http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

dah nak bersalin dah weh!

By 9:09:00 PM , ,

Assalamualaikum!

Haaa sape yang nak bersalin ni weh? Bukan temann yee. Tapii kakak ipar teman yang tunggu masa je nak bersalin ni~Namanya Kak Nini. Kandungan dah nak cecah 10 bulan dah! Ahad ni kandungan dah 10 bulan. 

Tapi katanya tadi, malam semalam dah rasa false contraction. Aku mula-mula macam blur kejap. Macam mana tahu contraction tu false ke true. Kata kak nini rasa sakit tu kejap datang kejap pergi. Sakit dia tu kak nini kata macam period pain. Haa period pain. Period pain tahu kan? Haa yang lelaki jangan angguk pulak sebab tak pernah rasa haha. Yang pernah rasa period pain tu boleh bayangkan lah. Sakit dia tu rasa macam mencengkam tulang belakang, di bahagian pinggang. Tadi tengok kak nini tahan sakit time contraction sampai merah muka menahan. Tu baru contraction. Bersalin nanti mesti lagi merah kan muka plus menjerit-jerit lagi kan.

Sekarang ni dah semakin kerap pulak contraction tu datang. Darah pun dah ada keluar. Tapi degil tu taknak pergi hospital haha. Sedang menunggu hubby dari johor sekarang. Iyelah mereka ni PJJ (perhubungan jarak jauh). Sorang duduk Shah Alam sorang duduk Johor.

Umi kata malam ni atau esok maybe bersalin. Dah siap-siap beg semua dah. Menunggu masa je. Tapi kak nini taknak pergi hospital sekarang. Katanya tunggu contraction tu besar sikit hahaha. Macam-macam lahai. Asalkan jangan terberanak kat rumah sudah. Siapa nak sambut nanti baby haha. Den tak reti!





dah nak bersalin dah weh!
abangder dan kaknini


Si abang yang risau nak menyambut anak pertama ni diberi nasihat oleh dua kakak yang sudah berpengalaman :

1) Pastikan nini bawa beg ibu dan anak.
2) Bawa buku merah.
3) Pergi kaunter dewan bersalin. Beritahu isteri rasa nak bersalin dah.
4) Bagi buku merah.
5) Nanti nurse akan tahan nini sorang, suami tunggu luar.
6) Doktor akan check bukaan rahim nini. Kalau takde apa lagi, doktor suruh balik. Kalau dah buka, tunggu la sampai 9cm.
7) Kalau isteri bersalin normal, suami boleh teman. Ceaser(pembedahan) tak boleh teman.

Perghh mesti berdebar kan nak lahir anak pertama. Harap la dapat rasa detik manis lahirkan anak sendiri ni hehe. Aminn. Manis ke? Yelaa manis. Tak sabar rasanya nak rasa sakit bersalin ni sebab lepas bersalin kan semua dosa akan digugurkan. Wah indahnya!

Doakan kak nini saya melahirkan dengan selamat ye! :D

Daa~wassalam.

You Might Also Like

8 comments

  1. semoga akak ipar da bby selamat bersalin dh dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. ena pon tunggu hari je ni syahidah..dah 36w...

    ReplyDelete
  3. Hehe lawak tengok gambar tu.. apapun, semoga kakak ipar selamat melahirkan anak, semoga Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  5. Wahh sayidah nak dapat anak sedara baru la ni. Tahniah in advance. Baru je tulis entri mengenai checklist sebelum masuk labor room semalam.

    ReplyDelete
  6. dah lahir kan? anna sofea kan nama baby? sebab akak kenalan ayie. anyway, tahniah dapat anak sedara baru!

    akak pun tengah tunggu hari, thanks bgi tips utk ke hospital tu....informasi yang bagus!

    ReplyDelete
  7. Semoga di permudahkan kak nini adik yer....

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.