REVIEW : ANT-MAN (ENGLISH MOVIE) - sayidahnapisahdotcom REVIEW : ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
LightBlog

REVIEW : ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)

 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)



Director: Peyton Reed
Writers: Edgar Wright, Joe Cornish, Adam McKay
Stars: Paul Rudd, Michael Douglas, Evangeline Lilly, Patrick Wilson, Corey Stoll

Film action barat berjudul “Ant-Man” ini menceritakan tentang seorang ilmuwan bernama Hank Pym ( Michael Douglas ) yang menciptakan sebuah serum yang dapat membuat tubuh pengguna serumnya mengecil seperti semut. Scoot Lang ( Paul Rudd ) seorang pencuri harus membantu Hank yang sebagai gurunya juga. Hank memberikan kesempatan kepada Scoot untuk menjadi pahlawan yang diberi nama Ant-Man.


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Watak jahat dalam movie ni. Boleh tahan juga jahat dia ni. Rasa nak penampo pun ado. Haha. Dia telah mengkhianati gurunya sendiri, Hank dengan mencuri idea gurunya tersebut dan membuat idea itu menjadi kenyataan. Di situ lah konflik berlaku.


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Si hero terpaku bila terjumpa sepasang sut yang tidak berharga sebagai hasil perompakan yang teliti dibuat oleh beliau dan kawan-kawan seperjuangan. Punya lah susah payah membuka bilik kebal orang kaya tu (sebenarnya rumah yang mereka rompak itu ialah rumah Hank dan sebenarnya semua telah dirancang oleh Hank sehingga boleh membawa si hero untuk sampai ke rumah beliau), tetapi apabila bilik kebal sudah dibuka, sut ni sahaja yang dijumpainya.


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Ni ialah satu-satunya part sedih dalam movie ni bagi aku. Sedih sehingga boleh membuatkan penonton mengalirkan air mata dan antaranya ialah aku huhu. Part ini adalah bila si ayah bercerita kepada heroin sebab yang sebenar emak nya mati. Tetapi tidak lama selepas sesi meleleh air mata, hero telah spoil kan mood sedih itu dengan tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah perbualan si heroin dengan ayahnya tersebut. Semua di dalam panggung wayang ketawa ketika babak "spoil" itu. Haha.


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Dushhh! Dengan satu tumbukan sahaja oleh heroin, hero dah macam nak pengsan hahah. Memalukan!


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Heroes don't get any bigger. Nak tahu keseluruhan dan pengakhiran cerita ini, pergi lah nontonnya di panggung ya!


 ANT-MAN (ENGLISH MOVIE)
Pada sesiapa yang nak menonton Ant-Man  di panggung wayang, memang saya sokong. Saya bagi 4 bintang bagi movie ni. Kelakar sedih aksi semua ada. Tidak rugi menontonnya :)



Post a Comment

3 Comments

  1. lama x tgk cerita action , anak layan kartun je. mak pun naik hafal

    ReplyDelete
  2. Lamanya Cik Mimie tak pergi tengok wayang...huhu

    ReplyDelete
  3. not bad la Ant Man ni. kelakar memang serius kelakar

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p