Search This Blog

Loading...

EFG FEEDS


KEMPEN DRYPERS ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’

By 2:34:00 PM ,

KEMPEN DRYPERS ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’

Kuala Lumpur, Mac 2016 –Tiada ikatan yang lebih erat berbanding ibu dan anak. Ini  dapat dilihat pada setiap interaksi dan detik yang dikongsi bersama. Peneraju jenama lampin pakai buang, Drypers meneruskan komitmen dalam usaha menyerlahkan ikatan istimewa itu menerusi pelancaran semula kempen Moms of Malaysia (MOM) yang mengalakkan kaum ibu supaya menghargai setiap detik yang bermakna tersebut. Drypers juga menyeru ibu-ibu yang pengasih supaya mengambil bahagian dalam Share A Little Comfort, iaitu satu program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyasarkan transformasi ke atas empat buah rumah anak yatim menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa buat insan istimewa di situ.

KEMPEN DRYPERS ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’
DRYPERS KEMBALI LAGI DENGAN KEMPEN 'MOMS OF MALAYSIA'

Setiap detik yang dikongsi oleh seorang ibu bersama si kecil ialah saat cukup berharga -  walaupun ia sekadar perkara-perkara remeh seperti membuatkan si kecil ketawa ataupun perkara yang membuatkan si ibu tersenyum bangga ketika melihat mereka berguling buat kali pertama. Sesungguhnya kesibukan rutin harian sebagai seorang ibu mudah membuatkan kaum ibu terlepas pandang setiap detik bermakna bersama permata hati mereka.

Kempen Moms of Malaysia anjuran Drypers menyasarkan untuk memberi kesedaran kepada kaum ibu di seluruh negara mengenai betapa pentingnya setiap detik yang dilalui mereka bersama si kecil. Ibu-ibu dari seluruh Malaysia digalakkan supaya berkongsi gambar detik manis mereka dengan si kecil secara memuat naik gambar ke laman Facebook dan Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Semua gambar akan dipaparkan semasa pelancaran rasmi pada Mei nanti.     

“Hasrat kami adalah untuk menegaskan kepada ibu-ibu bahawa hubungan unik dengan anak mereka adalah sesuatu yang perlu diraikan setiap hari. Tugasan keibuan adalah kerja sepenuh masa dan setiap hari yang dilalui amat berbeza - anak-anak kecil begitu pantas membesar dan mereka berkembang baik menerusi interaksi harian dengan ibu bapa. Drypers sentiasa mengambil berat mengenai ikatan yang sangat bernilai ini. Sehubungan itu, pelancaran semula program tahunan, Moms of Malaysia dilihat sebagai satu kempen yang bertepatan dan bermakna,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.

“Apa yang baru dalam kempen tahun ini ialah matlamat kami untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak di rumah anak yatim menerusi program CSR. Kami percaya adalah amat penting untuk mereka membesar dalam suasana kediaman yang selesa dan menggembirakan. Justeru, kami benar-benar komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya mereka dapat menikmati keselesaan dan kasih sayang yang sepatutnya,” tambah Chan.

Bersempena pelancaran kempen MOM 2016, Drypers turut menganjurkan program CSR, Share A Little Comfort dengan matlamat menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada anak-anak istimewa itu. Justeru Drypers mengalukan ahli Drypers Baby Club supaya menderma sebahagian mata ganjaran untuk program CSR ini. Mata ganjaran (yang dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam amaun 100, 300 atau 500 menerusi akaun keahlian online dan Drypers akan memadankan jumlah mata ganjaran itu dengan setiap sumbangan. Matlamat utama ialah mencapai mata ganjaran keseluruhan sebanyak 1 juta yang menyamai nilai RM100,000, di mana sejumlah besar akan disalurkan kepada program pengubahsuaian menjadikan sebuah kediaman yang lebih selesa.

KEMPEN DRYPERS ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’
penyokong Drypers Moms of Malaysia, Elaine Daly

“Kami tahu ramai ibu bapa di luar sana berminat untuk membantu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak yang kurang bernasib baik itu. Share A Little Comfort ialah cara terbaik bagi ibu-ibu untuk menrealisasikan hasrat baik itu. Jika anda bukan ahli, sila sertai Drypers Baby Club untuk menyumbangkan mata ganjaran, mahupun mengambil bahagian sebagai sukarelawan dalam program CSR yang bermakna ini. Ini merupakan satu tanda yang amat diperlukan dan dihargai. Marilah menghulurkan tangan dan lakukan perubahan bersama. Secara kolektif, kita dapat membuatkan setiap detik anak-anak di rumah anak yatim itu menjadi lebih selesa dan menyeronokkan,” kongsi penyokong Drypers Moms of Malaysia, Elaine Daly.

Sebagai permulaan, Drypers akan melakukan renovasi dan meningkatkan keselesaan untuk rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting yang beroperasi sepenuhnya daripada dana penyumbang-penyumbang berhati mulia. Dana akan digunakan untuk melakukan pelbagai pembaikan ke atas ruang kediaman yang menempatkan 120 anak-anak yatim berusia 2 hingga 18 tahun. Renovasi melibatkan kerja baik pulih, mengecat dan menambah perpustakaan. Akemi dan Favorita ialah rakan kongsi Drypers dalam inisiatif CSR kali ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi petugas sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY . Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahsuperb@ymail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.