Langkah-langkah memohon BRIM Online - sayidahnapisahdotcom Langkah-langkah memohon BRIM Online
LightBlog

Langkah-langkah memohon BRIM Online

Langkah-langkah memohon BRIM Online 

Langkah-langkah memohon BRIM Online 2016


Tarikh BRIM Online 2016 Buka Pada 5 Disember


Menurut balasan email official dari lembaga hasil br1m@treasury.gov.my, orang ramai diberitahu bahawa tarikh pembukaan BRIM online tahun 2016 jatuh pada 5 Disember. Sebelum ini terdapat banyak keliruan akibat berita palsu luas disebarkan di facebook. Berlainan daripada tahun-tahun yang lepas, BRIM 2016 tidak membuka pendaftaran online pada hari pertama bulan Disember.
Untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa permohonan, pendaftar boleh menghubungi pihak yang berkenaan melalui contact yang tertera dalam gambar di bawah ini.
brim 5 disember
Jumlah dan kelayakan
RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih
RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000

* Diingatkan telefon bimbit atau ipad tidak dibenarkan untuk membuat kemaskini / pendaftaran online. Sila menggunakan PC sahaja.

Langkah-langkah memohon BRIM online

1 : Di laman ebr1m(klik SINI) tekan “Permohonan baru”, masukkan nombor IC untuk log masuk.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
2. Anda akan diberi 2 soalan untuk menguji sama ada anda pemilik nombor IC yang dihantar tadi.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
3. Sekiranya anda silap 3 kali, anda akan dihalang untuk membuat sebarang perubahan maklumat.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
4. Setelah berjaya masuk, anda perlu mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan lain-lain.
* Nama pemilik akaun bank mestilah sama dengan nama pemohon BRIM. Satu akaun bank dibenarkan hanya untuk satu permohonan sahaja.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
5. Langkah seterusnya (bahagian B) ialah mengisi butiran tangungang dan melaporkan pendapatan bulanan ahli-ahli keluarga. Sekiranya anak-anak masih belum bekerja, isikan ruang pendapatan dengan nilai kosong.
Kepada penjaga tunggal (contohnya anda seorang yang telah bercerai), untuk melayakkan diri dalam kategori keluarga, isikan nama tanggungan juga.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
6. Seterusnya di bahagian C, isikan nama bagi penerima skim khairat kematian. Pemberian RM1000 kepada pewaris sekiranya pemohon meninggal dunia. Perlindungan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
7. Masukkan kod keselematan yang dipaparkan di sebelah kiri dalam ruang yang ditentukan dan tekan “hantar”.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
8. Anda akan terima suatu popup bagi mengesahkan pemberian maklumat yang diberi adalah jujur dan tetap.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
9. Akhir sekali kotak alert ini akan keluar sekiranya permohonan anda berjaya dihantar.
Langkah-langkah memohon BRIM Online
10. Anda juga boleh cetak untuk tujuan backup.
Kaedah pembayaran BRIM 2016 masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Kemungkinan wang akan disalurkan ke dalam akaun bank tiap-tiap bulan sepanjang tahun.
Semoga berjaya!
info lanjut : http://br1m.net/

Post a Comment

9 Comments

  1. e'in tak kemas kini lg.. nak buat laa jap lg..

    ReplyDelete
  2. Nk tnya jugak..kalau pelajar berumur 21 tahun pada tahun dpn dan tidak pernh memohon Brim ni pertama kali, boleh tak mohon tuk kategori bujang?tapi saya tak kerja..cam na ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa boleh je mencuba untuk memohon. kalau tak kerja, beritahu kita tak bekerja.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p