January 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, January 29, 2016

January 29, 2016

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

Kita memang tak terlepas dengan emosi. Perasaan marah. Bingung. Sedih. Berfikiran negatif. Rasa takut. Tidak percaya pada diri. Suka menyalahkan orang lain. Mudah berkecil hati. Mudah tersinggung. Suka berfikir yang bukan-bukan. Cemburu tidak kena pada tempatnya. Ye kita semua tak terlepas dengan semuaaaa perasaan emosi dan permainan jiwa ni. Lagi-lagi golongan wanita yang mudah dihidapi dengan penyakit jiwa ini. Tapi sedarkah kita bahawa perasaan emosi yang tidak stabil ini mampu membawa kesan yang buruk kepada kita? Tahukah kita bahawa jika kita membiarkan emosi jiwa kita terganggu dengan perasaan-perasaan ini, ianya akan membawa kesan yang tidak baik pada diri kita sendiri?

credit to : monster-bego.blogspot.com

13 info mengenai emosi jiwa dan kesannya


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.
2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : users2.unimi.it

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.
5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.
7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ). 


9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
11. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : ismifaden.blogspot.com

12. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).
13. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih ) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” 
By : Dr. Masaru Emoto.



Kalau berlaku dalam diri kita perasaan emosi dan negatif ini, kita jangan salahkan sesiapa tetapi salah kan diri kita sendiri kerana kita yang memilih untuk merasa yang sedemikian rupa. Kita yang pegang hati kita. Kita yang kawal hati kita. Kita sendiri yang mengubah diri kita sendiri. Allah pun sudah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dari situ kita boleh nampak. Perubahan dan keputusan terletak pada diri kita sendiri. Hanya kita yang faham diri kita sendiri.

Jadi, pilih lah untuk sentiasa berfikiran positif, damai, sikap berhati-hati, tidak bersangka buruk, bijak mengawal emosi, tidak bersikap terburu-buru, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan merasa cukup dengan apa yang ada. Memangg, memang kita manusia tidak terlepas dari perasaan-perasan negatif dan emosi jiwa, tapi tidak salah kan untuk mencuba bersikap positif?

Kita sentiasa merungut dan beremosi berbanding bersikap tenang dan cuba bermuhasabah diri sedangkan sikap yang negatif menambahkan lagi emosi dalam diri kita, bukannya menyembuhkan hati kita.

Bak kata seorang ustaz, kalau nak jaga hati.. cari ubat hati jangan cari puas hati.

Sekian :)


Thursday, January 28, 2016

January 28, 2016

Kakak terjebak dengan anak minat dan hafal lagu Didi&Friends

Kakak terjebak dengan anak minat dan hafal lagu Didi&Friends

Haa tahu tak lagu Didi&Friends? Saya pun tak tahu sebenarnya hahaha. Saya tengok kakyong dan kakngah saya dah terjebak sekali dengan virus lagu Didi&Friends ni. Yela mereka ada anak-anak kecil berumur 8 bulan, 3 tahun, 5tahun dan 6 tahun. Anak-anak dorang semua minat Didi&Friends ni. Perghhh hebat sungguh Didi&Friends ni. Jeles pulak makcik dorang haha. Kakngah siap dah download lagu lagu Didi&Friends - lagu Pak Atan Ada Ladang. Macam mana lagu lagu Didi&Friends ni pun saya tak pernah dengar lagi. Korang dah dengar?

Didi&Friends
Didi&Friends Pak Atan Ada Ladang

Lagu Didi&Friends


Kawan kakngah pun terjebak sekali download semua lagu Didi&Friends. Perghh hebat hebat Didi&Friends ni. Mungkin mak-mak yang lain tahu jugak kot lagu Didi&Friends ni ye?

Didi&Friends
Download lagu Didi&Friends di handphone

Oh mungkin ada yang nak download lagu Didi&Friends ni tapi tak tahu caranya macam mana. Kakngah saya ada ajar cara dia kat facebook tadi. Boleh copy paste link youtube video yg kita nak tu (contohnya lagu Didi&Friends) dekat www.youtubemultidownloader.com . Dah copy paste, lepas tu click DOWNLOAD. 

Ataupun lagi satu cara, boleh download lagu Didi&Friends ni di  en.savefrom.net . Kalau kat youtube/google search je keyword Didi&Friends haaa berlambak keluo video lagu kanak-kanak Didi&Friends.

