http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

DATUK SITI & DATUK K MENGGELARKAN "blogger tak sekolah" UNTUK PEMBUAT FITNAH

By 3:12:00 PM ,

DATUK SITI NURHALIZA DIFITNAH TELAH BERCERAI DENGAN DATUK K

2 hari yang lepas, Malaysia digemparkan dengan sebaran fitnah oleh beberapa blog hiburan bahawa Datuk Siti telah bercerai dengan Datuk K .




“Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb,” ulas penyanyi ini melalui gambar repost Instagram kakak iparnya, Rozi.
Manakala bagi pihak Rozi, pada mulanya dia tidak mengendahkan perkara tersebut namun apabila berita palsu itu mula tersebar secara pantas di sosial media, ia dalam masa yang sama turut membuatkan nama Siti tercalar dengan fitnah yang tersebar itu.

Luahan penuh Rozi di akaun instagram miliknya berkaitan dengan sebaran fitnah kepada Datuk Siti.

Sebaran fitnah berjemaah oleh blog2 yang ?&3&:$3)$/!:)3)3!:?:(/&-&/)/(/!$/)/@-&-$-$ ni. Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sbb berasa sgt2 kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan org yg buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar2 lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus, bahan bacaan org2 yg mampu berfikir dan yg tak berfikir terus percaya dan jadi fitnah yg sgt2 panjang dan dipanjangkan lagi. Saya upload hal ini bila saya jadi sasaran pertanyaan, walaupun saya sgt berharap agar kita ni, pengamal media sosial agar tlg belajar dan memahami benda ni; -blogger2 sensasi ni tujuannya mempermainkan kita. Mereka bagi headlines yg minta kita terdorong nak membaca, mereka bagi macam2 tajuk yg mampu buatkan kita klik blog mereka. Dengan klik kita, mereka dapat duit. Duitlah yg membuatkan mereka bermaharajalela. Mereka create tajuk2 sensasi walhal cerita sebenarnya lain, mereka perdaya org yg membaca dan mereka sedang bergembira di atas fitnah yg mereka buat. Saudara2 seIslam saya semua tu. @ctdk tu dalam dia sabar, dia pun ada hadnya. Merangkaklah korang cari dia kt akhirat nanti, terlambat masa tuh!! #sabarsayapunadahadnya" via @PhotoRepost_app

REAKSI SEMPOI DATUK SITI DAN DATUK K UNTUK "BLOGGER TIDAK SEKOLAH"




Caption untuk gambar di atas :
"Bila tak ready ini la jadinya..suami saya plak sempat buat pose utk ‘blogger tak sekolah’ tuu. Terima kasih semua yg prihatin pada kami berdua.. Doakan yg baik2 buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada Kalian semula… Bulan ramadhan pun semakin dekat.. Sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada Allah SWT.. Kita hambaNYA yg lemah & tak sempurna

sumber : vivamerah & pautan.net 



Wah. Saya mula-mula tak tahu pun berita ni. Tapi bila baca dekat group telegram EFG, baru tahu. Sentap lah jugak tahu bila dapat tahu Datuk Siti bercerai dengan Datuk K. Iye lah for me, Datuk Siti dengan Datuk K ni pasangan paling sweet dan comell. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat .Amin. Tapi rupa-rupanya fitnah semata. Hish!

Dan untuk pembuat fitnah tu. Memang tak takut dosa betul. Tak takut ke dengan firman Allah yang membawa maksud “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Memfitnah orang yang tak bersalah satu hal. Satu hal lagi memburukkan nama blogger di mata masyarakat. Bak kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak mustahil dengan kes ni, orang lain akan membuat tanggapan buruk terhadap semua blogger. 

Semoga kita diberkati Allah amin.


You Might Also Like

9 comments

  1. Haish. Tak takut dosa betul tukang buat fitnah tu. Selagi fitnah tu berleluasa dalam internet, bawa ke mati la dosa-dosa tu. Naudzubillah

    ReplyDelete
  2. iye ke pasangan comel Pisah?hahahha...nak juga panggil Pisah...atau nak panggil idah...apapun tak baiklah men fitnah2 ni..tengok, tempiasnya pada blogger yg tak berkaitan...

    ReplyDelete
  3. memang patut pun. sesuka hati buat fitnah mcm tu . isu tu sensetif sebenanrnya.

    ReplyDelete
  4. ada jugak fitnah yg semacam ni.. ke untuk nak naikkan traffic sekali kat web tu? hmm..

    ReplyDelete
  5. Yang jenis cenggini la memburukkan nama blogger... Isk isk isk

    ReplyDelete
  6. Alaaa blogger murahan memang cenggitu... banyak hakakkk jumpa... depa tak fikir sesen duit depa dapat tu tak berkat hidup... ish...

    Semoga siti & khalid sentiasa bahagia walaupun hakakkk x la minat depa pun.. heee

    ReplyDelete
  7. Hmm. tajuk sensasi sbb nak trafik.

    ReplyDelete
  8. bukan tajuk entry kc ye heheh. Blogger yg buat fitnah tu.. ;p

    ReplyDelete
  9. ada orang mmg gunakan medium ni utk buat onar.. haaa gitu skali ayat akak..
    skali semua bloggers terkesan..

    jln paling mudah supaya x dapat saham bahu kiri kat akhirat..
    tak payah cerita pasal retis.. biarkan je diorang tu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.