http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

BENARKAH AIR SELUSUH BERFUNGSI UNTUK MEMUDAHKAN PEREMPUAN BERSALIN?

By 7:44:00 PM , ,

BENARKAH AIR SELUSUH BERFUNGSI UNTUK MEMUDAHKAN PEREMPUAN BERSALIN? 


Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi anak yang soleh dan solehah pada masa akan datang.

BENARKAH AIR SELUSUH BERFUNGSI UNTUK MEMUDAHKAN PEREMPUAN BERSALIN?
Air Selusuh Mudahkan dan Menyenangkan Perempuan Bersalin?
credit to : riznina.com


Amalan Air Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadis. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti doa agar kelahirannya mudah dengan bacaan-bacaan yang tidak menyanggahi syara'; Hanya memohon kepada Allah SWT semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan-kepercayaan tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.


BENARKAH AIR SELUSUH BERFUNGSI UNTUK MEMUDAHKAN PEREMPUAN BERSALIN?
Cara Buat Air Selusuh dari Ustaz Don
credit to mamachrysalis.com

Cara Membuat Air Selusuh Mengikut Cara Islam


*cara membuat air selusuh ini telah dikongsikan oleh Ustaz Don di dalam majalah Mingguan Wanita keluaran Jun 2014 dan juga di dalam rancangan Tanyalah Ustaz.


DOA YANG DIBACA 1. Al-Fatihah


2. Selawat Syifa’


3. Surah Al-Hasyr ayat 21-24


4. Doa Selusuh ulama mencadangkan :

Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".
5. Doa Pemudah

Terjemahan : "Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

BAHAN-BAHAN 1. Air (jika air zam-zam lagi baik)
KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.



...............

Saya tak tahu apa itu air selusuh dan saya mendengar air selusuh ni first time pagi tadi bila abang saya tanya di group whatsapp berkaitan dengan air selusuh. Dan salah seorang sepupu saya telah memberi penjelasan (seperti di atas) yang beliau dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz. Alhamdulillah. Moga entri ini memberi manfaat kepada kita semua :)

Saya nak kongsikan sedikit kata-kata dari sepupu saya :

Berkat suami ni ada dua - doa dan tangannya. Maka, eloklah suami lakukan demi cinta dan sayang pada isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, terus hilang sakit isteri inshaaAllah.

Suami adalah sumber rahmat dan berkat buat si isteri. Walau seburuk mana pun seorang suami, ia tempat rahmat Allah turun buat isteri.


Sekian :)


Entri lain yang menarik :

Cara Menguruskan Uri

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.