March 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, March 31, 2016

March 31, 2016

Harga Terkini Petrol&Diesel Naik Bermula 1 April 2016

Harga Terkini Petrol&Diesel Naik Bermula 1 April 2016

Dapat tahu dari Group whatsapp harga minyak akan naik bermula 1 April 2016. 

Harga Terkini Petrol&Diesel Naik Bermula 1 April 2016
harga minyak terkini april 2016
credit foto : siakapkeli.com

Harga Minyak Bermula 1 April 2016

RON97 : RM2/05/liter
RON95 : RM1.70/liter
B7 : RM1.55/liter

Naik 10 sen untuk semua RON dan naik 20sen untuk Diesel.

Saya tak ada kereta, motor, ataupun bas, jadi tak merasa la kan ke-bengang-an kenaikan harga petrol minyak. Tapi kesian la pada abi huhu.

Bertabahlah semua.
March 31, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

March 31, 2016

SEGMEN : "JOM SOLAT

SEGMEN : "JOM SOLAT

SEGMEN : "JOM SOLAT
KLIK BANNER UNTUK JOIN
8 solat sunat yang saya tahu :

1. Solat sunat dhuha
2. Solat sunat tahajjud
3. Solat sunat hajat
4. Solat sunat gerhana matahari&gerhana bulan
5. Solat sunat qabliah&ba'diah
6. Solat sunat taubat
7. Solat sunat tasbih
8. Solat sunat istikharah

Wednesday, March 30, 2016

Tuesday, March 29, 2016

March 29, 2016

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut

Sakit pinggang? 
Sakit belakang?
Sakit lutut?
Sakit senggugut yang teruk?
Rasa kebas-kebas kaki?
Resdung?
Pening-pening?

Jangan risau! InshaaAllah dengan adanya bahan-bahan utama di dalam Biobax seperti Habatussauda, Minyak Zaitun (Olive Oil) dan Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil), ianya dapat melegakan dan menghilangkan rasa sakit-sakit tersebut. 

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Biobax Cool Theraphy


Untuk makluman semua, Biobax mengandungi bahan-bahan organik dan tidak menggunakan bahan kimia terlarang. Ia juga mengandungi Essential Mineral Oil yang tinggi kos penghasilannya serta lebih berkualiti dari segi penyerapan pada kulit.

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Biobax sampai ke Jepun haa!

Banyak sangat kelebihan Biobax Cool Theraphy ni tau ...! Dengan hanya spray Biobax pada tempat yang kita sakit, ianya akan sembuh dalam tempoh yang sekejap! Dah la bila spray tu rasa sejukkkk je. Rasa nyaman je. Wangi pula tu. Tindakan yang cepat, berkesan dan efektik pula tu. Tiada SIDE EFFECT! Jangan risau, tiada kesan sampingan selepas menggunakan Biobax ni.

  • Sakit badan selepas sukan lasak?
  • Susah nak lelap?
  • Ibu mengandung sakit pinggang?
  • Leher tergeliat?
  • Kaki terseliuh?
  • Sakit urat sendi?
  • Lenguh kaki atau tangan?
  • Kejang otot?
  • Selesema?
  • Letih badan?
  • Stress?
Guna lah BIOBAX COOL THERAPHY untuk merawat semua sakit-sakit di atas. Yang penting istiqamah dan KONSISTEN dalam menggunakannya. Pakai 3 kali sehari untuk kesan yang sempurna dan baik! Bak kata pelanggan... Biobax ni SPRAY AJAIB!

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Biobax menjadi sponsor utama 1st EFG Gathering

Okay laaa. Bukan nak puji tak serupa bikin Biobax ni tau, tapi memang terbukti berkesan. Dah banyak sangat testimoni positif dan memuaskan yang Biobax dapat daripada para pelanggan termasuk saya. Iye umi dan abi saya adalah antara orang yang menggunakan Biobax ni. 

Umi beri feedback yang positif. Umi kata sebelum tidur umi spray pada kaki umi yang kebas. Sapu sapu. Lepastu, keessokan harinya selepas tidur umi kata rasa sangat kurangnya dan terasa kaki lebih ringan. 

