http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino Marvelicious!

By 8:26:00 PM , ,

Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino Marvelicious!

Start 29 Februari, kat bawah kolej tepi dewan PJSD ada gerai-gerai jual pelbagai makanan, pakaian, perfume & tudung. Ada satu gerai jualan minuman yang menarik hati saya. Sebab selama ni saya teringin sangat nak cuba minuman di gerai tersebut. LARGE CUP COFFEE&TEA! Yeahh! Yelaa biasa kan orang minum yang Pirate Coffee yang bekas cup dia besar gedabak tu. Ni pun besar gedabak jugak Cuma nama dia lain. Tak kisah la kan jenama lain. Saya nak cuba jugak minuman cup besar gedabak ni.

Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino
Large Cup Latte

Gerai Jualan Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino

Semalam baru tergerak hati nak beli. Memang pening mata tengok menu dia dan pening juga nak pilih yang mana. Rasa macam nak order semua perasa je haha #sistamak. Saya suka jenis yang coffee-coffee so confuse nak pilih antara cappuccino, mocha, mixed coffee atau latte. Selepas ku tenung tenung tenung menu tu, saya pun decide nak Latte! Perisa lain tu ermm lain kali lah.

Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino
Large Cup Cappucino

Sedap wohhhh rasa diaa! Saya mintak yang kurang manis. Saya memang jenis yang suka minta minuman yang kurang manis. Nasib baik dia buat betul-betul kurang manis. Tak manis sangat I loikeee~ Dan as expected, malam tu tak ngantuk langsung. Sampai pukul 3 pagi mata segar bugar. Pukul 3.30 pagi pun mata duk celik celik celik. Lepastu layan lagu YouTube sampai pukul 4.30 pagi baru lah rasa ngantuk lepas tu. Nasib baik tak ada kelas keesokan harinya (which is today). 

Memandangkan harini last day gerai-gerai jualan tu ada kat bawah tu, saya pun beli lagi Large Cup ni! Tapi saya beli perisa lain pula. Saya pilih my Favourite-Cappucino! And as usual, kurang manis! Tapi. Tapi tapi. Dia still manis hahaha. #sisredho. Tengok lah macam mana malam ni stay up ke tak. Ngantuk ke tak. Tengok celik segar sampai pukul berapa pula malam ni. Nasib baik esok hari sabtu, cuti! Seronok seronokkk~

Large Cup Coffee&Tea : Latte&Cappucino
Senarai Menu Large Cup Coffee&Tea

Tapi next time kalau ada lagi gerai ni, nak beli Mixed Coffee punya pula. Lepastu mocha. Lepastu chocolate hahaha. #sisgelojoh

Entri MELELEH menarik yang lain :

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.