Oh ayah, tak pernah ku tanya.... - sayidahnapisahdotcom Oh ayah, tak pernah ku tanya....
LightBlog

Oh ayah, tak pernah ku tanya....


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah, 
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung 
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak 
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak 
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa 
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan 
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna.


-Lirik Lagu Sentuhanmu by In-Team. (credit : http://liriknasyid.com/ )

Lagu ni dah lama sangat dah. Time aku kecik-kecik lagi. Yelah kecik-kecik layan lagu nasyid aje. Abi tak kasi layan lagu selain nasyid haha.

Ohh abi. Siapa abi? Abi is my dear father.

Kawan-kawan aku semua kenal abi. Siapa tak kenal meh habaq mai sikit. Maksud kawan di sini kawan sekelas lah atau kawan satu course. Sebab apa?

Sebabnya.. Kalau ada trip pergi memana atau ada aktiviti anjuran kolej/kelab/persatuan/jabatan di luar UPM atau luar kawasan sekolah, mesti abi tak bagi. Mesti ke? Takdelah mesti. Tapi peringkat yang boleh mencapai mesti haha. Dari kecil dah macam tu. Tak boleh pergi sana. Tak boleh pergi sini. Tak payah join aktiviti luar ni. Tak yah join aktiviti luar sana. Jarang sangat abi nak bagi permission keluar pergi mana-mana.

Oh jangan salah faham pula. Aku bukan tak puas hati. Hmm okay tipu. Tipu lah kan kalau aku tak puas hati dengan segala ke-tidak-boleh-an abi tersebut. Tapii nak buat macam mana. Tahu abi buat tu sebab nak protect aku. Kekadang aku fikir ohhh abi mungkin masih belum percaya kat aku. Tapi bila aku dah 22 tahun ni(pergh dah tua!) tu bukan lah sebabnya. Abi is just abi. Kakak-kakak dan abang-abang aku pun abi tegas. 

Sekarang ni aku dah malas nak tanya abi boleh tak nak join aktiviti ni, boleh ke tak nak keluar dengan kawan pergi sini, boleh ke tak nak pergi ceramah kat luar UPM, boleh ke tak nak join aktiviti kolej kat luar UPM. Malas. Sebab aku tahu jawapan dia apa. BIG CANNOT.

Nak memberontak? Nak merengek tak puas hati? Nak bangkang?

Aku mungkin boleh dikategorikan anak yang baik kot. Hahaha. Takde la boikot abi ke bagai. Dulu kecik-kecik memang biasa la nangis senyap-senyap kat tandas sebab sedih tak dapat pergi kem, tak dapat pergi jenjalan dengan kawan-kawan kelas, tak dapat nak bersuka ria dengan kawan-kawan, tak dapat nak join aktiviti sekolah kat luar. Tak berani nak bersuara pun bila abi kata tak boleh! Sebab dulu abi memang garang weh! Kecut perut. Bayangkan, dulu masa kecik sampai satu tahap aku suka kalau abi tak balik rumah. Kalau abi balik je, aku tak suka hahaha. Sampai macam tu sekali.

Tapi sekarang berbeza. Jangan salah faham maksud berbeza aku di sini. Perangai "cautios" abi dari dulu sampai sekarang sama. Abi tak kasi aku keluar sembarangan. Cuma sekarang longgar 0.0099% sikit. Kalau ada reason yang kukuh, baru boleh keluar haha. Berbeza di sini maksudnya dari kegarangan,ketegasan abi terhadap anak-anaknya. Sekarang aku takde lagi rasa tak suka bila abi balik rumah. Aku boleh bergurau dengan abi. Tak macam masa kecik dulu. Menikusss je semua bila abi bersuara garang. Sekarang abi sudah boleh dibawa berbincang. Kalau kena dengan hujah yang reasonable, abi boleh je terima. Abi sekarang lebih.. cool.

Tapi tegas tu tetap ada. Tegas dengan cucu haha. Anak buah aku start umur 4 tahun ke atas, memang nampak abi tegas dengan mereka. Anak buah pun  kecut perut bila abi dah keluar suara garang haha. Aku tengok gelak-gelak je. Sebab aku tahu perasaan anak-anak buah aku tu. Abi memang ada aura scary tu.

Sekarang ni hati abi lebih tersentuh. Lebih bersifat penyanyang. Lebih bertimbang rasa. Mungkin faktor usia. Ohh abi umur 52 tahun tak silap or 51 tahun haha confuse. Tapi still macho weh. Ramai yang kata umi abi awet muda. Well, tengok anak bongsu nya lah kan hehe. Ohh aku anak bongsu umi abi. Abi set nama aku "Anak Manja" dalam handphone beliau. Hehehe. Ramai kata aku anak manja abi. Ye, mungkin sebab aku selalu ada dengan umi abi sekarang kat rumah. So lebih banyak meluangkan masa bersama.

Pergh membebel pulak kan kat sini. Bukannya abi baca pun hahaha. Just nak share. Aku ada seorang abi yang tegas, berkarisma tinggi. Beliau tak perfect. Ye tak perfect. Tapi takpe. Semua manusia tak sempurna. Tentang beberapa perkara, biarlah beliau settle dengan Allah. Kita tak perlu nak menilai dan menunding jari lebi-lebih. Hanya mampu berdoa yang terbaik untuk beliau. After all, he is my father. Doakan yang baik-baik sahaja. 

Eh tetiba mood dah lain macam haha. Abaikan yang tu. Aku bersyukur. Ye aku patut bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih diberi masa untuk merasa nikmat seorang ayah. Merasa nikmat membesar dengan seorang ayah. Merasa nikmat dimarahi dengan insan bernama ayah. Merasa nikmat diberi nasihat oleh seorang ayah. Merasa nikmat solat berjemaah dengan insan bernama ayah. Aku wajib bersyukur dengan semua tu.

Bila aku sedih dan marah dengan abi bila ada masalah dengan abi contohnya tak kasi aku join aktiviti apa-apa, aku kena fikir balik. Reverse physicology. Takpelah. Nak marah/merajuk lama-lama pun, bukan dapat apa. Ada hikmahnya. At least aku masih ada ayah. Kat luar sana, berapa ramai sudah bergelar anak yatim. Kat luar sana, berapa ramai kena dera pukul dengan ayah. Kat luar sana, ada anak yang dibuang,dijual oleh ayahnya sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan aku, apalah sangat. Aku harus bersyukur dengan ayah aku sekarang. Dan sentiasa mendoakan beliau.

Selamat Hari Bapa, abi. 

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.

Okay dah stop! Hahaha. 

Selamat hari bapa juga kepada semuaaaa yang bergelar ayah. Anda memang terbaik :)




















Post a Comment

3 Comments

  1. abi kc ngn walid kak ummul lebih kurang sama karakter nyer..tpi syukur kita masih ada ayh kan..dia buat semua utk kebaikan kita..kerana syg..kalau dulu tak fhm,sekarang lepas dah jdi ibubapa kak ummul lebih fhm kenapa dan mengapa ayh kita tegas..

    ReplyDelete
  2. selamat hari bapa buat ayah awak dan bapa bapa yang lain :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p