Didi&Friends
credit to : thebabystore.com.my

Didi&Friends
Lagu Kanak-Kanak Didi&Friends

smile emotic
Didi&Friends
credit to : youtube.com

Didi&Friends
Didi&Friends Semut Berkawad

Alahaiii comelnyaa Didi&Friends nii. Lagi-lagi yang warna hijau tu. Rasa nak picit-picitttt je kahkah.


January 28, 2016

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?

Semalam dapat info dari group whatsapp tentang GARAM. Terdapat persoalan adakah garam itu menyembuhkan manusia atau membunuh (penyumbang penyakit) manusia. Saya pun tak pernah terfikir tentang garam ni. Yela memang setiap kali masak kira wajib la kan kita masukkan garam ni dalam masakan. Kalau tak masukkan garam dalam masakan, makanya tak ada rasa lah makanan tu. Makanan hambar nama dia. Cuma semalam baru saya tahu garam ni juga boleh membunuh manusia.
Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : refina.co.id


GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika minyak sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : rona.metrotvnews.com

Kaedah Pertama: 

- Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. 
Contohnya: Kari Ikan 

- Kemudian masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam. 

Kaedah kedua:

"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "

- Masak makanan tanpa masukkan garam. - Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.

- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan. GARAM IALAH MINERAL!!

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : suarabali.com


Antara kelebihannya ialah: 
 * mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.


(Imam Muda MBA)
-dr Ust.Ihsan Mohamad

January 28, 2016

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom
KLIK BANNER UNTUK JOIN
 

Apa sejarah blog sayidahnapisahdotcom ye? 

Jeng jeng jenggg *unsur saspens di situ* haha.

Sejarah blog sayidahnapisahdotcom takde da lah segempak atau se-menarik atau se-bombastik seperti orang lain.Sejarah blog sayidahnapisahdotcom sangat lah lawak dan ntah-pape-pape-ntah dan sangat tidak matang. Yela budak budak lagi kan masa tu.

Okay lah sejarah blog sayidahnapisahdotcom nya macam ni..

Pada suatu hari, pada tahun 2009/2010 (tingkatan 4/ 5), si sayidah napisah ni melihat kawan-kawannya si Zatie dan juga si Afaf dan ada beberapa lagi kawannya ada blog. Blog dorang wah kemain lawa gilos. Dah lah lawa, banyak followers pula tu. Entri dorang pun kemain best. Ramai komen dekat blog dorang. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa tentang blog ni. Zero. 

Tapi disebabkan tengok dorang ada blog dan tengok macam best je, saya pun terdetik nak buat blog. Mula lah cari tutorial segala bagai, cari doodle free segala bagai, cari shoutbox yang sesuai, cari lagu yang best nak letak kat blog. Mula-mula tu memang khusyuk la nak hias blog bagai sebab yelah tengok blog dorang semua cun-cun. Rasa tercabar pula ecehh. Nak buat entri memang masa tu ikut mood dan tengok ada idea ke tidak, tak macam sekarang kira wajib satu hari satu entri. Haha.

Oh ada lagi satu sebab kenapa saya nak buat blog ni! 

Saya suka pergi blog orang. Saya suka baca entri blog orang. Saya suka explore blog orang. Dan memang time tu memang zaman blog lah. So, lepas saya baca-baca entri blog orang tu mesti lah ada keinginan nak comment di entri tu kan. Tapi saya tak ada blog nak comment. Kalau tak ada blog, kena letak anonymous. Saya tak suka lah anonymous. Nampak macam sengal je anonymous tu. So, dari situ lah terbit rasa. “Eh nak buat blog lah. Nanti senang nak komen blog orang.” Haaa jangan tak caya pulak tau.

Disebabkan rasa cemburu & rasa best tengok kawan ada blog dan juga disebabkan ingin komen blog orang, terhasillah blog saya ni. Oh tapi masa tu URL blog saya lain. URL saya dulu memang kelakar sampai saya pun nak tergelak bila dengar haha. URL memang kedengaran sangat budak-budak lah tapi URL tu lah saya guna selama hampir 4 tahun. www.memburucintamu.blogspot.com. Huwaaaaa memburucintamu uolss! #kauhado

Tapi jangan salah faham ye. Perkataan ‘mu’ di dalam URL memburucintamu saya tu bukan lah manusia tetapi mu di situ refer kepada Allah. Haa maksudnya nak memburu cinta Allah lah senang cerita kan. Tapi saje buat gempak acah-acah mu tu orang. Lepas tu bila orang dengar je URL blog saya, mulalah nak usik saya =.= Tu sebab saya tak expose sangat blog saya dulu kat media sosial. Sekarang ni dah berdomain .com baru lah berani nak expose ke dunia luar sebab nama dah matang gitu, perangai tuan blog je tak matang lagi hahaha.

