June 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, June 30, 2015

June 30, 2015

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA -ayam marbari

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA


Alhamdulillah harini sudah hari keempat #Cabaran20Hari. Apa tunggu lagi? Jom kita tengok apa menu makanan saya wajib ada bila bulan puasa menjelma.


#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA

AYAM MARBARI



AYAM MARBARI



Haaa pernah dengar tak ayam masak marbari ni?

Kisahnyaaa.. ayam marbari ni masakan daripada turun temurun. Umi kata resipi buat masakan ni ambil daripada opah(belah abi). Cuma bezanya kalau ikut resipi opah, ayam nya tak digoreng tetapi kalau umi, umi goreng ayam nya hehehe.

Sedap ke tak sedap? Sedap gilosss hokeyhh ayam marbari ni. Hingga menjilat besen hahaha.

Baru-baru ni, umi ada masak. Memang torbaekkk.. hehehe.

Sekian, jumpa lagi :)

Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:


1) apa erti puasa pada anda


2) pengalaman sahur yang tidak mencabar


3) resepi sahur paling ringkas -lempeng



June 30, 2015

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Bismillahirahmanirrahim. First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek adalah giveaway pertama cik itah, diharapkan ada blogger yang sudi join dan memeriahkan giveaway ini. Hadiahnya tidaklah segempak mana. Simple saja :). Giveaway ini disponsorkan oleh beliau  sendiri dan dua orang blogger yang menawarkan diri untuk jadi sponsor iaitu blogger Mira Syaa dan blogger Ruqaiyah Amanina

Syarat giveaway :

1. Buat entri bertajuk "First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek".

2. Copy banner diatas, pastekan dalam entri korang dan backlinkkan ke entri ini.

Cara copy gambar :
Klik kanan - Save Image as - simpan dekat mana-mana folder korang dan upload dalam entri
atau
Klik kanan - copy image location - upload from url

3. Tinggalkan link entri penyertaan korang ke ruangan komen entri ini.

4. Follow blog


5. Like page


6. Follow Instagram (Optional)


Nota* Mohon semua peserta untuk jujur dan ikut semua syarat giveaway ya. Tak mau tipu-tipu. Kalau ada nak tanya apa-apa boleh PM beliau dekat facebook [Cik Itah] atau email [itahpkk@gmail.com]  Terima kasih :)

Nota* Syarat follow/like/add akaun Facebook/Twitter/Instagram dikecualikan buat mereka yang memang takda akaun sahaja, yang ada akaun tolong jujur. tQ !

Selamat memeriahkan giveaway. Terima kasih :)

June 30, 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Ramadhan semua!

Bersempena dengan tahun 2015 ni, Cik Sally nak satu giveaway mudah yang mana cik Sally berkolabrasi dengan beberapa orang blogger yang mmg sudah lama dikenali...

Hadiahnya tidak la seberapa tapi masih la menarik perhatian...hihihi...



Syarat-syaratnya:

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
3. Follow Blog

4. Follow Instagram 
5. Like Fanpage

6. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.
Mudah je kan...?

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Terima kasih & Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua!

p/s : Kalau ada antara korang yg takde IG @ Facebook ke, masih boleh join...tapi kalau takde blog tak boleh la ye..hihihi

June 30, 2015

SEGMEN BLOGLIST JULAI-OGOS 2015 by CN

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah
June 30, 2015

DAPATKAN VOUCHER DISKAUN HELENZ SIGNATURE! free poslaju!

Istimewa! Vaucher Diskaun!!

Khas untuk semua,  di sini ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI bukan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set.

Tambahan itu, Free Poslaju! Tiada charge dikenakan untuk pos kepada pelanggan. 5 in 1 Helenz Signature terbukti berkesan menghilangkan jerawat dan jerawat. Banyak testimoni telah diambil dan semuanya positif. Apa tunggu lagi?

whatsapp / call ke 013 3155373 (Aishah) untuk maklumat lanjut atau mahu membeli.