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Gunalah Biobax! Dijamin berkualiti!


Bau Biobax yang harum dan nyaman juga boleh dihidu untuk menghilangkan rasa mengantuk atau menghilangkan resdung ataupun mahu lena tidur malam.

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Testimoni Biobax 

Biobax Cool Theraphy Spray Ajaib Merawat Sakit Belakang, Pinggang dan Lutut
Spray, Sapu & Sembuh


Haaa berminat tak berminat tak nak beli? Biobax hanya RM80 sahaja termasuk pos. Tahan untuk 3 bulan sebanyak 500 kali semburan! tak rugi punya lah!

Whatsapp/SMS 017-2008642 (Sayidah) atau email sayidahnapisah65@gmail.com untuk membuat tempahan atau mahu menanyakan maklumat lanjut. 

STOKIS, DROPSHIP, AGENT biobax DIPERLUKAN! whatsapp 017-2008642 untuk daftar.


March 29, 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam 28 April 2016!

Ada Apa Dengan Cinta 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam 28 April 2016!

Wah wahhh ada Ada Apa Dengan Cinta 2 lah! Perghh perghh ingat lagi dulu Ada Apa Dengan Cinta famous gilos kot! Masa tu saya sekolah rendah lagi. Darjah 1 hahaha. Budak hingusan sangat lagi masa tu. Tahun 2001 tak silap saya Ada Apa Dengan Cinta yang pertama. Saya pun ingat ingat lupa jalan cerita dia. Yela budak budak lagi kan masa tu. Kakak saya sampai beli CD dia lagi, tengok ulang-ulang haa. Betapa famous nya cerita ni sampai sekali dengan lagu-lagu dia hits - nyanyian Melly Goeslow. 

Lagu Ada Apa Dengan Cinta 2 yang sekarang ni pun Melly Goeslow yang nyanyi, feat dengan Marthino Lio. Judul lagu OST ni - Ratusan Purnama. Dan ternyata sangat sedap lagu dia!

Ada Apa Dengan Cinta 2
Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2 bakal ditayangkan di pawagan pada 28 April 2016, Khamis. Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2 boleh tengok di SINI dan sudah mencecah 1 juta lebih view dah. Saya pun excited nak tengok walaupun saya tak ingat pun jalan cerita Ada Apa Dengan Cinta 1 dulu haha.

Sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 2

Filem ini masih menceritakan kisah cinta antara Cinta (lakonan Dian Sastrowardoyo) dan Rangga (lakonan Nicholas Saputra). Cinta & Rangga telah berpisah selama 14 tahun. Namun, setelah sekian lama berpisah, mereka dipertemukan kembali untuk menyemai kembali kasih di antara mereka.

Bolehkah Cinta dan Rangga kembali melanjutkan kisah cinta mereka walaupun setelah lama berpisah? 

Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ini juga ada memuatkan juga syair-syair yang indah dari Rangga. Wahhhh tak sabar-sabar nak dengar syair ni. Mesti gadis-gadis cair punya lah kan.

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Barisan pelakon : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Denis Adhiswara, Sarita Tahib, Ario Bayu, Cristian Sugiono, Sissy Priscilia, Dimi Cindyastira.

Produksi : Miles Films, Legacy Pictures.

Penulis : Mira Lesmana, Prima Rusdi

Produser : Mira Lesmana 

Ada Apa Dengan Cinta 2
Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2
Pelakon Perempuan Ada Apa Dengan Cinta 2

Hero heroin Ada Apa Dengan Cinta 2
Hero dan heroin 

Ada Apa Dengan Cinta 2
Barisan pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2 Dian Sastrowardoyo
Dian Sastrowardoyo

Ada Apa Dengan Cinta 2
Cinta dan Rangga

Ada Apa Dengan Cinta 2 Nicholas Saputra
Nicholas Saputra

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2
Cantik cantik aih pelakon dia hehe

Ada Apa Dengan Cinta 2
Ada Apa Dengan Cinta 2 di pawagam 28 April 2016
update terbaru (28 April 2016):

Yezzahh hari ni dah mula ditayangkan di semua pawagam di Malaysia. Haaa mesti ramai yang tak sabar-sabar nak terkam panggung wayang nak tengok AADC 2 ni kan hahaa. Yela nak tengok kisah sambungan cinta Rangga dengan Dian selepas berpisah 13 tahun kan hehe.

