Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula - sayidahnapisahdotcom Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
LightBlog

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula


Semalam terima satu message ni di group whatsapp family. Harapnya sahih lah. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah kanser.

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
gambar hiasan
(credit to : www.merdeka-online.com)

Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula?


Cara nak pastikan minyak masak adalah kitar semula atau tidak mudah sahaja. Caranya letakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tahu minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula

Cara Senang Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula


Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur-sayuran. Jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.

Haaa mudahkan dua cara ni untuk pastikan minyak masak tu asli atau kitar semula. Tapi rasanya saya biasa masak guna minyak masak di rumah takdelah pulak bila goreng tu jadi merah. Jadi agak-agak hitam ada lah. Hangus! hahahahaha. 

Okay selamat menge-test!

Daa~wassalam :)

Post a Comment

10 Comments

  1. Satu tips yang terbaru dalam hidup ena.. Lepas ni boleh try.. Terima kasih share

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ni..bahayakan...

    ReplyDelete
  3. Oh macam tu..baru akak tau....haih ayat yang bawang putih jadi hitam tu memang x leh blah la KC...buat akak gelak je...

    ReplyDelete
  4. memang ada minyak masak kitar semula ni dijual?
    kalau rumah sendiri, memang biasa sangat kitar semula...hehe

    ReplyDelete
  5. baru tau, tapi kan kadang kadang,. kalau beli minyak masak dalam plastik kecik tu mesti macam kurang lutsinar nye nak berbanding dengan dalam botol. macam bersih sikit kan?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p