Tapi kekadang kalau saya tetiba message umi.. "Miss u"

Umi pun balas.. "Miss u 2" 

Hehehe. *nangis bawah selimut*

Kalau abi pulak, abi biasa nya melayan je. Kalau saya cakap rindu ke... abi cakap.. abi pun rindu kakcik. Hehehehe well, anak manja abi kan :P




Bak kata seseorang... "Kalau rindu buat apa?"

..........

"Doa :)"


Ye itu je lah penawar bagi rindu kalau berjauhan. Hanya mampu berdoa. Semoga mereka juga turut merasainya. Dan berdoa semoga mereka di dalam rahmat-Nya. Amin

Love you umi abi ;')

Kbai mata masuk habuk pulak.Puh puh.

So, korang pula kalau rindu seseorang atau dua orang atau tiga orang ataupun ber-orang-orang, korang buat apa?

Daa~ Wassalam :)


Saturday, May 30, 2015

May 30, 2015

FOLLOWER CECAH (888888/1111.11)


Assalamualaikum~

Saya memerlukan kepakaran anda untuk menyelesaikan soalan matematik yang susah ni.

888888 bahagi 1111.11 dapat berapa?
Dah dapat jawapan? Bagus!

Jawapan itu lah bilangan follower saya yang terkini! Yeyyy!

Ye tahu tahuuuuuu. Saya tahu. Follower baru je nak masuk 800 pun nak berlagak kan? Padahal orang lain lagi banyak follower nya. Saya bukan nak berlagak atau nak menunjuk, just nak kongsi kegembiraan je. Hehehe.





Penting kah follower yang ramai ?


Kepentingan follower tu sedikit sebanyak mungkin ada. Tapi kekadang follower ramai pun tak menjamin trafik tinggi di blog kita. Apa yang penting, kena update entri setiap hari sekurang-kurang nya satu dan tajuk entri haruslah memikat hati orang untuk membacanya. Itulah yang diberitahu oleh otai-otai blogger kalau nak UV  (unique visitor) dan PV (pageview) tinggi  :)


Friday, May 29, 2015

May 29, 2015

REVIEW l BAWAL SATIN EXCLUSIVE GRED AAA


Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey

Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate

Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru

Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink

Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/

May 29, 2015

DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) !

Assalamualaikummm semuaaa~~

Alhamdulillaaahhh dah dapat Lesen L!!


Abaikan muka ku yang  makin gemok itu.

Then, lepas dah ambil lesen L, ada thumbprint pulak. Orang kata thumbprint ni dulu takde. Tapi sekarang baru je diadakan. Dan perkara yang baru lagi sekarang ni ialah sebelum memandu di litar, ada kelas outdoor dipanggil 

-Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Sebelum Memandu (RSM).


RPK ni terbahagi pada 5 bahagian :


1) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Depan
2) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Tepi Sebelah Kanan
3) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Belakang
4) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Tepi Sebelah Kiri
5) Pemeriksaan Kenderaan Di Ruang Enjin - guna kaedah POWDER (Petrol, Oil, Water, Damage, Electric, Rubber)
(Membuka bonet kenderaan)

Masa ni lah saya baru tahu mana satu bekas air pengelap cermin, mana satu bekas minyak stereng, kotak fius, hos tangki air, bateri, air tangki radiator. Baru tahu jugak apa nak buat kalau kereta tiba-tiba mati. Apa yang pelu diperiksa. Macam mana nak tukar tayar. Perghhh tapi macam susah je nak tukar tayar ni ahha.

DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

RSM pula mengamalkan rutin selamat memandu iaitu CITO : Cermin, Isyarat, Ttitik buta, Olahgerak.


Untuk sesi ni pula, saya belajar benda-benda basic. Contohnya, cara melaraskan tempat duduk, memastikan brek tangan di tarik semasa masuk kenderaan, melaraskan cermin pandang belakang dan sisi, memastikansemua penunjuk panel instrument seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran bateri dan banyak lagi. Fuhhh penat tau nak ingat hahaha.