Okay saya pun ada tengok dekat website MBO Cinema tadi. Dah boleh book tiket wayang dah pun. Tadi saya tengok semua masa available lagi kalau nak book. Tapi orang kata kalau book, harga tiket mahal sikit daripada walk in terus beli di panggung wayang.

MBO CINEMAS ada banyak cawangan/tempat dia :

Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
Brem Mall, Kepong, Selangor
Central Square, Sungai Petani, Kedah
Citta Mall, Ara Damansara Selangor
Era Square Mall, Seremban Negeri Sembilan
Galaxy Shopping Centre, Ampang, Selangor
Harbour Place, Kajang, Selangor
Heritage Mall, Kota Tinggi, Johor
Melaka Mall Complex, Melaka
Space U8, Bukit Jelutong
Subang Parade, Subang Jaya
Taiping Sentral Mall, Taiping, Perak
Viva Home, Cheras, Kuala Lumpur (klik SINI untuk tahu waktu tayangan Ada Apa Dengan Cinta 2 di MBO Viva Home)

Jika nak tahu bila masa dan tarikh yang available untuk menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ni , boleh pergi ke website MBO Cinemas : klik SINI . Dekat situ jugak boleh tengok tiket dah habis dijual atau masih ada kosong.

Okay selamat menonton! Lepastu nanti beritahu saya best ke tak cerita AADC2 tu tau hehee.
March 29, 2016

berzikir tapi tak khusyuk VS tak zikir langsung

berzikir tapi tak khusyuk VS tak zikir langsung

Saya pernah terfikir - "aku ni berzikir tapi tak khusyuk pun. aku berzikir tapi tak menghayati pun. aku berzikir tapi bukannya sepanjang aku zikir tu fikiran aku ingat Allah. aku tengah berzikir kadang-kadang sampai tak sedar dah berapa kali aku zikir sebab leka fikir benda pape ntah. aku berzikir tapi kekadang tak sedar pun zikir aku sebenarnya dah bersambung ke zikir lain.......So, adakah zikir aku diterima oleh Allah atau sebenarnya daripada zikir tak khusyuk baik aku tak payah zikir langsung?"

berzikir tapi tak khusyuk VS tak zikir langsung
zikir tapi tak khusyuk?

Dulu banyak kali saya tertanya-tanya persoalan tu. Sebab apa? Sebab saya selalu zikir tak khusyuk tu lah hahaha. Yela kadang-kadang maksud dan erti zikir tu pun kita tak faham. Fadhilat dan kebaikan yang kita dapat daripada berzikir dengan zikir-zikir tertentu pun kita tak tahu. Macam mana la kan nak menghayati dan khusyuk ketika berzikir?

Alhamdulillah haritu pada suatu hari yang indah acewahh. Saya terdengar ceramah di radio atau televisyen (saya tak pasti mana satu tapi yang pasti salah satu medium ni lah) akhirnya saya temui jawapan bagi persoalan saya!

Jawapan ustaz yang saya ingat : Better kita zikir tak khusyuk daripada tak berzikir langsung. Hal ini kerana kita tak tahu mungkin sepanjang kita berzikir tu, tak semestinya semua kita tak khusyuk langsung. Mungkin ada satu masa ketika kita berzikir tu ada yang kita betul-betul khusyuk. Mungkin daripada 50 kali kita berzikir, ada 1 zikir yang mengingatkan kita pada Allah. Itu dah dikira pahala. 

Lagi satu, daripada kita buat perkara tak berfaedah, lagi elok lah kita berzikir walaupun sepanjang kita berzikir tu tak khusyuk dan kita tak ingat pada Allah.

.......

