http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG

By 12:53:00 AM , ,

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG

Malaysia telah digemparkan dengan berita Ustaz Kazim Elias yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) selepas diserang sakit jantung ketika memberi ceramah kepada khalayak ramai. Mula-mula saya ragu-ragu nak percaya ke tak dengan berita ni, yelah sekarang ni banyak sangat khabar angin yang tak betul. Tapi bila ada gambar sekali disertakan, baru lah saya percaya.

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG
Ustaz Kazim Elias diserang sakit jantung ketika memberi ceramah

Ustaz Kazim Elias masuk hospital di Bachok


Di laman web myMetro pun ada artikel tentang Ustaz Kazim Elias masuk hospital. Saya ada memetik info-info penting di artikel tersebut :


Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong, malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, beliau baru lebih lima minit memberi ceramah di hadapan 1,000 penonton sebelum mengadu sakit dada. Beliau kemudian di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG
UKE diuji dengan serangan sakit jantung

Mengambil lagi keterangan  dari artikel myMetro ini...

"Bagaimanpun selepas lima minit memberi ceramah beliau mengadu sakit dada dan sempat memohon maaf kepada semua pengunjung hadir kerana tidak dapat meneruskan ceramahnya. Beliau kemudian terus dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut," kata Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus.

Sedih pula tengok Ustaz Kazim Elias lemah begitu. Semoga beliau cepat sembuh amin. Bestnya beliau diuji ketika sedang melakukan kebaikan. Semoga Allah merahmati beliau Amin. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Ustaz. :') 

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.