@helenzofficial
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari
#helenzsignature
#helenzskincare
#skincare
#sayidahnapisahdotcom



whatsapp / call ke 013 3155373 (Aishah) @helenzofficial #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari #helenzskincare #skincare

Monday, June 29, 2015

June 29, 2015

#Cabaran20Hari RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang

#Cabaran20Hari RESEPI SAHUR PALING RINGKAS


Hola holaaa~ alhamdulillah masih bernafas di bumi ini dan mampu menaip entri untuk #Cabaran20Hari ni. Dah masuk hari ketiga sejak cabaran ini dilancarkan. So, apakah resipi hidangan sahur paling ringkas ?
RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang
credit : kuehmueh.com


RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang



RESIPI LEMPENG, KAU JANGAN LEMPANG PULA


#tajukhambar

Okay memang ringkas, simple, mudah dan senang je buat lempeng ni. Secara asasnya, bahan-bahan membuat lempeng ada empat je.

1) Tepung

2) Garam

3) Air

4) Mauripan

That's all!

Cara membuat nya pulak alahai jimat masa dan jimat air liur *takde kena mengena* kihkih.

1) Berapa banyak tepung untuk masuk dalam adunan? Terpulang pada masing-masing. Nak banyak ke.. nak sikit ke.. nak sederhana ke.. Cuma jika mahu dijadikan panduan, satu senduk tepung untuk satu lempeng.

2) Garam pulak secubit untuk buat satu lempeng.

3) Air pula kita tambahkan ia ke dalam adunan hingga tepung dan air menjadi sebati. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sederhana. 

4) Mauripan pula hanya sedikiiiiittttt sahaja. Kalau nak buat lempeng satu tu tak payah letak mauripan pun takpe. Sebab kesan mauripan ni kuat jugak. Kalau terlebih letak mauripan boleh mendatangkan bahaya. Jadi, letak sikit je untuk naikkan lempeng tu.

Then, usai buat adunan, kita goreng! Saiz dan ketebalan lempeng tersebut terpulang pada kehendak masing-masing nak macam mana. Lain orang, lain citarasa kan :)

Itu secara asasnya. Anda boleh juga tambahkan susu segar di dalam adunan tersebut. Telur pun boleh. Pisang pun boleh. Haaa kalau nak tahu apa lagi bahan yang boleh ke tak boleh, apa kata buat eksperimen sendiri? Bukan eksperimen cinta ye! Hehehe.



RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang
Credit : tripwow.tripadvisor.com


RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang
credit : www.tiffinbiru.com

RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang
credit : ibucergas.com

RESEPI SAHUR PALING RINGKAS-lempeng, bukan lempang
credit : www.tiffinbiru.blogspot.com



Okay itu sahaja. Esok jumpa lagi dengan tajuk cabaran no. 4 :) Sekian :)


Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:



1) apa erti puasa pada anda



2) pengalaman sahur yang tidak mencabar


June 29, 2015

TENANG LAH DIA DI SANA

Terkejut
Terkesima
Tergamam
Terkaku
Beku
Tidak percaya
Adakah ini betul atau tipu
Adakah ini realiti atau mimpi

Baca banyak kali
Hati masih mahu menidakkan
Berulang kali baca
Allah.

Berlinangan air mata
Membayangkan perasaan si kakak ketika itu
Mahu saja aku memeluk si kakak saat itu juga
Memberi kata semangat
Mengesat air mata nya
Memberi harapan kepada beliau

Bila ditanya "are u okay?"

Si kakak menjawab "no. Separuh dari semangat akak dibawa pergi"

Si kakak menambah lagi "baru sejam sebelum tu dia wassap akak minta resipi nak bukak puasa. Tak sangka lepas tu mak dia call cakap dia dah tak de."

Menitis air mata ku membayangkan jika aku berada di tempat si kakak.

Ya Allah berilah kekuatan pada kakak ku.
Berilah ketenangan kepada kakak ku itu.
Pulihkan lah semangat beliau.
Kuatkan kebergantungan beliau kepada Engkau.
Rawat lah hati beliau yang sudah berantakan terkilan sedih kecewa.
Engkau Maha Kuasa dan Berkuasa atas segala tiap sesuatu.