Yang hebat dan takutnya ialahhh~ Kalau tak lepas ujian RPK & RSM ni, semua akan gagal dan kena buat dari start semula. So, memang kena lulus ujian ni. Ujian ni saya tak pasti sama ada diadakan semasa ujian percubaan nanti ataupun sebelum ujian JPJ.

Esok first time belajar memandu di litar dan juga di jalan raya. Huwaaaaa i is scared! Cuakksss. Nebesss. Fuhhh. 

Tapi kawan nasihat, rileks je. Jangan gelabah. Tenang dan yakin pada diri sendiri.

InshaaAllah I'll try my besttt.

But nak jugak nervous! Hhahah.

Apa-apa pun wish me luckkk!!! 

Wassalam :)



May 29, 2015

DATUK SITI & DATUK K MENGGELARKAN "blogger tak sekolah" UNTUK PEMBUAT FITNAH

DATUK SITI NURHALIZA DIFITNAH TELAH BERCERAI DENGAN DATUK K

2 hari yang lepas, Malaysia digemparkan dengan sebaran fitnah oleh beberapa blog hiburan bahawa Datuk Siti telah bercerai dengan Datuk K .




“Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb,” ulas penyanyi ini melalui gambar repost Instagram kakak iparnya, Rozi.
Manakala bagi pihak Rozi, pada mulanya dia tidak mengendahkan perkara tersebut namun apabila berita palsu itu mula tersebar secara pantas di sosial media, ia dalam masa yang sama turut membuatkan nama Siti tercalar dengan fitnah yang tersebar itu.

Luahan penuh Rozi di akaun instagram miliknya berkaitan dengan sebaran fitnah kepada Datuk Siti.

Sebaran fitnah berjemaah oleh blog2 yang ?&3&:$3)$/!:)3)3!:?:(/&-&/)/(/!$/)/@-&-$-$ ni. Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sbb berasa sgt2 kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan org yg buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar2 lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus, bahan bacaan org2 yg mampu berfikir dan yg tak berfikir terus percaya dan jadi fitnah yg sgt2 panjang dan dipanjangkan lagi. Saya upload hal ini bila saya jadi sasaran pertanyaan, walaupun saya sgt berharap agar kita ni, pengamal media sosial agar tlg belajar dan memahami benda ni; -blogger2 sensasi ni tujuannya mempermainkan kita. Mereka bagi headlines yg minta kita terdorong nak membaca, mereka bagi macam2 tajuk yg mampu buatkan kita klik blog mereka. Dengan klik kita, mereka dapat duit. Duitlah yg membuatkan mereka bermaharajalela. Mereka create tajuk2 sensasi walhal cerita sebenarnya lain, mereka perdaya org yg membaca dan mereka sedang bergembira di atas fitnah yg mereka buat. Saudara2 seIslam saya semua tu. @ctdk tu dalam dia sabar, dia pun ada hadnya. Merangkaklah korang cari dia kt akhirat nanti, terlambat masa tuh!! #sabarsayapunadahadnya" via @PhotoRepost_app

REAKSI SEMPOI DATUK SITI DAN DATUK K UNTUK "BLOGGER TIDAK SEKOLAH"




Caption untuk gambar di atas :
"Bila tak ready ini la jadinya..suami saya plak sempat buat pose utk ‘blogger tak sekolah’ tuu. Terima kasih semua yg prihatin pada kami berdua.. Doakan yg baik2 buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada Kalian semula… Bulan ramadhan pun semakin dekat.. Sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada Allah SWT.. Kita hambaNYA yg lemah & tak sempurna

sumber : vivamerah & pautan.net 



Wah. Saya mula-mula tak tahu pun berita ni. Tapi bila baca dekat group telegram EFG, baru tahu. Sentap lah jugak tahu bila dapat tahu Datuk Siti bercerai dengan Datuk K. Iye lah for me, Datuk Siti dengan Datuk K ni pasangan paling sweet dan comell. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat .Amin. Tapi rupa-rupanya fitnah semata. Hish!

