MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI - sayidahnapisahdotcom MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI
LightBlog

MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI

MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI


trust-his-plan
credit : hijabiz.tumblr.com


Haritu berbual dengan staff Bank rakyat yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Bila dah duduk dengan orang yang dah kahwin ni tak lain tak buka topik mesti pasal pasangan atau anak. Dua ni memang wajib rasanya haha.

Lepas tu bila mereka berbual tentang pasangan masing-masing, kita ni yang tak kahwin lagi diam je la kan. Tang pasal penjagaan bayi ke apa ke boleh la nyampuk sikit-sikit sebab ada anak buah kan. Bila becerita tentang pasangan, nak menyampuk kita ni takde pasangan lagi haha. Jadi, boleh menyampuk dengan persoalan je la. Macam-macam den tanya. Tanya macam mana kenal dengan pasangan, apa halangan sebelum kahwin, sebelum kahwin dengan pasangan sekarang ada ke bercinta dan sebagainya lah.

Memang syok dengar cerita masing-masing. Ada yang dah bercinta 5 tahun tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Ada yang hanya berkenalan beberapa minggu sahaja, terus setuju nak tunang lepastu kahwin. Ada yang perempuan ajak kahwin, bukannya lelaki haha. Macam-macam cerita dapat didengari.

Yang baik dijadikan panduan, yang kurang baik jadikan sempadan ye pesan mereka. Hehe. Bila dengar kisah mereka ni, macam terfikir pula macam mana pula la pengakhiran kisah cinta aku ni haha. 

Lepas dah borak banyak-banyak dan dah berjemahh banyak sangat, semua penat sebab banyak air liur dah keluar haha. Memandangkan mood keadaan masih bercerita tentang pasangan hidup, meh aku kasi soalan gempak dan mencabar sikit.

envy-quotes
credit : www.nismashop.tumblr.com




"Macam mana kita nak tahu dia tu jodoh kita?"


Mereka jawab

Mana kita boleh tahu dia tu jodoh kita ke tak. Mungkin yang kita kahwin tu bukan jodoh kita pun

Okay okay tukar soalan. 

"Macam mana kita tahu dia ialah pasangan yang benar untuk kita kahwini?"


Dan mereka menjawab dan secara kesimpulannya yang saya boleh simpulkan dari jawapan mereka..

Ikut arus. Go with the flow. Sebab perasaan kita yakin ke tak dia pasangan untuk kita kahwini tu datang dengan sekelip mata. Tak dirancang. Jika kena dengan gaya nya, hati kita automatik akan terbuka untuk setuju berkahwin dnegan dia. Jika keadaan semua lancar dan restu semua ada, kita ikut je flow.Kita kahwin je dengan dia. 

Ohoo tu jawapan nya. Tapi itu adalah antara jawapannya. Dan kita biasanya kalau nak lebih bagus lagi, boleh buat sembahyang istikharah . Mintak petunjuk yang benar dari Allah. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita. 

allah-knows-what-the-best
credit : www.pinterest.com



Aha!

Pernah lah dengar seorang ni ...beri satu tips mudah untuk benar-benar tahu & yakin dengan siapa kita nak kahwini. Tips diaaa ialah .. 
Bila orang tanya kepada kita dengan siapa kita nak kahwin,orang pertama yang muncul dalam fikiran kita tu lah jawapannya.

Logik tak? Logik tak? Tapi jangan la pergi bayang laki/perempuan orang pula ye. Hahaha.

Itu sahaja. Semoga entri ni ada manfaatnya :)

life-quote
credit : ellalwani.blogspot.com





Post a Comment

8 Comments

  1. susah untuk jawab semua persoalan tu. sebab kita sendiri pon tak pernah tahu jawapan dia.. senang cita, ikut kehendak hati dan solat istikharah banyak2. insyaallah..

    ReplyDelete
  2. kalau dia tu jodoh kita, semuanya mudah dan lancar.. walau ada sedikit halangan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Allah dan aturkan semua..peranan kita usaha dan doa je..in sya Allah. .

    ReplyDelete
  4. Yakin Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  5. the same answer when I asked that questions to my abah... ^_^

    ReplyDelete
  6. Sampai sekarang masih tertanye-tanye siapakah "dia".. hihi..

    nway kite tagged KC kt sini.. :-

    http://www.masturadin.com/2016/01/pencarian-mega-bloglist-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p