KENALI MUSUHMU

by - June 16, 2015

kenali-musuhmu
credit : nikkynaz.blogspot.com


Musuh itu tidak senang melihat engkau bahagia,
Musuh itu berasa resah setiap kali engkau merasai ketenangan,
Hasad dengkinya mebuak-buak,
Usahanya tidak pernah putus,
Untuk membawamu menyertainya ke neraka Jahim.

Akan digodanya dirimu,
Selagi jasadmu mengendong hayat,
Hingga saat rohmu akan berpisah dari tubuhmu,
Dia diberikan kelebihan oleh Allah,
Berjalan di dalam tubuhmu,
Melalui aliran lebuh raya pembuluh darah.

Bisikan-bisikannya seolah-olah tidak kedengaran,
Sehingga engkau menurutnya tanpa sedar,
Sedangkan dalam bisikan itu mengandungi racun,
Racun yang membunuh,
Membunuh...
Dan membunuh rohmu,
Daripada menggapai hidup bersama Ilahi.

Setiap raja ada tenteranya,
Dan ketahuilah,
Tentera musuhmu itu ada dalam dirimu sendiri,
Yang bernama nafsu syahwat,
Tentera musuhmu itu akan menjadi kuat,
Tatkala perutmu sentiasa dipenuhi makanan,
Meskipun daripada makanan yang halal.

Justeru,
Lemahkanlah ia dengan jalan berpuasa,
Atau makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Nukilan Ustazah Norhafizah Musa


10-perangkap-syaitan
credit : kvbw.blogspot.com


You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p