Dan untuk pembuat fitnah tu. Memang tak takut dosa betul. Tak takut ke dengan firman Allah yang membawa maksud “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Memfitnah orang yang tak bersalah satu hal. Satu hal lagi memburukkan nama blogger di mata masyarakat. Bak kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak mustahil dengan kes ni, orang lain akan membuat tanggapan buruk terhadap semua blogger. 

Semoga kita diberkati Allah amin.


Thursday, May 28, 2015

May 28, 2015

I DON'T WASTE ENERGY FEELING BAD FOR MYSELF


I don't waste energy feeling bad for myself;
I surround myself with people I want to be with;
and I keep moving forward.
So, with this philosophy, I hope all of you, 
regardless of your obstacles, can have a very happy life as well.


quote

May 28, 2015

#throwback KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Dekat facebook tadi, ada nampak lecturer matrik dulu post gambar sesi pendaftaran pelajar baru sesi 2015/2016.

Dan terimbau lah kembali zaman matrik duluuuuu #imbaskembali

Well, for your information, matrikulasi selangor time batch saya ( 2011/2012 ) baru je batch kedua (batch angah). Matrik selangor ni baru je ditubuhkan so sebelum batch saya, ada batch pertama (batch along). Yang sekarang ni 2015/2016 taktahu lah nak panggil batch acu ke.. andak ke kan.

Sistem pelajaran matrik ,start batch 2011/2012 telah menggunakan sistem modul. Ada 3 modul. Modul pertama mengandungi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Modul kedua ada Fizik, Sains Komputer, Kimia dan Matematik. Modul ketiga pula ada Biologi, Sains Komputer, Kimia dan Matematik.

Saya masuk-masuk matrik memang dah dapat modul kedua. Dan memang suka pun dapat modul kedua sebab i is tak berapa nak boleh bawak sangat subjek Biologi haha. Kat sekolah menengah, Bio tak pernah dapat A tau.cisss. Tapi bagi aku, modul pertama lah paling mantap sekali sebab ambil bio fizik dan kimia sekaligus. Daebak!

Dan let me #throwback sikit eh zaman batch saya ni hehehe. By the way, kelas saya namanya SM2K2P4. Modul 2 Kuliah 2 Praktikum 4. Classmates saya semua havoc havoc dan sporting belaka. Semua 'gila'. Hahaha.

 Ni time awal-awal kuliah. Dan saya pun tak berapa nak faham kenapa saya dengan sorang kawan aku tu, Nishya duduk dengan budak dua ekor tu hahaha. Nama dorang Radhi dan Enol. Well, dorang ni lah kawan aku yang paling aku rapat time mula-mula kuliah. Tu yang asyik nak berkepit je haha. 





Ni minggu pertama tak silap. Ada sesi tangkap gambar satu kelas. Semua wajib pakai baju yang ada tema pink dan tudung tie warna putih. Ni semua acah-acah muka suci hahaha!




Ni kuliah 2 subjek matematik. Lecturer nya adalah Puan Rosmawarni. *ce cari mana satu puan rosmawarni* Lecturer yang saya kagumi dan teringin nak jadi seperti beliau. Hebat dalam matematik. Puan Rosmawarni ni ingat nama saya sebab saya selalu tanya soalan math dan selalu angkat tangan time kuliah tanya soalan hahaha. Ingat lagi first time saya angkat tangan time kuliah sebab nak tegur slide kat depan. Nasib baik lah saya betul, slide tu salah. Aku kan selalu gatal angkat tangan time kuliah tanya soalan, sampai satu masa tu kalau aku tak tanya soalan, puan tu panggil aku dna tanya.... 