Haaa gituu ~maksudnya... persoalan zikir kita terima ke tak tu wallahu'alam, kita berserah je pada Allah. Tapi persoalan .. adakah kita patut teruskan berzikir walaupun tak sepanjang masa kita khusyuk ketika berzikir tu atau pun tak payah zikir langsung..mana kah yang lebih baik? Jawapannya, berzikirlah walaupun tak khusyuk :)

Sekian wassalam.

Monday, March 28, 2016

March 28, 2016

11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang

11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang

Ada 11 faktor yang boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak.

11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang
faktor merosakkan buah pinggang
foto kredit : www.bonusrakyat.com

11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang


1. Kerap tahan kencing

  • okay ni saya selalu gak buat. Tahu tak elok untuk kesihatan tapi nak buat juga kan. Tapi tak selalu laa. Tapi kalau tak selalu tapi berterusan tak elok juga kan. InshaaAllah lepas ni cuba tak kerap tahan kencing hehe.

2. Kurang minum air
  • nak tahu kita cukup ke tak minum air, tengok pada warna air kencing kita. Kalau kuning pekat, maksudnya kita kurang minum air. Kalau kuning jernih dan putih maksudnya kita cukup minum air.

3. Suka makan makanan masin

4. Suka minum minuman bergas
  • mungkin sebab dalam minuman bergas tu ada banyak bahan-bahan yang tak elok dan kandungan gula yang sangat tinggi. Kalau selalu amalkan, tak baik untuk kesihatan.

5. Kerap kena jangkitan kencing kotor (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna

  • tak pernah kena rasanya dan tahu macam mana nak detect kalau kita kena jangkitan kencing kotor ataupun tidak. Heee.

6.Kerap makan daging merah dan seafood (tinggi urin acid)

7. Kerap makan pil tahan sakit
  • biasanya perempuan suka la kot makan pil tahan sakit ni contohnya pil panadol. Biasa kalau si perempuan period pain kan, kalau tak tahan sangat sama ada ambil pil taha sakit doktor bagi atau telan panadol. Kalau migrain pun, ambil pil tahan sakit hospital atau telan panadol bagi reda sakit. Tapi sebenarnya kalau banyak sangat telan pil tahan sakit, ianya boleh membawa mudarat kepada buah pinggang.

8. Merokok
  • ni rasanya semua orang tahu termasuk perokok tegar. Tapi tu la kan, degil juga nak merokok. Haha moga mereka insaf.

9. Obesiti

10. Alkohol

11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
  • pernah dengar juga ada yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang disebabkan kencing manis yang teruk. Ya Allahhh seram dengar. Moga dijauhkan amin. 
11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang
fakta buah pinggang
kredit foto : www.bio-asli.com

Sunday, March 27, 2016

March 27, 2016

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT

Suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat seorang ulama hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki ulama tersebut.

Lalu ulama tersebut pun terjaga. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, ulama tersebut dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan.

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT
pelik kan syaitan kejut manusia untuk solat?


Dengan berasa hairan ulama tersebut bertanya: "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

"Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan solat itu dengan amalan lain yang lebih banyak lagi dan lebih bersungguh-sungguh," kata syaitan.

Tambah syaitan lagi: "Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kau akan lebih banyak membaca al-Quran. Semuanya untuk menampung kesalahnmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti."

...................

Pengajaran kisah ini :

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat,tetapi arif juga tentang keutamaan amal. Licik, sungguh licik mereka ini.

Maka, berhati-hatilah, jangan sampai ditipu dengan amalan kita!


: dari majalah Qen-Q isu 54
Nukilan Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman.

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT
Gen-Q isu 54

March 27, 2016

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu

Situasi di mana - kau tak buat salah tapi kau dipersalahkan atas perkara itu.

Ada ramai orang datang rumah. Rumah tu agak besar so ramai yang boleh muat masuk ke dalam rumah. Tapi lelaki-lelaki (kawan abi mungkin) hanya duduk di luar rumah selepas penat membuat kerja (kerja apa saya tak sure). 

