#Cabaran20Hari LAGU RAYA PILIHAN : Siti Nurhaliza - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari LAGU RAYA PILIHAN : Siti Nurhaliza
LightBlog

#Cabaran20Hari LAGU RAYA PILIHAN : Siti Nurhaliza

#Cabaran20Hari LAGU RAYA PILIHAN


#Cabaran20Hari LAGU RAYA PILIHAN : Siti Nurhaliza
credit : www.bharian.com.my








Lagu Raya Siti Nurhaliza lah!

Hahahha. Dah minat Siti Nurhaliza kan, mesti lah favourite pun lagu Siti gituwww~

Koleksi lagu raya Siti Nurhaliza memang banyak antaranya Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri, Suara Takbir, Suasana Hari Raya.


Memangggg banyak sungguh. Tapi yang menjad pilihan di hati ialah Lagu Sesuci Lebaran. Time kecik-kecik dulu memang selalu sangat keluar lagu ni kat TV. Yang lawaknya, lagu tu keluar je, aku tengok TV. Aku tengok TV je, lagu ni keluar. Okay #lawakhmabar

Bila dah selalu sangat tengok, dah boleh hafal dah step-step menari Siti dalam lagu ni. Penari latar yang belakang empat orang perempuan tu pun dah boleh hafal. Muka penari latar belakang tu pun dah boleh hafal! Lirik lagu pun dah hafal. Berapa pasang baju yang tukar pun dah hafal. Siap boleh pilih mana satu penari latar belakang yang paling cantik. Hahahaha over sangat.

Lagu ni best dan catchy. Dari dulu sampai sekarang memang famous amos. So, time untuk karaoke! Jom ramai ramaiii! Dah siap bagi lirik kat bawah ni hehehe.



                     


Lirik Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza


Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-sesuci-lebaran-siti-nurhaliza.html#ixzz3fDLcxQKT



Entri #Cabaran20Hari sebelum ini:


1) apa erti puasa pada anda


2) pengalaman sahur yang tidak mencabar


3) resepi sahur paling ringkas -lempeng


4) menu wajib bulan puasa -ayam marbari


5) pengalaman pahit di bulan puasa -berbuka di saat akhir


6) pengalaman manis di bulan puasa -berbuka bersama


7) kuih kegemaran di bulan puasa -kuih sagu meleleh


8) amalan berbalas juadah di bulan puasa #throwback


9) kenangan terawih semasa kanak-kanak ngantuk tahap gaban


10) tetamu raya paling ditunggu-tunggu - para blogger



Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p