Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa - sayidahnapisahdotcom Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa
LightBlog

Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa

Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa

Semenjak cuti semester ni, setiap hari Khamis 10 malam lepas tengok drama korea kat SBS, mesti tukar ke channel Astro Warna 132. Ada sitkom komedi Sepahtu Reunion! Yeay! Serius memang best Sepahtu Reunion! Asyik gelak je tengok sitkom ni.

Sepahtu Reunion
Sepahtu Reunion

Sitkom Komedi Sepahtu Reunion 

Apa bestnya Sepahtu Reunion ni?

1. Lawak

-mengingatkan pada sitkom komedi dulu-dulu : Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu
-slumber, tak paksa orang untuk gelak

2. Pickup line

-setiap episode akan ada pikap line yang sangat sangat geli weh! Haha.
-setiap episode akan ada 1 artis jemputan wanita yang cantik : Mia Ahmad, Uqasha Senrose, Amira Othman, Reen Hamid, Tunku Hanis, Sri Yanti

Pickup line di Sepahtu Reunion:

“Saya tak boleh la pandang awak lama-lama.
Kenapa?
Sebab bila saya terpandang awak, saya terpandang masa depan.”

“Apa beza Izzati dengan matahari?
Apa beza dia?
Matahari menerangi bumi. Izzati menerangi hidup saya”

*sedang mencari something*
“Awak tengah cari apa ye?
Tengah cari jambatan.
Jambatan apa?
Jambatan ke hati awak”

Artis jemputan : Uqasha Senrose

“Uqasha jual tudung eh?
Ha’ah.
Saya nak beli.
Kenapa? Nak buat apa?
Saya nak tutup hati saya baik-baik untuk awak pakai.”

“nama saya cikgu Amira.
Nama saya alif.
Nama panjang?
Ai lif you”

“Nama Tunku Hanis penuh apa dia?
Tunku Nur Hanis.
Panjang sangat lah. Panggil sayang boleh?”

“Ayah Reen kerja buat aircond eh?
Kenapa?
Sebab bila saya pandang awak, rasa sejuk sangat hati.”

3. Skrip sendiri sendiri / spontan / tidak disediakan

-ni saya baru tahu haritu. Skrip takde. Skrip kena buat sendiri.
-apa-apa yang keluar time tu spontan time tu jugak. Sebelum datang set, tiada skrip apa-apa yang kena hafal atau disediakan. Datang set baru dorang akan briefing jalan cerita yang akan dipersembahkan nanti
-sangat kreatif dan bijak dalam membuat lawak spontan dan fresh
-support each other, teamwork yang kuat kerana saling memberi idea dan membantu antara satu satu lain

4. Mempunyai mesej tersirat di setiap episod

-walaupun banyak gelak je, tapi saya lihat Sepahtu Reunion bukan sekadar membuat lawak, tapi ada mesej baik dan juga pengajaran yang mereka nak sampaikan.
-bukan sekadar omong kosong buat habis air liur je, tapi ada tauladan yang kita boleh ambil di setiap episode.
Contohnya:

Episod yang terbaru saya tengok tadi Episod 8 –bila sorang-sorang kita akan Nampak lemah tetapi bila kita ada teamwork, kita akan menjadi lebih kuat kerana manusia ni sifatnya saling melengkapi :)

Post a Comment

2 Comments

  1. ni program hiburan kesukaan saya masakini.syabas sepahtu

    ReplyDelete
  2. akak pun selalu tgk tapi tak dapat nak tgk masa tayangan yg betul...berebut Tv..hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p