Semoga si 'dia' yang kakak ku sayang itu tenang di alam sana bersama orang orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.


My dear kakak, you know who you are. Take your time to heal yourself. We-efgiers-are here for you. We love you. We support you. Don't forget that :')




Sunday, June 28, 2015

June 28, 2015

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR YANG TAK MENCABAR

 #Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR


Tudiaaaa #Cabaran20Hari dah masuk hari kedua-tajuk kedua : Pengalaman Sahur. Jadi, apakah pengalaman sahur anda yang anda hendak kongsikan ? Jika ada, jom sahut cabaran buat entri :D



#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR




Sahur dan saya berpisah tiada. Sebab apa? Sebab saya suka makan haha. Juadah sahur saya kalau kat rumah boleh disama taraf kan dengan juadah berbuka. Selera makan saya semasa sahur pun sama naik dengan selera makan saya semasa berbuka. Memang aku ni. Selera makan onnn aje. off sekejap je hehe. Alhamdulillahh.

Teringat masa kecil dulu, liat sungguh nak bangun. Tapi bila dah beso panjang ni, dah tahu apa yang ada di sebalik sahur tu, memang semangat nak bangun sahur. Lagi-lagi ada makanan sedap, memang semangat hahaa.



kelebihan-sahur
credit : truthhalal.my



Ingat lagi baru-baru ni bangun sahur kat kolej kediaman di UPM. Bangun dar tidur, nampak kat luar tingkap macam gelap lagi. Terus minum air. Dah minum air, baru terdetik nak tengok jam kat handphone. Tengok-tengok dah pukul 6! Adoiiii. Boleh pula aku syok minum tadiii. Ermm tak batal kan puasa kalau jadi kes macam tu? ermm ermm i is tak sengaja hehe.

Teringat jugak time sahur. Dah semangat nak sahur ni sebab dah beli nasi goreng cendawan pukul 2 pagi tadi. Bukak je bungkusan tu hidung dah kembang kepis sebab bau semacam. Hidung saya ni memang kuat sikit bab-bab hidu makanan basi ni. Lepas tu kekononn laa i is think positive, ohh mungkin ni bau cendawan dia kot sebab sebelum ni tak pernah lagi beli nasi goreng cendawan. Then, bismillah. Rasa nasi dengan tangan macam lekit-lekit. Err.. Adoiii sah niii! Dah basi. I is hampa. S.O.B.S.O.B

Ermm jap fikir lagi ada apa-apa pengalaman lain ke semasa sahur. Macam takde je haha. Sebab sahur semuanya berjalan lancar dan efisen kebiasaanya hehe. Jarang sangat tak sahur. Mesti bangun sahur. Lagi-lagi kalau kat rumah, memang dah kira wajib bangun sahur pukul 5 pagi. Tak pernah tinggal kecuali satu masa ni. 

Ingat lagi. Masa tu saya masih sekolah rendah lagi rasanya. Ada satu pagi tu semua bangun lambat. Macam dah nak dekat pukul 7 tak silap. Memang laa dah tak sempat. Hahaha. Saya rasa tu je lah first time tak sahur. Masa lain memang bangun sahur. Makan nasi. Makan kuew teow ke. Makan bihun ke. Kekadang tu memang meriah sangat time sahur. Gelak ketawa. Bergurau senda. Usik mengusik. Siap balas-balas kentut lagi hahaha.

Itu sahaja pengalaman sahur saya yang tak seberapa nak mencabar sangat ni haha. Sekian :)




#Cabaran20Hari
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#BukanSembangKosong



entri #Cabaran20Hari - 01 APA ERTI PUASA PADA ANDA : klik SINI

Saturday, June 27, 2015

June 27, 2015

#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA ANDA


Assalamualaikum~!

Okay okay semuaaa~ Harini first daya bagi #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Apa benda #Cabaran20Hari ni? Nak tahu apekebenda la tuu, klik SINI for more info. So, alhamdulillah berpeluang untuk taip entry untuk menyahut cabaran yang 'mudah' ni. 