Saya diarahkan untuk mengagihkan makanan kepada para lelaki tersebut. Umi yang suruh. Makanan tu dah dalam paket paket. So, saya bawak je plastik, dalam tu penuh dengan paket-paket makanan tersebut. Saya terpaksa melepasi beberapa orang-orang yang lebih tua dari saya(berjantina lelaki juga) untuk menuju ke lelaki-lelaki yang ramai tu. Tapi saya ada pilihan lain juga untuk tidak berjalan di situ dengan melalui jalan belakang rumah tu (agaknya). Saya pun lalu di lorong tu dan terus menuju ke lelaki-lelaki tersebut.

Saya dengan gigihnya agih satu demi satu paket kepada mereka. Mereka saya nampak memang macam dah kebulur, lapar sangat agaknya. Tapi tiba-tiba!!

Saya berdiri si tempat tu juga, dengan memegang plastik yang sama macam tadi tapi yang lainnya, plastik tu agak ringan berbanding tadi. Saya fikir oooo ringan la kot sebab dah agih-agihkan makanan tadi. Tapi saya lihat di tangan lelaki-lelaki tu kosong tiada makanan. Saya pelik. Saya rasa tadi macam dah bagi. Saya sangat sangat pelik, siap kerut-kerut dahi sampai bercantum kening. PELIK tapiii ermm okay abaikan kepelikan tersebut.

Saya pun buka la plastik sebab nak beri makanan-makanan kepada lelaki-lelaki tu. Kang mengamuk jugak dorang kang. Tapi bila saya bukakk!!

Hanya serbuk je yang tinggal.

Takde dah paket-paket semua tu.

Aikk peliknyaaa! 

Apa yang sedang berlaku ni?

Lelaki-lelaki tu pun kelihatannya macam terkejut juga. Tapi reaksi mereka berubah perlahan-perlahan menjadi marah. Kemungkinan mereka lapar lepastu tengok pula takde makanan.

Saya takut. Terus masuk dalam rumah cari umi. Mahu mengadu.

Umi marah kat saya. Salahkan saya. She put blame on me. Saya dah nangis-nangis. Nafikan yang benda tu bukan salah saya. Lepastu tiba-tiba saya terfikir!!

Mungkin ada seseorang yang sabotaj saya. Mungkin dia tiba-tiba buat saya pengsan lepastu dia curi semua makanan tu, lepastu bila saya sedar keadaan tu menjadikan saya yang bersalah. Tapi apa motif dia?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay cerita ni panjang sebenarnya tapi penat nak cerita dan agak-agak samar jalan cerita dia. Dah lupa sikit-sikit.

Aik kenapa lupa? 

Sebab semua atas tadi tu hanya mimpi saya je petang tadi. Hehehe. 

Pheww alhamdulillah la hanya mimpii.

Tapi serius bila dalam mimpi petang tadi saya rasa macam nak nangis dah. Sebab yang berlaku lepas tu lagi perit. Sebab macam ramai gila salahkan saya. Abi pun macam tak nak percaya. Hampir semua macam salahkan saya kecuali adik dan kakak saya. 

Tapi dalam mimpi tu saya lupa yang saya takde adik pun in real life hahaha. Yelaa nama pun mimpi kan. Rasa macam real. Dah bangun dari mimpi baru fikir macam tak logik. 

Tapi... perasaan disalahkan atas sesuatu yang kau tak buat tapi hampir semuaaaaa orang termasuk ahli keluarga kau salahkan kau atas kejadian tu.. aduhh memang perit. Lagi-lagi bila ada seseorang yang buatkan kau macam tu (dipersalahkan oleh orang ramai). Dan kau tak tahu pun apa motif dia buat macam tu, arghhh sakit jiwa rasanya. 

Hmmmm.. saya harap saya takkan mengalami dan merasai perasaan tu dalam hidup ni. 

Sebab...
Dalam mimpi pun dah rasa sakit, perit, sedih dan kecewa .. apatah lagi in real life. It must be hurt. Nauzubillah min zalik.

Saturday, March 26, 2016

March 26, 2016

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN!

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN!

Haa biasa kita ambil tahu makanan yang dilarang untuk menurunkan berat badan kan? Sekarang ni.. jom ketahui 15 makanan pantang untuk sesiapa yang mahu menurunkan lemak badan diaa!