Sayidah ! Okay tak?
Hahaha. Aku angguk-angguk comel je :P 



Okay masa ni! Masa ni saya ingat lagi. Masa ni ialah sesi luahan perasaan sebab masa ni kami dah nak habis belajar kat matrik. Tu si Enol tu sebenarnya tengah meluahkan perasaan sampai kami semua sekali nangis sobsobbb. Yela kami classmates semua rapat-rapat belaka. Yelah setiap hari jumpa kan. Bosan pun ada muahahahha. *kidding*





Ni pulak lecturer ermmm lupa sebenarnya lecturer apa muahaha jahat gila aku. Tapi lecturer ni best lah. Peramah.





Kuliah Sains Komputer.



Gambar ni Nadz pergi post kat fb. Habis kontroversi sampai abang den pun komen kat gambau ni. Sabo jelah. Padahal takde pape punnn. Si radhi ni dah berpunya dah pun :p




Kalau perasan ada beberapa orang yang tengak picit hidung macam tahan bau kan? Bukan sebab ada yang kentut nyeww~ tapi sebenarnyaa, berhampiran dekat tempat kami ambik gambar ni ada tahi kucing. Adoiii haha.







With our english teacher, Miss Shida.





Geng main bola tampar. *acah-acah profesional







3 orang tak betul.




With our physics's lecturer. Erm tak ingat jugak namanya hahaha.








With our dear Science Computer's lecturer, Puan Karimah :D 




Ni kami punya cikgu kelas. tapi tak ingat jugak namanya hahahaha. Ampunnn puan!









Dalam lab fizik semua tak betul.




With our chemistry;s lecturer , Miss Suganthi





Sebahagian classmate SM2K2P4 :)


 Dekat lab fizik, kami memang suka bergambar hahaha





My roomatesss! :D Sha, Angah dan Insyi :D




Ni sebahagian geng budak budak yang selalu lepak kat bilik TB-02 hahaha. Ada lagi gambar tapi tak tahu mana menghilang sobsobbb. Ni je yang ada.




Wednesday, May 27, 2015

May 27, 2015

LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ?

Kebanyakan LELAKI LEBIH SUKA PADA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ? 


persoalan di atas tu bukan nak cari gaduh mahupun ada unsur tidak puas hati yeee, tetapi sekadar bertanya... ataupun mahu buat survey? Haaaa

Persoalan atas tu tercetus bila mana aku tengok di sekeliling aku yang kebanyakan nya lelaki berpasangan dengan junior or we called perempuan yang lebih muda. Ada je yang suka sama baya. Tapi pernah dengar tak senior gatal or we called miang keladi bila junior perempuan masuk? Hahaha mesti pernah kan. Lagi haru laki yang dah ada awek pun gatal sama. Tu rasa nak tumbok pun ada kihkih. Bukan nak mengata tapi pernah aku nampak kejadian seperti tu.

Berbalik pada topik.

Ada pernah sorang classmate laki aku ni dia kata perempuan yang lebih tua pada pandangan lelaki ibarat seperti makcik tua. Perempuan yang sama baya pula pada lelaki pula so-so je. Perempuan yang lebih muda pula pada pandangan lelaki sangat manis dan ..cute?

Lagi satu, minggu lepas aku ada belajar kereta dengan sorang cikgu(pangkat pakcik dah) ni. Takdelah belajar kereta lagi. Just belajar rutin sebelum memandu and belajar mana satu enjin,mana satu bateri,mana satu hos,mana satu tali sawat dan banyak lagi lah. Ada lah lagi dua orang dengan aku time tu. Sorang kawan perempuan classmate aku dan sorang lagi budak laki entah tak kenal sape. 