#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA ANDA



The first one is.. APA ERTI PUASA PADA ANDA.

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, aku mengimbau kembali perbualan aku bersama si dia yang comel, anak buah kesayangan Iman Hazim(5 tahun).


Iman : Makcik makcik.. makcik puasa ke?

Me : Ye iman. Makcik puasa.

Iman : Ohhh. Iman puasa tak?

Me: Eh iman tak puasa lah. Tadi makcik nampak iman makan tadi. Haaa. 

Iman : Alaaa. Iman puasa laaaa :(

Me: Mana boleh puasa. Iman dah makan tadi. Makcik nampak. Takpe-takpe esok iman puasa ehh. Hehe

Iman : Makcikkk nii. Iman puasa laa :'(

Me : Lohh jangan lah sedih sayang uitt. Okay .. iman tahu tak apa maksud puasa tu? Puasa tuuu.. kita tak makan dari subuh hingggaaaa maghrib. Kita makan sebelum subuh. Dah azan maghrib baru kita boleh makan. Dari subuh hingga maghrib kita tak boleh makan.

Iman : Kenapa ramai puasa sekarang?

Me : Sebab sekarang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan orang semuaaa puasa.

Iman : Kenapa semua puasa kat bulan Ramadhan?

Me : Sebab, Allah suruh. Allah suruh kita puasa di bulan Ramadhan. :)


Mulut kecil tu pun berhenti daripada bertanya. Mungkin dah puas hati dengan jawapan saya atau dia dah tak tahu nak tanya apa haha.

Bila sebut tentang P.U.A.S.A di bulan Ramadhan, serta merta fikiranku akan melayang mengingati beberapa perkara antaranyaa :

1) Sahur

Okay ni bestt! Sebab apa? Sebab makanan! Hahaha. Okay lah memandangkan cabaran untuk hari kedua ialah berkaitan dengan sahur, makanya esok lah saya cerita pasal sahur ni hehee. Boleh yeeee~ Okay seterusnya!

2) Sembahyang tarawih

Sembahyang tarawih bagi aku sangat best walaupun kekadang aku tersenguk-senguk jugak ketika sembahyang tarawih haha. Kalau sembahyang di masjid, surau atau dewan ramai-ramai, tersangat lah indah perasaan tu. Terasa macam bersatu-padu. Ada yang sebelum ni tak pernah-pernah nak jejak masjid/surau untuk solat di hari biasa tetapi tiba di bulan Ramadhan, nampak wajah nya menunaikan sembahyang tawarih di masjid. Itu lah keindahan bulan Ramdhan yang kekadang kita pandang seimbas lalu.

3) "sesungguhnya aku berpuasa"

" Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor(lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah : Sesungguhnya aku berpuasa"

Ingat lagi dulu semasa sekolah. Kata paling famous sekali time puasa ialah : Sesungguhnya aku berpuasa. Yelah masa sekolah kan macam nakal sikit. Lepastu bila orang buat dajal kat kita ke.. kita kekonon laahh alim sikit.. "sabar.. sesungguhnya aku berpuasa" Tapi lepastu saya buat dajal balik muahahaha. Lepastu orang yang saya dajalkan tu pulak tak balas lah dan bajet alim nya berkata : "sesungguhnya aku berpuasa". Nampak la kan kesabaran tu bila sedang berpuasa kan. hehe.

4) Syaitan kena ikat

syaitan
credit : intanberlian87.blogspot.com

Haaaa ni memang semua suka. Sebab takde lah rasa takut nak pergi tandas sorang-sorang malam-malam. Sebab syaitan kena ikat. Hantu enggak ada. Hahaha. 

5) Mulut orang berpuasa lebih harum  daripada haruman kasturi

"Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ni pun famous dan sentiasa diperkatan pada setiap kali Ramdhan tiba. Saya pernah buat #lawakhambar sikit dengan kawan saya.

Me: Eh kau puasa tak?

A: Puasa hokeyhh.

