http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Banana Boat di Port Dickson

By 10:00:00 AM , , ,

Banana Boat di Port Dickson

Pernah naik banana boat di Port Dickson(PD) tak? Saya pernah dua kali naik. Sekali tu naik dengan classmates matrikulasi. Lagi satu kali tu naik dengan kawan-kawan UPM pula. Perghh dua-dua best! Walaupun saya jenis takut air yang dalam dan tak pandai berenang, tapi berani nak naik sebab ada pakai jaket keselamatan. Yela kot kot terjatuh time dia bawak lelaju tu, atleast ada la jaket keselamatan nak bagi kita terapung. 

Banana Boat di Port Dickson
Kami sempat lambai time ambik gambar ni. Nampak saya tak kat belakang tu?

Pengalaman naik banana boat di Port Dickson


Tapi serius best! Best sebab bila di bawa keliling pantai tu, memang laju la dia bawak. Sampaii kering rasa muka. Kalau kita jerit kuat-kuat pun, tak dengar sangat sebab bunyi angin lagi kuat. Kalau tak jerit masa naik tu memang tak sah la. Sebab yela kadang-kadang kan badan kita macam henjut-henjut sikit kan, masa tu lah rasa nak jerit gila-gila sebab rasa macam nak jatuh tapi tak jatuh pun haha.

Tapi yang tak bestnya bila…. Grrr! Geram pulak bila ingatkan benda tu haha. Yang paling den geram nya, kami dah kata kat orang yang bawak banana boat tu yang kami tak nak dilepaskan di dasar pantai. Sebab kebanyakan dari kami tak reti berenang. Dan tak pandai kawal badan kan. Tapi tapi grrr. Dia lepaskan jugak kami kat air tu. Walaupun tak dalam mana, tapi still la takut sebab tak reti berenang dan still kaki tak jejak ke tanah mesti lah takut kan. Dan arghhh! Bila teringat balik, nak nangis rasa. HAHA. Walaupun lepas buat tu, rasa macam seronok sebab ada pengalaman dilepaskan dari banana boat ke laut.. Tapi still rasa arghh! Dah lah masa dia lepaskan tu dengan tak bersedianya nak tarik nafas dalam-dalam, dengan air masuk hidung telinga, dengan tak boleh nak kawal jaket keselamatan terapung tu, dengan cuaknya tetiba kena lepas kat situ. 

Ya Allah hanyaa Allah je yang tahu betapa nak gugur jantung masa tu. Haha. Dah la dua kali dia lepaskan tu. Grrr sangat tau ish haha tak boleh move on lagi. Satu kali abang banana boar lepaskan tu bila nak dekat-dekat pulau dia lepaskan. Lepastu naik balik banana boat, pergi ke tempat asal, dia lepas kan juga. Nasib baik yang kali kedua lepas tu dia lepaskan dekat agak cetek air dia. Kalau tak, saya dah meraung kat situ kuat-kuat haha. Degil tau abang bawak boat tu eeiii! Hahaha masih geram lagi. #sisgeram

Banana Boat di Port Dickson
Muka-muka lepas kena baling dekat laut =.=

Okay cukup lah dengan pengalaman pahit-pahit-pahit-pahit-manis tu. Hahah banyak nau pahitnya.

Berapa harga naik banana boat ni? Harganya RM100 dan 10 orang boleh naik banana boat ni. So, sorang RM10 la kalau nak kongsi-kongsi duit kan. Worth it la kalau nak merasa sekali sepanjang hidup. Tapi kalau jenis orang yang lemah semangat bila berhadapan dengan iar atau trauma pernah lemas dalam air ke.. saya sarankan tak payah la naik. Bahaya. Tapi ada je orang yang jaga keselamatan kita time naik banana boat tu.

Banana Boat di Port Dickson
Mandi manda dekat Port Dickson yang paling best.
Pelampung wajib hahaha. Pelampung tu kena sewa.
Tak ingat berapa hinggit kalau nak sewa pelampung besar hitam tu.
Sooooo, ada niat tak nak naik banana boat? Hehe.


Entri BEST yang lain :

You Might Also Like

4 comments

  1. Dulu suka naik banana boat ni.. Kalau pergi PD memang tak miss... paling best bila dia tergolekkan banana tu... hahaha !! rinduuuuuu

    ReplyDelete
  2. ok..tak terasa pun nak naik..hahahaha..:)

    ReplyDelete
  3. Memang cuak part kene jatuhkan tu. Akk last naik banana boat ms bujang dulu

    ReplyDelete
  4. mmg best naik ni...kalau yang jenis boleh terbang2 tu lagi best...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.