http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

SATU ENTRI PALING SUKA DI notapurba.com

By 12:01:00 PM , ,

SATU ENTRI PALING SUKA DI notapurba.com 


Siapa Nota Purba?


Once upon a time, I was hit by a car, which turned my body into a jigsaw puzzle


Tu header Nota Purba. Nak tahu apekebendaa blog Nota Purba ni boleh lawat blog beliau di www.notapurba.com . Malas nak puji selalu tau tapi like always, penulisan dia sangat bermakna sehingga aku rasa aku nak otak dia sebab boleh keluarkan ayat-ayat yang sangat meaningful.

Salah satu entri yang paling aku suka daripada notapurba.com ni ialah Edensor - Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. Baru sahaja awal bulan ni dia menulis entri ini. Di bawah ini ialah full entri Edensor tersebut.

Edensor - Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu

Aku ingin mendaki puncak tantangan, menerjang batu granit kesulitan, menggoda mara bahaya, dan memecahkan misteri dengan sains. Aku ingin menghirup berupa-rupa pengalaman lalu terjun bebas menyelami labirin lika-liku hidup yang ujungnya tak dapat disangka. Aku mendamba kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bereaksi satu sama lain seperti benturan molekul uranium: meletup tak terduga-duga, menyerap, mengikat, mengganda, berkembang, terurai, dan berpencar ke arah yang mengejutkan. Aku ingin ke tempat-tempat yang jauh, menjumpai beragam bahasa dan orang-orang asing. Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengarungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, limbung dihantam angin, dan menciut dicengkeram dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh dengan penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup! - Sinopsis buku Edensor Karya Andrea Hirata
buku edensor andrea hirata
Kulit Buku Edensor - google image


Edensor - Memeluk Mimpi


Hai para ulat buku!! Mari bercerita lagi tentang buku.

Banyak yang kita boleh belajar dari sebuah buku. Sebuah buku yang tepat dengan pembacanya,yang ditakdirkan untuk bersemuka, mampu untuk membawa atau menggerakkan hidup pembaca tu pada garis hidup tertentu. Ini bergantunglah pada isi yang terkandung dalam buku tu dan magnet yang melekatkannya pada diri kita. Yelah,magnet kita lain-lain, kadang boleh melekat, kadang menolak pulak.

Kali ni aku nak tulis tentang pengaruh atau teladan dari salah sebuah buku masterpiece nukilan Andrea Hirata, berjudul 'Edensor'. Terus terang kabor, sinopsis yang terletak di belakang kulit buku tu pun dah cukup menyelerakan, jadi aku tak nak sentuh sangat tentang jalan cerita. Ada sapa-sapa kisah?

Terus kepada pengaruh dan teladannya :

1. Peluklah mimpi erat-erat seperti nyawa. Tak kiralah sewaktu tidur, atau sewaktu jaga. Biasanya kita hanya berani bermimpi saat kita tidur, bila terjaga.. takut untuk mencapai mimpi,takut dan segan-segan. Lalu, berterusan lah dengan kehidupan rutin. Dengan buku ni, aku lebih cerdas dalam bermimpi dan kena teguhlah, itu yg mencabar. Kerana jika kita sentiasa teguh dengan mimpi kita,tuhan akan membantu. Sama ada tuhan membantu secara nyata mahupun secara misteri.

Seterusnya membuat aku terfikir, sekuat mana aku mampu memeluk erat mimpi ? Sejauh mana garis batasnya untuk dibebaskan?

2. Pergilah mengembara, merantau ke tempat orang. Maknanya keluarlah dari zon selesa dan campakkan diri ke curam-curam kehidupan untuk membangkitkan potensi dalam diri kita. Orang kita pun selalu cakap jauh perjalanan luas pemandangan luas pengalaman bla bla bla. Benda ni memang klise, tapi sesungguhnya sangat tepat pada maksudnya. Buku ini menjadikan aku lebih berani dan tak takut gagal. 

"Berkelana tidak hanya telah membawaku ke tempat-tempat yang spektakuler sehingga aku terpaku, tak pula hnya memberiku tantangan ganas yang menghadapkanku pada keputusan hitam putih, sehingga aku memahami manusia seperti apa aku ini.

Pengembaraan ternyata memiliki paru-parunya sendiri, yang dipompa oleh kamampuan menghitung setiap resiko, berpikir tiga langkah ke depan sebelum langkah pertam adiambil, integritas yang tak dapat ditawar-tawar dalam keadaan apapun, toleransi, dan daya tahan. Semua itu lebih dari cukup untuk mengubah mentalitas manusia yang paling bebal sekalipun."

3. Takdir hidup tu macam cantuman puzzle, memang pening,tapi lambat laun akan faham. Tapi soal faham ni biasanya dianugerahkan kepada orang yang sabar, orang yang gelabah selalu terlepas pandang. Selepas membaca buku ini, apapun yang terjadi akan terjadi, terus terjadi, aku perlu terus maju sampai menjadi. 

Dan beberapa lagi lah, yang aku nyatakan di atas ni kiranya yang perdana.

Akhir kata,buku Edensor ni, menakjubkan sehingga hilang kata-kata tatkala selesai membacanya, sememangnya juga memberi banyak pencerahan kepada aku pada suatu masa dulu. Aku rasa seperti mahu membaca semula buku ni, bagi mencari bekal cahaya dalam menyuluh selekoh kehidupan. 

Suasana kelam ni,
 buat aku banyak terpijak batu tajam. 


"Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah tiga hal ini: sekolah, banyak-banyak membaca Al Qur'an, dan berkelana/menggembara." 

Falsafah kebahagiaan ; "Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; janganlah bersedih kerana kau hanya akan bersedih sendirian." 

- See more at: http://www.notapurba.com/2015/09/buku-edensor-andreahirata.html#sthash.JHXTlENN.dpuf



Haaaa best tak best tak? 

Suasana kelam ni, buat aku banyak terpijak batu tajam

Sangat suka ayat tu. Kelam sebab apa? Hati tak berapa nak bercahaya. Tidak dipenuhi dengan cahaya kebaikan dan positif dan kebergantungan pada Allah. Bila kelam, banyak lah yang kita buat salah kerana hati tidak dipandu oleh-Nya. Membawa kita menuju ke arah yang salah dan kurang betul. 

Cehh nak buat ayat ala-ala sastera macam Nota Purba sebenarnya hahaha. Tapi macam apa je kan. Takpelahh practice makes perfect kan hehe.

Okay laaa jangan lupa follow dan komen entri di

notapurba.com
notapurba.com 
notapurba.com 
notapurba.com 
notapurba.com 
notapurba.com 

Adioss~ wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Ingat Instagram ke repeat suh folo banyak kali tu? hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa..idea bagus tu nak suh org follow..

      Delete
  2. jiwang kc leh tandingi nota purba. usaha lagi. lalalalaa

    ReplyDelete
  3. insap bila kc cakap tetang kelam hati, terpijak batu tajam.

    terasa ouuchhhh, sakit tu di dalam hati

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.