Me: Ce hembus bau sikit. Nak bau. Nak bau lebih daripada haruman kasturi ke tak hehehe. #lawakhambar

6) Bazar Ramadhan

Okay lepas dah berpuasa setengah hari, pergi kuih-kuih sedap di Bazaar Ramdhan untuk makan time berbuka nanti perghhh~ sangat nikmat :D

Okay dah titik.


APA ERTI PUASA PADA ANDA



#Cabaran20Hari
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#BukanSembangKosong

Friday, June 26, 2015

June 26, 2015

#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015

#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015


Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

EFG-KBBA awesome! :D

June 26, 2015

APAKAH HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT&BERPUASA?

APAKAH HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT DAN BERPUASA?


HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT&BERPUASA




SOALAN : Assalamualaikum. Saya berpuasa dan sedang solat. Dan ketika solat, saya menangis teresak-esak sehingga berhingus hidung. Apakah hukum saya menelan hingus tersebut kerana risau hingus saya akan meleleh ke atas telekung dan sejadah. Adakah batal puasa saya?

JAWAPAN :

Jadi dia berpuasa dan sembahyang. Bila sembahyang, sedih sangat keluar hingus. Haa, Yang kita pelik, air mata takdak, hingus saje. Hehe. Sebab dia takut kalau tak telan kata dia, dia takut kena sejadah dan telekung. Ni jelas orang perempuan. Muslimat la ni. Satu kaum yang setiasa berhingus. Hehe. 

Yang pertama sekali, kita kena tahu dulu, apakah perkara yang membatalkan puasa dan apakah perkara yang membatalkan solat ? Dan lepas kita faham hat(tentang) tu, tak timbul dah persoalan ni. 

Yang membatalkan solat ialah di antaranya pakaian kita kena najis. Hingus kita najis ke tak? Hingus kita tak najis. Najis-najis ni seperti darah, nanah kemudian najis yang keluar dari kemaluan depan belakang. Maka, hingus, air mata semua tidak najis belaka. Dalam kitab Arab, dia sebut mustakzarah-benda yang bila orang tengok, eeeiii..eeiiii! Orang Arab panggil mustakzarah.. Eeiii eiii. Tapi tak najis.  Walaupun banyak, sehelai jubah iman tu penuh dengan hingus, takdak masalah. Jadi, bila hingus kena kat telekung, baju ketika solat tiada masalah. Tapi makruh bila.. Sebelum sembahyang, baju kita suci, dia pun ambil hingus dan letak sikit di baju, baru takbir.. Hukumnya makruh-tidak rosak sembahyang kita. 

Yang kedua pulak, telan. Bila telan.. maksudnya benda yang di luar masuk balik - BATAL PUASA. Dia benda yang dalam tekak kita, kita telan maka TIDAK BATAL PUASA. Benda dalam mulut kita-sama ada air liur ataupun hingus, kita tarik balik .. TIDAK BATAL PUASA. Tapi kalau kita ludah air liur lepastu minum balik, BATAL PUASA. 

Hat dalam mulut tak batal melainkan benda yang daripada luar. Sama ada daripada luar itu air liur itu sendiri atau benda asing contohnya nasi dan sebagainya.

-Ustaz Azhar Idrus.

Wallahua'lam.


INFO TAMBAHAN !

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


perkara-batal-solat
credit : www.slideshare.net

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

perkara-batal-puasa
credit : www.slideshare.net





Thursday, June 25, 2015

June 25, 2015

BILA RAMAI UPDATE STATUS LAST PAPER





Muka tu membawa maksud .. "eh eh kau dah kenapa? Nak kena lempang dengan aku? Aku tak habis lagi paper ni, kau duduk je diam-diam! Aman sikit aku nak study. Huh"

Haaa tu lah maksud reaksi muka tu hahahaha. Betul tak betul tak?

Apa perasaan korang bila korang tak habis lagi paper dan lagi parah bila korang tak start pun lagi paper, pastu ada orang sibuk nak update status.. 


Yeayy dah habiss paper!


Alhamdulillah selesai sudah semua paper. Jumpa next sem!

Lagi sakit hati bilaaa....


Dah habis exam, boleh balik rumah dengan amannya.


