KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA - sayidahnapisahdotcom KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
LightBlog

KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA

KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA


SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA



Pelajar-pelajar boleh mengemukakan tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya telah memenuhi syarat-syarat berikut :


1) Membuat permohonan dengan mengisi borang Tuntutan Elaun Latihan Amali (borang tuntutan elaun praktikal boleh didapati di bangunan Hal Ehwal Pelajar(HEP)-bahagian akademik di tempat pengajian atau download di SINI).
 Sila catatkan rujukan fail JPA (No. KP)

*Nota : Hanya untuk latihan amali di dalam negara(Malaysia) sahaja
*Nota : Hanya untuk pelajar tajaan JPA SAHAJA

2) Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas Latihan Amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan sebaik tamat tempoh latihan)

3) Permohonan tuntutan perlu dihantar segera sebaik tamat Latihan Amali  - bayaran hanyalah untuk semester semasa sahaja. Kelewatan pelajar di dalam  mengemukakan tuntutan tersebut akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.

4) Surat pengesahan (dengan 'letter head' majikan), cop dan tandatangan majikan  tempat pelajar membuat Latihan Amali (pengesahan di dalam jumlah hari kedatangan  - sertakan salinan kad perakam waktu / pengesahan kedatangan yang disahkan oleh majikan jika ada)

5) Maksimum hari yang boleh dituntut untuk Latihan Amali ini ialah 90 hari bekerja sahaja (tidak termasuk cuti hujung minggu , cuti-cuti umum atau hari kelepasan am)

6) Jarak tempat Latihan Amali dengan tempat pengajian hendaklah melebihi 25 km (sekiranya Latihan Amali dibuat di universiti masing-masing, tuntutan tidak layak dibuat) - jika kurang tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

7) Bagi pelajar yang menjalani Latihan Amali di Jabatan / Agensi Kerajaan, perlu membuat tuntutan kepada majikan sendiri (RM15.00 sehari oleh majikan -rujuk surat edaran Bil. 10 Tahun 2011) - sekiranya tiada elaun , wajib sertakan surat pengesahan majikan ('letter head' majikan) memaklumkan tarikh mula ,tarikh tamat dan pengesahan bahawa tiada elaun diberikan sepanjang tempoh Latihan Amali

nota tambahan : kalau kita dah dapat elaun praktikal di tenpat praktikal (kerajaan), kita tak boleh minta dah. tapi kalau swasta, kita boleh minta.

8) Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat di atas sahaja yang akan diproses.


Nota : Saya tak minta elaun praktikal kat JPA sebab saya dah dapat elaun praktikal di tempat praktikal saya di Bank Rakyat Seremban (swasta). Tapi ada je orang yang dah dapat elaun praktikal di tempat praktikal bila mintak kat JPA, dapat je. Ada juga orang yang jarak tempat praktikal dengan tempat pengajian tidak pun melebihi 25 km, tapi bila mohon dapat je. So, kalau ada syarat di atas yang anda tidak ada boleh je try mohon kot-kot ada rezeki kita kan lepas hehe.

maklumat tambahan dari seorang hamba Allah ni:

Hi semua. Memandangkan sy dah melalui proses ini tahun lepas, sy cuma bercakap ttg permohonan elaun jpa bg latihan industri/praktikal/internship/attachment and whatever you call it, particularly on one thing iaitu pengesahan kehadiran ke tempat latihan.
Ada dua (2) keperluan bg pengesahan ini, iaitu 
(i) surat pengesahan penyelia di tempat latihan; dan
(ii) bukti kehadiran (spt punch card dsbg).

Bg item (i), saya sendiri yg sediakan surat tersebut, diprintkan dengan kepala surat (letterhead) tempat latihan, kemudian penyelia saya akan tandatangan.

Bagi item (ii) pula, kebanyakan badan/semi/bukan kerajaan sememangnya ada punch card, tp masih ada juga tidak mempunyai sistem punchcard. Saya mengalami kes spt ini memandangkn saya menjalani latihan di firma guaman kecil.

Jadi jika tempat latihan anda tiada sistem kehadiran yg dicatatkan, anda perlu mengambil inisiatif sendiri utk buat log kehadiran anda dari hari pertama sehingga hari terakhir latihan beserta tandatangan penyelia. Tiada format tertentu, saya sendiri buat log kehadiran (jadual) secara bulanan, dan saya sign setiap hari dan dipenjuru muka surat saya sediakan ruang utk penyelia saya sign. Langkah terbaik adalah utk ambil tahu sedari awal sama ada tempat latihan anda ada sistem punch card/log kehadiran, so blh sediakan awal-awal.

