http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

By 11:00:00 PM

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0
KLIK BANNER UNTUK JOIN

1.   Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?

Sejak tingkatan 5 (2010). 

Kenapa nak jadi blogger? Mula mula tu sesaja je sebab nak ikut kawan-kawan. Macam syok la pula kan tengok kawan-kawan ada blog. Follower ribu riban. Komen dekat satu entry dorang boeh tahan. Tu yang terdetik nak buat blog jugak.

Lepastu nak jadi blogger sebab nak komen kat entri blog orang lain. Senang la sikit kan nak komen entri blog orang kalau ada blog sendiri hahaha. 

Lepastu lama-lama macam dah matang sikit tu, fikir aku nak jadi blogger sebab aku nak bagi informasi yang berguna kat orang lain. Aku nak share apa yang aku tahu. Aku nak share apa yang patut orang tahu. Aku nak share benda yang aku rasa lagi bagus kalau ramai-ramai tahu information tu. Aku nak orang dapat at least sikit ilmu dari blog aku ni. Macam tu lah niat saya. 

Dan sekarang ni saya dah ada tempek juga Nuffnang di blog. Dulu takde. Sekarang juga dah tempek banner iklan kat blog. Sebab tengok ada ramai blogger buat duit dengan blog. So apa salahnya kan saya grab peluang yang ada untuk jana duit online dan menjadi seperti beberapa blogger yang buat duit yang banyak dari berblogging.

2.   Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?

Kekadang daripada pemerhatian sekeliling kita. Daripada perbualan tiap tiap hari dengan kengkawan kat group pun boleh mencetuskan idea kita untuk buat entry. Daripada gambar-gambar di media sosial pun boleh cetuskan idea untuk buat entry. Kalau rasa takde masa sangat nak update tapi rasa nak update, join lah mana-mana giveaway atau segmen. Macam yang saya tengah buat sekarang ni hahaha. 

3.   Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Bergantung pada isi entry tersebut. Kalau review atau fakta atau resepi memang lama lah sikit nak buat ayat semua. Tapi kalau lebih kepada perasaan sendiri atau pengalaman sendiri atau personal atau kata-kata hikmah/quote/kata motivasi tak ada lah lama sangat sebab kita lebih kepada membebel atau bercerita secara santai.

Kalau entry giveaway memang sekejap je lah. Lagi-lagi kalau dah ada bagi coding entry memang copy paste jelah. Just ambil masa tang dekat nak follow blog, instagram twitter semua tu lah.



And thats all. Akhir sekali saya tag Dunia Cik Akak :D



You Might Also Like

4 comments

  1. salam,
    jom tukar link blog.
    saya dah masukkan link blog anda ke
    http://www.kembaraminda7.com/
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sayyidah...

    Akak pula...nak mengarang tu yang tak berapa pandai...huhuhu...berjam2 juga...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.