Yeayy petang ni dah boleh balik rumah. Jumpa keluarga, makan sedap-sedap

Ohoo tu memang sakit jiwa raga sungguh bila baca. Rasa nak hentak-hentak kepala orang update status macam tu hahaha.

Ada pulak yang konon-konon caring dan prihatin. Ceyt. Dah habis sibuk update status kata dia dah habis dan nak balik rumah, lastt sekali dia sebutt..


Yang tak habis lagi paper tu, goodluck ye! *gelak jahat*


Oh kawan-kawan yang masih di kolej tengah struggle nak jawab exam tu takmo sedih-sedih ye. Semoga berjaya!

Perghhhh hengko! Hempuk kang! hahahaha.


By the way, hak masing-masing sebenarnya nak tulis status apa. Tu saje je nak interpret macam-macam status ada bila final paper dah habis dan orang belum habis paper lagi ni kecikk hati tengok hahaha.

Esok petang saya last paper final exam-subjek COMPLEX ANALYSIS-

Doakan saya dan kawan-kawan ye! :)

Wassalam :)

Wednesday, June 24, 2015

June 24, 2015

KETAHUI UNSUR&SIFAT DIRI ANDA MENGIKUT NOMBOR ANAK KE BERAPA

KETAHUI UNSUR (tanah,air,api atau angin) &SIFAT DIRI ANDA MENGIKUT NOMBOR ANDA ANAK KE BERAPA

1) Unsur Tanah (Anak ke 1,5,9)

-pendiam
-pendengar yang baik
-penyabar&setia
tak mudah membangkang
-dengar kata dan boleh bawa bincang
-berperwatakan manis
-lembut hati
-suka memendam rasa dan sensitif
-tak banyak karenah
-tak cerewet
-menghormati orang lain
-rendah diri dan tak sombong
-tak suka pendam rasa marah sampai tahap boleh meletup
-lambat dalam menyelesaikan satu tugasan

KETAHUI UNSUR&SIFAT DIRI ANDA MENGIKUT NOMBOR ANAK KE BERAPA


2) Unsur Air (Anak ke 2,6,10)

-sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
-buat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
-keras kepala, sukar dilentur da dibentuk (Asyik dia je nak menang)
-menja,lembut hati dan sensitif
-air yang tenang jangan disangka tiada buaya (mood yang selalu berubah-ubah)

3) Unsur Api (Anak ke 3,7,11)

-semangat yang tinggi, sangat aktif dan berkobar-kobar
-sangat teliti dan berwaspada
-suka menyakat dan mengenakan orang lain
-panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
-kuat cemburu
-nampak pendiam+sombong tapi baik hati

KETAHUI UNSUR&SIFAT DIRI ANDA MENGIKUT NOMBOR ANAK KE BERAPA


4) Unsur Angin (Anak ke 4,8,12)

-emlembutkan hati orang lain
-agak susah untuk mengendalikan keadaan
-tidak suka berkongsi apa-apa masalah kepada orang lain
-pendiam dan agak pemalu dengan orang yang tak dikenalinya
-suka membuat haluan sendiri
-penyayang

KETAHUI UNSUR&SIFAT DIRI ANDA MENGIKUT NOMBOR ANAK KE BERAPA

credit to : page fb Rahsia Hawa

Soooo~ amacam? Betul tak? Kena kat batang hidung sendiri tak? Ke simpang jauh dari sifat anda yang sebenar? 

Kalau saya.. saya anak ke 5. Satu je sifat yang paling paling saya tak setuju seperti dinyatakan di atas. Pendiam. Saya pendiam ke? Hmmm kena fikir banyak kali dulu hhahaa. Sifat pendiam je saya tak setuju. Dan tak setuju jugak sifat yang dinyatakan di atas iaitu sifat tak suka pendam rasa marah sampai tahap boleh meletup dan lambat dalam menyelesaikan satu tugasan. Saya biasa juga pendam rasa marah dan takdelah lambat mana menyelesaikan satu tugasan. Hehehe. So ada tiga sifat di atas yang saya tak setuju as a anak ke-5, sifat lain semua betul kihkih.


thankyou