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
makanan pantang untuk turun lemak badan

15 Tips Makanan Pantang Untuk Turunkan Lemak Badan


1. Durian

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
sedapnya durian ohoiii

Coach kata : Ni makan banyak durian bukan boleh naik berat badan je tapi silap-silap boleh batuk demam. tapi korang kalau jumpa durian tak makan banyak kan. memang makan 1 ulas je kan

Saya .. : Nasib baik jarang jumpa durian. Sangat-sangat jarang. Tapi kalau sekali dah jumpa, memang satu atau dua biji durian boleh habis sorang. Maaf coach haha. Nexttt!

2. Sup dan Daging (Red Meat)

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
sup daging

Coach kataSup ekor ke Sup tulang ke Sup torpedo ke sup apa-apa la yang sewaktu dengan nya.. Nak tengok lemak & minyak dlm sup ni? Cuba bungkus dlm plastik pastu letak dlm freezer.. Bila dah beku cuba tengok, seinci lapisan lemak..pegh.. 


Minyak-minyak dan lemak-lemak dari daging tu mengalir keluar masa sup tu tgh masak. Pastu kita pulak hirup sup ni sampai ke titisan yg terakhir. Fuh..

Daging pulak kategori red meat yg tinggi protin tetapi LEMAK pun TINGGI..!!


Saya .. : Erm ermmm nasib baik juga saya jenis yang jarang jumpa daging. Umi saya pun bukan jenis masak masakan daging selalu. Sup tuuu pun jarang gak. So.. so far okay la kan coach. Okay next!

3. Kulit ayam

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
kulit ayam sedap wohh

Coach kata : Ada yang betul-betul suka sampai ambil kawan-kawan dia punya kulit ayam tolong habiskan

HENTIKAN!!

Saya .. : Homai homaiiiii! Alaaa coachhh. Saya gilaa kulit ayam kot. Tak pernah lagi saya tolak kulit ayam melainkan abi saya (ayah) tak bagi makan. Nak saya tinggalkan kulit ayam kesepian begitu sahajaaa? Sedap kott kulit ayam tu coach. Tidaakkkkk, Yang kulit ayam ni saya terrrrpaksa..untuk tidak ikut saranan coach ampunn. T.T  Next!


4. Air manis

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
air manis botol dan kotak banyak gula

Coach kataAir kotak ke, Air tin ke, Air botol ke kebanyakan nya mempunyai gula yg tinggi.


JANGAN TERTIPU dengan tulisan atau gambar-gambar pada botol contoh gambar buah buahan atau perkataan 'less sugar'.


Saya .. : Alaa alaa. Air manis nii walaupun tak banyak saya minum tapiii.. setiap hari ada lah minum walaupun sedikit. Okay kan kan kannn.

5. Susu pekat manis

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
susu pekat manis memang sangat manisss

Coach kataSusu pekat mempunyai kandungan gula yg sangattttt tinggi. Sering di gunakan dalam minuman di kedai seperti teh tarik, teh ais, milo ais, CARROT SUSU dan lain-lain.


Jangan lupa, bukan makanan je yang bole buat naik berat, minuman-minuman macam ni pun antara penyumbang terbesar


Saya .. : Ohhh susu pekat manis ye? Saya tak selalu kottt hehehehe

6. Maggi Mee

Coach kataNampak simple tapi ini la antara punca student perempuan naik lemak dan student laki perut dh start ke depan.


Mee maggi susah nak hadam dalam usus dan menganggu sistem penghadaman & pencernaan. Bila penghadaman & pecernaan terganggu.. secara tak langsung memberi kesan kepada kenaikan berat badan.


Saya .. : Okay ni no hal. Saya memang jarang sangat makan maggi. Nextnextnext! *suara riak*

7. Minuman 3 in 1

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
minuman 3 in 1

Coach kata : Apa yang 3 tu?

1. GULAAAAAAA

2 .KRIMERRRRR
3. MINUMAN TU SENDIRI contoh milo, nescafe, kopi dan lain-lain.