Last but not least, setiap dokumen dan salinan dokumen yg kita kemukakan utk permohonan nnt memerlukan pengesahan tandangan dan stamp penyelia, maka selagi boleh selesaikan kerja-kerja tersebut sebelum habis latihan. Supaya tak ada masalah utk ulang-alik semula ke tempat latihan bg kerja-kerja macam tu bila semester dah bukak, terutama utk mereka yg menjalani latihan di tempat tinggal msg2 dan jauh dr universiti.

Friendly reminder, post saya cuma berkenaan pengesahan kehadiran. Banyak lg langkah2 dan syarat2 yg harus diikuti. Maaf saya tak dapat cover semua, harap anda rujuk betul2 dekat portal.
Maaf penulisan saya meleret, harap info ini dapat membantu mereka yg akan/sedang/telah menjalani LI dan memerlukan.
Terima kasih.
.................

KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Contoh surat pengesahan majikan
credit to : Eleena Abd Wahab
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LI JPA yang baru (berkuatkuasa mulai 1 September 2016) boleh baca di SINI !
Entri menarik lain :


Post a Comment

21 Comments

  1. assalamualaikum..nak tanye..surat pengesahan daripada penyelia tu,surat yg menyatakan kita tak dapat elaun ke sepanjang praktikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.tak silap sayaa..surat pengesahan menyatakan kita praktikal di situ.

      Delete
  2. Salam nak tanya. Macam mana prosedur nak claim elaun dengan majikan yang RM15 tu ye? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kena buat surat dan sertakan carta kedatangan kita sepanjang LI di situ.

      Delete
    2. Salam. Nak Tanya. Untuk semester latihan industri, adakah elaun tetap masih lagi dibayar kepada kita?

      Delete
  3. Salam. Ada persoalan. Untuk semester latihan industri, adakah elaun tetap masih lagi dibayar kepada kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.Memandangkan saya buat latihan industri time saya cuti semester (3 bulan), jadi saya tak sure. tapi kalau fikir logik, elaun tetap masih dibayar untuk semester latihan industri (6 bulan)

      Delete
  4. salam borang-borang tersebut nak hantar kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. hantar ke alamat HQ JPA. boleh lihat di dalam gambar di sudut atas.

      Delete
  5. salam , nk tnya kalau tmpt prktikal tidak ada punch card, mcm mna nk buat surat mngenai khdiran kita? ada sbrang contoh rujukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. buat je log kehadiran kita di atas satu kertas. tak kisah format apa-apa pun asalkan menunjukkan kita hadir pada hari tersebut. dapatkan tandatngn penyelia (mungkin dengan cop sekali) pada hari tersebut di log kehadiran sebagai bukti.

      Delete
  6. salam, nk tanya ye kalau pasal punch card tu nk photostat je ke punch card tu bukti khdrn kita? kalau tak ada punch card, kne buat surat pengesahan tapi dlm tempoh 3 bulan je kan? sbb rujukn diats seolah-olah untk 5 bulan

    ReplyDelete
  7. salam, dkt borang tuntutan tu perlu srtakn jumlah yg dituntut ,brapa jumlah yg prlu dimasukkn? atau darab shja 15 x 90 hari?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum. jika seperti saya yg menjalani latihan industri selama 3 bulan di semestar akhir. tapi diberi elaun oleh majikan swasta. layak ke sy nak mohon utk elaun latihan amali dri jpa sdgkn majikan sy beri elaun bulanan. dan jarak rumah ke tmpr kerja dlm 23 km sahaja. mohon pendapat ye . terima kasih

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. jika seperti saya yg menjalani latihan industri selama 3 bulan di semestar akhir. tapi diberi elaun oleh majikan swasta. layak ke sy nak mohon utk elaun latihan amali dri jpa sdgkn majikan sy beri elaun bulanan. dan jarak rumah ke tmpr kerja dlm 23 km sahaja. mohon pendapat ye . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.Kalau mengikut syarat2 permohonan elaun latihan amali yang terbaru yang berkuatkuasa mulai 1 September 2016 (awak boleh check di link sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/permohonan-tuntutan-elaun-latihan-amali-jpa.html), awak tak lepas syarat.

      Tapi bagi saya, awak boleh je try. Kot-kot lepas. Tapi kalau tak dapat, jangan kuciwa hehe.

      Delete
  10. nak tanya nti mcm mana nk nk masukkn duit klau dh berjaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak tahu ye? boleh tengok tarikh kredit di akaun myself JPA.

      Delete
  11. Hi, sekarang masih guna format ini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. format baru [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]:
      http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/tuntutan-elaun-latihan-amali-li-elaun-tesis-jpa.html

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p