Nak dijadikan cerita, aku dan kawan perempuan aku lama-kelamaan makin selesa dan ada lah berbual-bual. Tanya la belajar mana,umur berapa,duduk kat mana. Rupa-rupanya budak laki tu umur baru 20 tahun. Dah agak dah lagi muda. well, sebab sometimes boleh nampak ke-tidak-matang-an budak laki tu hahaha jahatnya aku. Macam aku ni matang sangat la kan. kbai :p

Lepastu, dah time tengahari cikgu tu ajak kami lepak jap kat kedai makan berdekatan situ. Tengah minum-minum legakan tekak, aku yang memang tak boleh kalau suasana krik krik ni pun cakap lah kat cikgu tu.

"Cikgu hamdan, rupa-rupanya taufik batisah(bukan nama sebenar) ni baru 20 tahun. Ingatnya umur berapa. Kami (merujuk aku and kawan) pulak 22. Hehe"

Semua gelak-gelak. Eh... lawak eh?

Lepastu tetibe je cikgu tu cakap kat taufiq batisah tu...

"Taufik batisah, tak payah la suka dengan dorang ni. Dorang lagi tua. Tapi kalau nak suka pun apa salahnyaa  he he he.. pergi lah mintak no.telefon kee"

Aku dah tercengang. Cikgu ni sihat ke tak sebenarnya. Tetibe je. Tapi aku watlek watkool je. Nak gelak pun ada dengan ke-tiba-tiba-an cikgu cakap macam tu. Aku terus cantas cakap cikgu tuu...

"Ohhh.. lelaki memang lebih suka dengan perempuan yang lebih muda eh?"

Cikgu angguk-angguk.

Aku tanya lagi. "Kenapa pulak macam tu?"

Banyak pulak soal aku kan. Eh suka hati lah haha.

Cikgu jawab...........

Ermmmmm.. cikgu jawab..


Apa eh? Aku lupa sebenarnya cikgu tu jawab apa muahahahaha. 

Rasa nak hempuk diri sendiri pun ada sebab tak ingat. Tapiii..

Mungkin ada yang membaca artikel ni boleh memberikan pendapat di ruang komen berkaitan dengan persoalan tajuk entri nii hehehe.

Psssttt. Tapi kann... on the other hand, perempuan pun suka lelaki yang lebih senior kan? Kan? Kan? 

Okay mungkin topik tu kita kupas lain kali ngehngehhhh~ :p

Jumpa lagiiii! 



Tuesday, May 26, 2015

May 26, 2015

KAMBING PERAP SOS LADA HITAM ZGNS

KAMBING PERAP SOS LADA HITAM ZGNS


Kadang-kadang kita tak  tahu nak makan apa kan?
Rasa macam menu sama jer hari-hari..
Rasa macam dah cuba semua menu..
Jemu...

Apa kata kita cuba menu western pulak. Sendiri masak punyer...puashati!!

Jom cari kambing perap sos ladahitam Zulls Grill N Spices (ZGNS), pastu korang bakar /grill dan hidanglah ikut citarasa korang.






Hidangan yang  mudah disediakan. Hanya perlu bakar sahaja. Daging telah siap diperap dengan sos ladahitam istimewa. Dressing sos juga disertakan bersama-sama setiap pack.
Harga berpatutan.  Hidangan sampingan korang boleh sediakan sendiri ikut citarasa masing-masing.

Kat mana nak cari?...Jom aku share lokasi dan reseller yg ada :



Agro Bazaar Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Lokasi belakang masjid.



BK Fishmart Bandar Kinrara Puchong. Berdepan dengan foodcourt.



Az Zain Rawang. Belakang Petronas Taman Bersatu.

Korang boleh juga menghubungi nombor2 berikut :



Bukit Mertajam/Sungai Petani 019 5250815
Melaka 017 6293482 (Nurul) / 017-6832142 (effa)
Klang  017-3210336



Untuk kawasan-kawasan lain, boleh terus hubungi 012 3180912 / 013 3400912

TAWARAN JUGA DIBUKA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENJADI WAKIL JUALAN DI TEMPAT ANDA. HUBUNGI KAMI MELALUI WASAP/TELEGRAM/SMS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Boleh layari mukabuku kami :

Zulls Grill N Spies