Okay tu sahaja sejarah blog sayidahnapisahdotcom. Tetapi yang boleh saya katakan, tujuan saya berblogging dulu kebanyakannya dah berubah pada masa sekarang lagi-lagi blog sayidahnapisahdotcom dah ada domain sendiri. Selain itu, tujuan saya berblogging pada masa sekarang lebih bermakna dan lebih bermatlamat dan lebih berfaedah berbanding dengan masa dulu. Tambah-tambah lagi, saya ada join #exchangefeedgroup pada tahun lepas yang membuatkan saya lebih fokus dan bertambah ilmu dalam dunia blogging ni. 

Semoga kita semua sukses dalam dunia blogging ni & memjadi saham kita di akhirat nanti amin ! :D

Ni header blog memburucintamu saya yang dulu. Hehe saya masih simpan lagi :D
Jangan memain saya design sendiri tau header ni. Oh tapi tulisan jelah saya tulis sendiri. Background (template) tu saya ambil dari blog lain haha.







Wednesday, January 27, 2016

January 27, 2016

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Wahhh ada drama adaptasi terbaru My Dear, Mr Dimple yang akan ditayangkan di Astro Ria gandingan pelakon lelaki yang berlesung pipit Shukri Yahaya & pelakon wanita putih cantik Emma Maembong. Mesti ramai yang suka drama My Dear, Mr Dimple ni. Mana taknya. Gabungan pelakon yang sangat hebat dan diminati ramai berlakon dalam drama My Dear, Mr Dimple ni. Saya pun tak sabar nak tengok drama My Dear, Mr Dimple !

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

Sinopsis My Dear, Mr Dimple 

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

(sumber sinopsis : penulisan2u.com)

Para Pelakon My Dear, Mr Dimple 


Shukri Yahaya & Emma Maembong

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Pelakon Utama Lelaki Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar SHUKRI YAHAYA :
SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : mysumber.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : cosmopolitan.my
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : faixalzakaria.blogspot.my

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : diarisakuragurl.blogspot.my

Pelakon Utama Wanita Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar EMMA MAEMBONG :
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sensasimalaysia.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sweetyzhanieyz83.blogspot.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : instagify.com
Fuhh bergetar la jugak tulang rusuk tengok gambar Shukri Yahaya yang berlesung pipit ni hahaha. Dan baru tahu rupa-rupanya Shukri Yahaya ni diberi gelaran Jericho Rosales versi Melaysia. haha. Bila tenung lama-lama betul juga. Memang sama pun Shukri ni dengan Jericho. Pergh hensem weh ! Dengan badan agak tough Shukri ni adoiii macam nak jatuh hati pulakk. Hahaha. Tidakkk ! Jangan tenung lama-lama Shukri sangat ye wahai wanita sekalian. Lelaki orang tu hahaha. Emma Maembong ni pulak alahai cantiknya Ya Allah. Mata dia yang ayu dan senyuman yang menawan, okayyy collapse. 

Okayy nantikan drama My Dear, Mr Dimple  ni di Astro Ria ye! Sama-sama kita nantikan ~

January 27, 2016

Segmen Pencarian Gambar Ucing

Segmen Pencarian Gambar Ucing


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-gambar-uk.html

Hi Gambar Muka Ucing Sudah Hilang.! Anda Ingin Jadi Dectective.? Jika " YA" Anda Cari Di Google Dengan Menaip "muka..................."  (Ayat Bertitik tu Anda Cari Sendiri.)

Segmen ini adalah segmen pencarian gambar di google,Para blogger yang dapat Gambar Tersebut hendak lah Save dan ikuti Syarat Mudah di bawah :

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Pencarian Gambar Ucing" Berserta Gambar.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Url Post Anda Akan Saya Senaraikan Untuk Penyertaan Blogwalking Nanti.Tamat Segmen 27-1-2016.

