http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

By 11:59:00 PM

 #SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia


 #SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia


Okay 30 Dec 2015 11:50PM

Ada masa 9 minit je nak karang karangan SIAPA AKU ni. Disebabkan nak sangat join tapi last minit sebab baru habis study esok nak final exam huwarrghh doakan den.

Okay straight to the point siapa aku?

Aku SAYIDAH NAPISAH BINTI MAR RAMLI. Umur 22 tahun tapi muka awet muda macam 15 tahun badan pendek 'comel' sampai siapa tak kenal aku kata aku budak sekolah rendah. HOHOHO tak tahu nak bahagia ke tak orang kata aku macam budak sekolah rendah.

Aku suka baca Novel, Buku Agama, tengok cerita apa apa jelah. Suka tonton RunningMan, cerita hantu, rancangan-rancangan Korea. Aku suka baca Novel apa apa lah genre. Romantik ke seram ke khayalan ke keagamaan ke. 

Aku punya pipi tembam. Pipi aku kemerahan. Pipi aku selalu je merah sampai orang kata aku pakai blushing tapi aku blusher pun takde. Bibir aku pun merah semulajadi sampai orang ingat aku pakai lipstik padahal aku bukan jenis makeup punya orang. Sekadar krim dan bedak dan buh air liur sikit dekat bibir hahahaha. Tu yang merah bak hang.

Aku suka ketawa. Aku suka senyum dan sangat suka senyum nampak gigi sebab gigi aku cantik alhamdulillah. Putih pun putih. Bila aku senyum nampak gigi aku lagi confident sebab ramai puji aku comel. Okay perasan comel jap hahaha. Aku suka jugak buat orang ketawa. Aku suka kalau orang ketawa dengan jenaka aku. Kerana aku suka tengok orang ketawa a.k.a lepaskan stress. Well, orang kata ketawa boleh buat orang awet muda.

Okay 11:56PM. Lagi 3 minit huwarghhh.

Okay orang kata aku SANGAT positif. Padahal aku bukan lah orang yang positif sangat. Tapi ustaz akat kalau nak positif kita suruh orang positif dulu. Aku suka positifkan diri sendiri dan positifkan orang lain.

Aku suka berkawan. Aku suka berborak. Aku peramah. Aku sangat friendly. Aku sangat cepat rapat dengan orang. Tak kira laki atau perempuan. Laki pun aku layan sama rata dengan perempuan. Ramah pun sama je. Sehingga aku pernah digelar playgirl sebab rapat dengan lelaki padahal secara faktanya kalau aku rapat sangat dengan laki tu maksudnya boleh berbual face to face dengan tak malunya maksudnya aku tak CINTA dia. aku anggap kawan je hehe. Okay habis masa.

Aku bagi randomly gambar je eh. ahahha, Kbai nak submit hoyeah!


Matrikulasi Selangor









Tempat den belajo-UPM



Abi den

Umi den


Tempat praktikal den - Bank Rakyat Seremban


Abang den








You Might Also Like

3 comments

  1. Senyum mu menawan sis. Huhu. Goodluck untuk Final Exam ! :D

    ReplyDelete
  2. Congratulation win :)

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/tahniah-tahniah-tahniah-from-kalia.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.