Saya .. : Ni memang tak boleh nak elak kalau duduk asrama.Memang biasa beli Vico 3 in 1 punya. Kat rumah pun ada Coffee Arabica 3 in 1. Ish ish ishh.

8. Pizza

Coach kataKena pulak yang extra cheese n stuffed crust..wow.. 


atau makanan bercheese seperti burger dan yg femes skang roti naan mozarella cheese double..ouh yeahh..!!


Saya .. : coach ni dah kenapa =.= membangkitkan nafsu saya terhadap pizza je haha.

9. Sarapan pagi yang tinggi Karbohidrat, Gula dan Lemak

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
antara sarapan-sarapan orang Melayu di Malaysia

Coach kata : Boleh nak makan seperti gambar-gambar ni TAPI BUKAN JADIKAN SEBAGAI SARAPAN PAGI!

Saya .. : Ermm ermm ermm. Noted coach! *dalam hati macam mustahil je nak elak makanan-makanan ni di Malaysia hehe*

10. Kek

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
kek ala-ala hipster

Coach kataCup cakes ke Kek sekarang dahsyat-dahsyat & Hipster.. Bukan setakat ada biskut atas kek tp ada kartun, ada kereta ada piano ada unta..fuhh..

Saya .. : saya tak pernah merasa kek hipster-hipster tu bagai tapi saya memang cake lover. maaf coach!

11. Fast Food

Coach kataRamai yangg sedia maklum makanan fast food ni memang tinggi garam, tinggi lemak dan tinggi kalori. Fast food dia antara punca orang US ramai yang obese dan juga di Malaysia.


Fast food juga penyumbang terbesar kepada children obesity. Jgn la jadikan fast food sebagai tempat reward atau celebration untuk anak-anak anda.


Saya .. : saya setuju dengan fakta dan juga cadangan coach tu. Tapi that's the reality in real life. Bukan juga kepada children, tapi dah mak ayah children tu pun suka fast food kan. Including me.



12. Kuih muih yang deep fried

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
makanan yang bergoreng

Coach kataMakanan yang deep fried, kalori akan bertambah dan tinggi kandungan lemak. Enak dimakan di waktu petang.

Saya .. : Kan coach sedap kan kan hahaha.

13. Chocolate

Coach kata : Tak kisah la coklat murah ke.. mahal ke.. beli kat langkawi ke.. beli mesra shop petronas ke. Hehe.. 

Kepada yang 'sweet tooth' jaga-jaga yee..

Saya .. : Saya memang suka coklat. Lagi-lagi kalau orang belanja hahaha

14. Aiskrim

Coach kata : Seperti semua sedia maklum la kan.. Nama pun ais krim. hehe.

Saya .. : okay coach faham coach. Next and lasttly!

15. Biskut

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
cookies, cakes & pies

Coach kataSekarang biskut pun dah hipster. Macam-macam ada atas biskut tu.. Tak main la biskut kering hup seng. hehe..


Lebih kreatif, lebih sedap.. kalori dan gula pun turut jadi lebih ;)

Sama la kategori dengan kerepek-kerepek.. Mana ada nak makan seketul. Paling minimum 5 biji. Kalau kerepek tu memang habis sebalang lagi-lagi bila tgh layan movie kat IFLIX..haha


Saya .. : Amboii coach. Macam pernah buat je haha. Saya suka biskut tapi bukan jenis gila kerepek. Biskut chipsmore sedapnyaaaaa. Kalori pun sedap kann hahaa.

..............


Perghhh ada 15 semuanyaa! Terima kasih pada page COACH TURUN BERAT BADAN (klik LINK di SINI kerana semua tips-tips dan gambar diambil dari page situ. Memang best page tu! Banyak info dan kata-kata motivasi usaha untuk menurunkan berat badan hehe. 

Untuk saya yang memang nak buang lemak-lemak di badan ni, memang sesuai sangat baca 15 makanan yang dilarang untuk dimakan ni. Tapi macam tak boleh nak tinggal semua makanan-makanan di atas je. Hahaha. Takpe-takpe. Kalau tak boleh nak buat semua, jangan tinggal semua ye dak? :)

Chaiyok!



Entri KESIHATAN yang lain :