Segmen Pencarian Gambar Ucing
muka ucing kadayan :D

Nak tag blogger Amysyeera.com & Shehanzstudio.com :)



Monday, January 25, 2016

January 25, 2016

RESEPI IKAN RENTUNG

RESEPI IKAN RENTUNG


Orang biasa buat ikan hangus terbakau je kan? Ni sepesel punya. Rentung terus ! Hahaha. Dah tahu ke belum resepi ikan rentung ni ? Rasanya ramai dah tahu resepi ikan rentung NI tapi takpe saya share resepi ikan rentung ni pada siapa tak tahu lagi dan mahu mencuba jinak jinak dan merasa ikan rentung. Yummy yummy !
Gambar hiasan

Apakah resepi ikan rentung ? Jeng jenggg~ mohon ketika buat tu pastikan air sebaldi di tepi kot kot kang terbakau terus hehe.

resepi ikan rentung

Bahan-bahan :

1) Ikan
2) Facebook

Cara-cara membuat ikan rentung :

1 ) Goreng ikan
2) Main facebook sampai lupa ikan yang tengah digoreng

Haa gitu ye. Selamat mencuba hehe.

Ni memang rentung sungguh ni hahaha.

Sebenarnya, mungkin resepi ikan rentung ni nak perli pada sesiapa yang suka sangat bermain facebook ketika memasak dan memberi pengajaran untuk tidak bermain facebook ketika memasak ikan atau sewaktu dengannya kerana ianya akan membawa kesan yang buruk contohnya hangus/rentung.

Saya pernah juga ikan/kuih jadi hangus. Tapi bukan sebab bermain facebook tapi leka melayan group di whatsapp hahhaha. Nasib baik tak jadi rentung hehehe.

January 25, 2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016


Jeng jengg siapakah yang bertuah menjuarai ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 (AJL 30) 2016? Tapi sebelum tu nak bagi tahu lah bahawasanya saya tak dapat tengok ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016 malam tadii huwaaa. Yela sebab TV abi conquer tengok cerita Cina, makanya tak dapek la den nak tonton AJL 30 yang saya tengok finalis-finalis nya hebat-hebat belaka. Saya nak komen lebih tentang persembahan majlis AJL 30 pun tak mampu sebab tak tengok hehe.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : anugerahjuaralagu.com

Senarai Pemenang AJL 30 2016

Juara AJL 30 : Akim & The Majistret - Potret

Naib Juara AJL 30 : Faizal Tahir - Assalamualaikum

Tempat Ketiga AJL 30 : Caliph Busker - Hanya Namamu

Kategori Vokal Terbaik AJL 30 : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

Persembahan Terbaik : Akim & The Majistret - Poster

( info senarai pemenang credit to shehanzstudio.com )


Woww WOW wow ! *tepuk tangan* 
Tahniah buat semua pemenang ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2015. Bagi saya, yang menang  AJL 30 tu memang layak untuk menang. Tapi tak kata lah kalah tu memang layak untuk kalah. Mungkin cuma tidak bernasib baik dan tiada rezeki untuk menang  AJL 30 pada malam tadi.

Oh tadi sempat sikittttt je tengok persembahan Siti Nurhaliza, Yasin & Jamal Abdillah. Yang part Jamal Abdillah saya tak sempat tengok sebab tengok Running Man Ep257 kat Channel SBS haha. Tapi yang part mereka nyanyi lagu Siti Nurhaliza Cindai & Yasin Mimpi Laila saya dapat tengok. Alahaiii cantiknya Siti bertudung penuh ayu dan menari dengan budak budak comel. 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : http://edtv-zahidizakariya.blogspot.my/


Sempat juga tengok dua pengacara  AJL 30 2016 di TV3 tadi  Fara Fauzana & AG pada permulaan majlis. Rasanya mereka berdua memakai pakaian serba hitam. Kan? Ke saya salah tengok hehe. By the way, suka tengok Fara Fauzana bertudung ;)


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : mediahiburan.my

Dengar khabar juga, persembahan Faizal Tahir yang paling menyentuh hati para penonton dan para peminat. Huuwwaa saya tak tengok lagi videonya. Katanya ada budak kecil lah. Ada yang sampai menangis tengok persembahan Faizal Tahir di  AJL 30 pada malam tadi. 

Oh sempat juga tengok sikit persembahan Noh Salleh yang menyanyikan lagu Angin Kencang. Nampak macam Noh Salleh sedikit tembam lah. Korang ada nampak tak? Ke hanya ilusi saya seorang sahaja? Haha. Dannnn baru tahu rupa-rupanya lagu Angin Kencang ni Noh buat untuk isteri dia. So sweet lahai. Nak juga husband yang buat lagu untuk saya. Eh. Hahahaha. #berangan
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : asamboi.my


Lagu Bukan Hal Aku nyanyian Kaka Azraff dan Sleeq ruginyaaa tak tengok! Saya memang minat gilos dengan lagu ni. Rasanya dah lebih seratus kali dengar lagu ni asyik ulang ulang sampai panas mp3. Sampai dah hafal dah part rap tu. Kalau saya nak nyanyikan part rap tu pun boleh. Tapi kena bersedia la kot-kot saya tersembur air liur time rap tu kahkah.

Okayy itu sahaja laporan  AJL 30 2016 dan luahan dari saya. Harap terhibur dan menghiburkan orang lain juga :D

Daaa~ assalamualaikum *tak jawab dosa* :P

Sunday, January 24, 2016

January 24, 2016

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Ehem. Dengar kata orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang sering tidur lewat. Ehem ehem ehem! Okay terasa okay! Bukan terasa sebab selalu tidur awal, terasa sebab biasa tidur lewat haha. Orang kata saya burung hantu. Malam je mata segar. Tidur lewat. Pukul 1 pagi bagi saya masih awal lagi untuk tidur haha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay back to the statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang" tu. Saya sangat tak setuju tau dengan statement tu! Ermm okay lah kita fikir relevannya di situ. Apa kaitan cepat dipinang dengan tidur awal ? Ada idea tak ?

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay orang atas ni dia serius bila mengatakannya. Okay nampak serius dia bila ada tanda seru hehe. Dan kenapa dia tak tulis sekali apa sebabnya haish. Kalau letak sekali sebab-sebab kenapa orang tidur awal lebih cepat dipinang, baru saya boleh argue kan. Okay lah saya cuba fikir apa kaitan dipinang cepat dengan tidur awal. Hmmm.

Mungkin ermm kalau si perempuan tidur awal, bangun pun mestilah awal. Kan? Lepas itu bila dah bangun awal, boleh lah kemas rumah, memasak sarapan, solat dhuha. Lelaki kan suka orang perempuan yang bangun awal ni kan kan. Mak mentua pun suka ada menantu perempuan yang rajin bangun awal bantu dia. Tak macam orang yang tidur lewat, bangun pun lewat. Eh tapiii..

Ada je yang bangun lewat, bangun awal. Okay saya akui saya bangun agak lewat. Saya tidur pukul 3/4 pagi lepastu bangun range pukul 8-10pagi (solat subuh bangun le, lepas subuh tidur balik hehe). Saya akui jugak saya akan bangun awal kalau ada exam esoknya je haha. Bangun pukul 9 pagi lewat eh? Hehehe. Takpe takpe saya akan berusaha untuk bangun awal lagi ! Zzzzz.

Eh cerita pasal saya pulak. Oh lagi satu saya dah fikir apa relevan dan kaitan tidur awal dengan cepat dipinang! Alaa apa dia ek. Lupa dah arghhhhh ! Oh ingat dah. Mungkin kalau tidur awal, dapat lah tidur dengan cukup kan. So, muka pun segar pada awal pagi. Muka pun bertambah cantik. So, laki pun ramai lah suka. So, dia pun dipinang. The end. Hahahaha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?


Syok pula saya tengok babies atas ni tidur alollooolo omey angat. Okay kesimpulannya saya tak berapa setuju dengan statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang selalu tidur lewat". Sebab apa ? Sebabnya macam tak berapa nak nampak apa sebab dan kaitan nya haha. 

Bagi saya, REZEKI, JODOH & AJAL di tangan Allah. :)

Camana pula dengan awak ? Setuju atau tidak ? :D

Saturday, January 23, 2016

January 23, 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH


Assalamualaikum

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH
Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Durian sedap makan sakan,
Banyak sangat nak habiskan tak larat,
Selamat hari lahir saya ucapkan,
Moga berbahagia dunia akhirat !

Jalan jalan tersepak batu,
Terpelanting jauh terkena kuda,
Umur berganjak ke duapulohsatu,
Takpe takpe muka maintain muda. (hehehhe..)

Blog izyan vogue dan lawo,
Bunga cun rasa nak serkap,
Teruskan berblogging ramai yang suko,
All the best kipidap dongibap !